Kari Ikan Ekspres Tanpa Santan

Beraroma, Berempah dan Menyelerakan

Kari Ikan Utara, khususnya di Pulau Pinang sememangnya menjadi pujaan ramai. Sesiapa saja, baik warga Pulau Pinang sendiri mahupun pengunjung-pengunjung dari luar pasti takkan melepaskan peluang daripada menikmati sepinggan nasi kandar kuah kari ikan banjir bersama ikan atau ayam goreng dan bendi segar. Wah, perasaan nikmat yang anda dapat pada suapan pertama itu memang tiada tandingannya!

Keunikan dan kelainan kari ikan Pulau Pinang ini sememangnya tak dapat dihasilkan semula kecualilah anda mendapat resepi daripada anak jati Pulau Pinang yang membesar dan hidup dengan kari ikan. Bak kata pepatah, hanya jauhari dapat mengenal manikam, kan?

Bukan Kari Ikan Yang Dicari…

Sebagai seorang kelana di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini, tipulah kalau saya tak rindukan masakan negeri kelahiran saya sendiri, khususnya kari ikan. Malangnya, kesemua kedai nasi kandar yang saya kunjungi di Kuala Lumpur memang cukup menghampakan saya.

Ada saja yang tak kena dengan lidah saya. Ada yang terlalu cairlah, tak cukup rasa rempahlah, banyak santanlah. Mungkin anda fikir saya agak cerewet tapi apakan daya saya. Apabila anda pernah cuba kari ikan paling sedap di dunia, adakah anda boleh makan kari yang lain? Mestilah tak!

Rasa Padu Walau Tiada Santan atau Rempah

Orang tua-tua kata, kalau ikut resmi tin kosong, memang bunyinya bising. Oleh itu, daripada saya cuba buat anda faham, lebih baik saya kongsi sendiri resepi kari ikan warisan keluarga saya yang diturunkan kepada mama saya, dan seterusnya kami empat beradik oleh Tok Umi saya.

Bezanya kari ikan Tok Umi berbanding kari ikan lain ialah resepi beliau tak menggunakan santan mahupun rempah halba. Tapi, rasanya memang cukup memukau. Rasa rempah dan manis bawang besar cukup terserlah tanpa perlukan lauk sampingan untuk jadikan kari ikan anda lebih enak. Paling penting sekali, kari ikan ini dapat disediakan dalam 30 minit saja! Memang berbaloi untuk dicuba sekali.

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor bawal putih kecil atau 6 ketul ikan potong, dicuci dengan garam dan asam jawa
  • 2 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 paket kecil serbuk rempah ikan
  • 1 inci halia, dihiris
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 biji cili hijau, dibelah tengah
  • 3 biji tomato kecil, dibelah empat
  • 6 biji bawang merah, dihiris
  • 6 batang bendi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan air asam jawa atau 2 sudu besar pes asam jawa,

Cara-Cara:

  1. Dalam satu bekas, campurkan serbuk rempah kari dengan 2 cawan air, hirisan bawang putih dan satu tangkai daun kari. Kacau hingga rata. Kepekatan bancuh rempah kari ini mestilah tak begitu cair.
  2. Dalam periuk, panaskan 3 sudu besar minyak atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang merah dan daun kari lalu tumis hingga lembut dan wangi. Masukkan bancuhan rempah kari.
  3. Masukkan air hingga penuh 3/4 periuk. Tutup periuk dan biar bancuhan rempah mereneh selama 10-15 minit.
  4. Apabila kuah sudah pecah minyak dan mendidih, masukkan air asam jawa dan kacau rata. Biar mereneh selama 1-2 minit.
  5. Masukkan ikan, hirisan halia dan serai. Tutup periuk selama 15-20 minit. Kecilkan api jika api dibuka terlalu besar.
  6. Apabila ikan sudah setengah masak, masukkan bendi, hirisan bawang besar dan cili hijau/ Perasa dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan selama 10-15 minit. Jika puas hati, padamkan api.

Ini Barulah Kari Ikan!

Saya rasa anda sudah faham maksud saya dengan rasa kari ikan yang betul-betul asli. Kalau anda memang suka makan ikan, resepi kari ikan ini adalah satu-satunya resepi kari ikan yang anda akan simpan selepas ini. Sejujurnya, tiada kari ikan yang menyerlahkan rasa manis isi ikan itu sendiri kecuali resepi Tok Umi ini. Oleh itu, saya cadangkan gunakan ikan segar untuk sediakan resepi ini. Tak rugi cuba!

Mungkin ada antara anda yang mungkin tak sukakan resepi kari ikan ekspres ini. Jadi, kalau anda ada resepi kari ikan keluarga anda sendiri ataupun anda merasakan penambahan beberapa bahan tertentu akan jadikan kari ikan ini lebih enak, jangan malu-malu untuk berkongsi bersama saya dengan menghantar komen, cadangan ataupun resepi anda sendiri di laman Instagram dan Facebook Butterkicap.

Sementara itu, saya nak nikmati kari  ikan ini dulu. Kuah? Mesti kena banjir!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş