Minyak Cili Rangup: Kondimen Pedas Peneman Setiap Waktu Makan

Minyak cili rangup - pedas dan menyengat
Minyak cili rangup – pedas dan menyengat

Adakah anda seseorang yang perlu mempunyai hidangan pedas pada setiap waktu makan, meskipun sudah tengah malam dan anda cuma ada sepaket pasta di rumah? Jangan bimbang, resipi minyak cili rangup kami ada untuk selamatkan anda daripada makan makanan tawar!

Hanya dengan beberapa bahan mudah sahaja, minyak cili ini sesuai untuk dimakan dengan apa jua hidangan savouri, baik ikan kukus, sup ayam, mangkuk poke mewah atau mi segera. Hanya letakkan satu atau dua sudu kecil dan lihatlah bagaimana hidangan yang biasa-biasa sahaja menjadi suatu yang benar-benar rasa syok. Walaupun anda cuma ada pasta sahaja di rumah, rebus pasta itu dan gaul dengan minyak cili rangup untuk menghasilkan hidangan sedap yang pasti buat lidah dan bibir anda berdenyut.

Selamat menjamu selera.

 

 

Bahan-bahan

  • 125g cili kering
  • 220g bawang putih, dikupas
  • 50g gula
  • 7g (1 ½ sudu kecil) garam
  • 600ml minyak masak

 

Kaedah

  1. Gunakan sebilah gunting untuk mempotong cili kering menjadi kepingan kecil.
Potong, jangan tak potong!
  1. Letakkan cili kering yang dipotong ke dalam penapis atau bakul berlubang dan goncang sehingga kebanyakan biji dikeluarkan.
Keluarkan biji
  1. Pindahkan cili kering yang sudah dibuang biji ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan berkeruping seperti serbuk cili keping. Jangan kisar terlalu halus. Anda tidak mahu cili kering anda menjadi serbuk cili.Gunakan bekas kecil pengisar atau pemproses makanan anda.

Kisar sehingga menjadi kepingan cili

Sempurna

  1. Cincang bawang putih. Hentak setiap ulas dengan bahagian leper pisau dan cincang kasar. Gunakan pisau mata lebar untuk hentak lebih banyak bawang putih dan cincang sekaligus!

Cincang bawang putih

Cincang kasar

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali sehingga mencapai suhu 150°C atau sehingga hampir sedia untuk menggoreng.
  2. Masukkan bawang putih. Suhu minyak akan turun ke 95°C.
Masukkan bawang putih
  1. Kacau untuk menggoreng bawang putih sehingga menjadi sedikit perang kira-kira 8 hingga 9 minit atau minyak mencapai suhu 130°C. Kikis bahagian tepi dan bawah kuali sekali sekala supaya tiada yang melekat.
Perang seperti ini sudah memadai
  1. Masukkan kepingan cili dan terus mengacau untuk 2 minit.
Masukkan kepingan cili
  1. Seterusnya, masukkan garam dan gula dan kacau hingga sebati. Kikis bahagian tepi dan bawah kuali semasa mengacau. Goreng selama 1 minit.
Masukkan garam dan gula
  1. Minyak cili rangup anda sudah siap! Biarkan sejuk sebelum menghidang atau menyimpan.

 

Tip tambahan

  1. Sediakan kuantiti minyak cili yang banyak supaya kerena ia boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Oleh sebab kondimen ini tahan lama, resipi ini sesuai untuk disediakan jika anda akan belajar atau melancong di luar negara dan memerlukan tambahan kepedasan makanan anda. Pastikan anda bungkusnya dengan rapi supaya tidak tertumpah di atas pakaian anda!
  2. Biar sejuk sepenuhnya sebelum menyimpan. Bekas kedap udara seperti balang adalah paling sesuai untuk menyimpan minyak. Simpan di tempat yang kering dan sejuk. Jangan simpan di dalam peti sejuk. Jangan lupa untuk cedok minyak ke dalam balang sekali. Minyaknya bukan untuk dibuang.
  3. Jika anda merancang untuk menyediakan dan menyimpan minyak cili, pastikan bawang putih masak sepenuhnya. Bawang putih mentah yang disimpan dalam minyak boleh menyebabkan botulisme dan membuatkan anda sakit.
  4. Lebih lama anda menyimpan minyak cili rangup ini, lebih gelap warnanya.
Minyak cili berusia 2 minggu di sebelah kiri berbanding minyak cili baru dibuat di sebelah kanan

 

Jadi, anda makan minyak cili ini dengan apa ya? Tak mengapa! Sebab kondimen ini memang sedap dimakan dengan apa-apa sahaja. Kongsi gambar anda menikmati minyak cili rangup ini dengan meletakkan hashtag #butterkicap.

 


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş