Site icon Butterkicap

Ayam Salai Lemak Cili Api Pucuk Paku Gerenti Licin Pinggan

Kredit: SukaSucre Bistro

Siapa yang dapat menolak godaan masakan yang dipanggil masak lemak cili api? Gabungan rasa pedas, masin dan masak berserta rasa lemak yang datang dari santan membuatkan orang yang paling cerewet pun akan ambil pinggan, cedok nasi dan menikmatinya hinggalah pinggan licin. Betul tak?

Kalau anda tak pernah rasa masakan lemak cili api yang betul-betul boleh membuat anda bertambah-tambah nasi, nampaknya, anda tak mencuba lagi masakan lemak cili api yang kena dengan citarasa anda. Tapi, penantian itu sudah tamat.

Penangan Air Tangan Cef Dato’ Fazley Yaakob

Orang kata, kalau nak makan masakan lemak cili api yang betul-betul terangkat jari dan licin pinggan, kita kenalah pergi ke Negeri Sembilan. Takkanlah tempat terciptanya sajian ini, anda akan mendapat masakan lemak cili api yang tak lazat, betul tak?

Malangnya, kami tak berkesempatan untuk pergi sejauh itu demi mencari resepi masakan lemak cili api yang anda nanti-nantikan itu. Namun begitu, itu tak bermakna kami sudah berputus asa. Jadi, apa yang kami buat? Kami menemui Cef Dato’ Fazley Yaakob sekali lagi dan bertanya jika ada resepi masak lemak cili api yang beliau suka dan sentiasa sediakan?

Nasib anda baik, kerana anak jati Negeri Sembilan ini ada resepinya dan perkara paling penting sekali, resepi masak lemak cili api beliau ini betul-betul menyelerakan. Tak percaya? Cubalah!

Bahan-Bahan:

a) Bahan Kisar

b) Bahan Lain

Cara-Cara:

  1. Perap ayam bersama kunyit dan garam selama 3 jam.
  2. Bakar ayam tadi di atas dapur arang atau salai mengikut keselesaan.
  3. Kisar bahan-bahan sehingga menjadi pes.
  4. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan bahan-bahan kisar, rebus pes tadi sehingga naik bau.
  5. Masukkan ayam yang telah disalai tadi.
  6. Masukkan pucuk paku.
  7. Masukkan santan dan garam secukup rasa.

Bertambah-Tambah Nasi Lepas Ini!

Wah, rasa tak sabarlah nak cuba resepi ini! Sudah boleh terbayang rasa rasa lemak kepedasan resepi ini dalam mulut. Kalau anda dah mencuba resepi ini dan sukakan hasilnya, jangan lupa untuk tinggalkan pesanan anda mahupun komen anda di laman Instagram ataupun Facebook kami.

Oh, ya! Jangan lupa juga untuk kongsikan hasil masakan anda bersama Chef Dato’ Fazley di laman Instagram beliau dan letakkan hashtag #butterkicap di gambar anda. Tak sabarnya kami untuk lihat hasil anda!

print