Resepi Ikan Masam Manis: Sentiasa Kegemaran Keluarga

Ikan masam manis pasti digemari ramai, walaupun yang cerewet makan

Ikan masam manis adalah makanan keselesaan Asia yang klasik, terutamanya bila dihidang dengan semangkuk nasi panas. Rasa seimbang masam dan manis sedap ini juga mengurangkan rasa dan aroma hanyir ikan yang mungkin kurang diminati beberapa orang. Ia juga merupakan makanan tapau kegemaran banyak siri TV di dunia Barat, tidak seberapa dengan sini, walaupun ia kerap dimakan di rumah atau di restoran.

Terdapat dua jenis hidangan ikan masam manis yang biasa di jumpai di Malaysia. Ada yang menggunakan kepingan ikan goreng yang boleh didapati di restoran nasi lauk atau nasi campur. Walaubagaimanapun, hidangan ikan masam manis mengguna seekor ikan dengan keseluruhannya mewah sedikit, walaupun di makan di gerai kampung tepi pantai.

Kekuatan masam atau manis juga boleh berubah bergantung mengikut cara masakan, dan kadang-kadang dimensi kepedasan akan muncul juga. Resepi kami ada kepedasan sedikit, tetapi hanya untuk haba sederhana dan masih boleh dimakan oleh kanak-kanak. Fikirkan ia sebagai roda latihan untuk hidangan lebih pedas masa hadapan. Lagipun, kami perlu membiasakan kanak-kanak dari muda!

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan merah
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar garam laut
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3 bawang merah besar
  • 2 cili hijau
  • 2 tomato besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • 3 sudu besar daun ketumbar, sebagai hiasan
  • 2 sudu besar jus limau
  • ½ cawan sos buah plum
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • ½ cawan stok ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • minyak masak
Kaedah: menggoreng ikan
  1. Bersih dan buang usus ikan anda. Menggunakan pisau yang tajam, buat potongan pepenjuru di kedua-dua belah permukaan ikan, bermula dengan satu arah, kemudian ke arah bertentangan. Potongan perlu berselang lebih kurang 3cm, dah hampir tetapi tidak menyentuh tulang ikan.
  2. Perap ikan anda dengan serbuk kunyit, garam laut dan lada hitam. Gosok perapan pada seluruh kulit ikan dan tepikan. Anda tidak perlu perap di belah potongan atau rongga ikan.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali sehingga ia mencapai kepanasan untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C. Gunakan kuali yang cukup besar untuk mengandungi keseluruhan ikan anda, dan minyak yang mencukupi untuk menutupi kebanyakkan ikan semasa ia sedang digoreng.

    Berhati-hati dengan percikan minyak panas!
  4. Terbalikkan ikan anda dua kali sahaja ketika menggoreng sehingga ia masak sepenuhnya, atau suhu dalaman mencapai 63°C. Bila ikan sudah digoreng, alihkan ikan ke dulang yang berlapik tuala dapur untuk menyerap minyak berlebihan.
Kaedah: untuk sos
  1. Potong nipis bawang putih, bawang merah dan cili. Potong tomato menjadi lapan bahagian. Hiris halia dan potong daun bawang menjadi kepingan lebih kurang 1cm.

    Sayur-sayuran sedang disediakan
  2. Keluarkan minyak lama dan dengan menggunakan kuali yang sama, panaskan 1 sudu besar minyak masak.
  3. Masukkan bawang putih dan halia dan goreng sehingga wangi.
  4. Seterusnya, masukkan bawang, cili, tomato dan daun bawang dan masak sehingga jus keluar sedikit dari tomato dan bawang telah dimasak.
  5. Campur dan gaul tepung jagung dengan 3 sudu besar stok ikan. Ketepikan.
  6. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam kuali termasuk baki stok ikan, jus limau, sos buah plum, sos tiram, minyak bijan, gula dan garam. Masak sehingga sos pekat.
  7. Tambah campuran tepung jagung dan kacau sehingga sebati sehingga sos memekat dengan lebih lanjut.
  8. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.

    Mmm… sos…
  9. Apabila anda sedia untuk menghidangkan makanan, pindahkan ikan ke pinggan hidangan dan tuangkan sos di atas keseluruhan ikan.
Tips tambahan
  1. Apa-apa jenis ikan berisi boleh digunakan untuk resipi ini.
  2. Tidak perlu bercita-cita tinggi dan perapkan ikan untuk berjam-jam atau semalaman. Anda tidak mahu ikan berperisa kunyit – melainkan itulah tujuan anda. Memerap pada permulaan persediaan memasak sudah mencukupi.
  3. Anda juga boleh menggunakan apa-apa jenis tomato. Pastikan jumlah beratnya bersamaan dengan dua biji tomato besar.
  4. Jika anda suka kepingan bawang yang lebih besar, potong bawang menjadi lapan bahagian.
  5. Anda juga boleh menggunakan air jika tidak mempunyai stok ikan.
  6. Ya, anda boleh menggunakan dua kuali berasingan untuk menyediakan hidangan ini, tetapi ia hanya akan menjadi mangkuk tambahan untuk dicuci kemudian!

Masakan ikan masam manis hebat dengan nasi dan sayur-sayuran. Cuba hidanginya dengan asparagus belacan. Nikmatilah dan hashtag kami di #butterkicap jika anda mencubai resipi ini.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş