Site icon Butterkicap

Mi Goreng Mamak: Mi Goreng untuk Ketenangan Jiwa, atau pada Bila-bila Masa Sahaja

mi goreng mamakMi Goreng Mamak, sepanjang hari, setiap hari!

Mi goreng Mamak adalah salah satu hidangan tempatan yang melampaui batasan waktu. Walaupun sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, makan lewat, atau di tengah-tengah malam atau pagi buta, anda tidak akan sukar untuk mencari sebuah kedai Mamak 24 jam yang sedia menyediakan sepinggan mi goreng baru dimasak untuk anda dan pelanggan yang masih terjaga dan lapar pada pukul 4.00 pagi pada hari kerja.

Perkataan Mamak berasal dari perkataan Tamil untuk bapa saudara, dan di Malaysia ia paling kerap digunakan untuk merujuk kepada restoran yang dikendalikan oleh atau menghidangkan makanan India Muslim dan lain-lain hidangan India Selatan. Mamak biasanya terbuka 24-7 tanpa mengira musim perayaan, datang hujan batu atau musim kemarau, dan sering dipenuhi dengan semua lapisan masyarakat pada mana-mana waktu. Kedai Mamak juga agak meluas di seluruh negara. Bandar-bandar kecil akan mempunyai sekurang-kurangnya satu, dan mesti ada satu yang tidak jauh dari kampung halaman, melainkan anda berada di kawasan benar-benar terpencil atau di tengah-tengah hutan.

Mi goreng Mamak boleh menjadi topik hangat bagi mereka yang benar-benar menyukainya. Dan walaupun bahan-bahan, protin dan sayur-sayuran yang digunakan mungkin berbeza dari resipi ke resipi, ia sentiasa menggunakan mi kuning dan disaluti sos gelap. Nikmatilah resipi ini.

Bahan-bahan

Campuran sos
Aromatiks
Kaedah: persiapan
  1. Dalam periuk kecil, tuang secukup air untuk menutup ubi keladi dan masak sehingga mendidih. Bila keladi lembut dan boleh dicucuk garpu dengan senang, lenyek dengan kira-kira 3 sudu besar air dari periuk sama. Tepikan.
  2. Kisar bahan-bahan aromatik sehingga halus dalam pengisar makanan.
  3. Panaskan dan sediakan kuali anda dengan mengelap lapisan nipis minyak di sekitar permukaan kuali dengan tuala kertas. Kuali anda panas secukupnya bila lapisan minyak telah kering dan kuali seolah-olah bercahaya.
  4. Masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C.
Kaedah: mari kita memasak!
  1. Masukkan 5 sudu campuran aromatik ke dalam kuali dan tumis sehingga ia gelap dan sudah pecah minyak.
Aroma aromatik ditumis betul-betul mmm …
  1. Kemudian, masukkan udang dan daging dan kacau. Taburkan gula di atas daging. Jika anda hebat menggunakan kuali, lambungkan bahan-bahan dan benarkan api menyentuh bahan-bahan sehingga udang dan daging masak.
Udang dan daging di masuk ke dalam kuali
Api! Api!
  1. Masukkan tomato dan 2 sudu besar keladi yang telah dilecek. Terus kacau atau lambung untuk keluarkan jus tomato.
  2. Masukkan mi kuning dan air dan kacau atau lambung sehingga mi masak. Kalau boleh, biarkan api menyentuh mi.
Mi kuning pulak
Campur dengan baik
  1. Seterusnya, masukkan cucur udang, tauhu, kentang, sawi, taugeh, 3 sudu besar kacang tanah hancur dan 2 sudu kecil campuran sos. Masukkan stok udang dan kacau atau lambung bahan-bahan sehingga cecair diserap dan sayur-sayuran layu. Anda mahu mi yang lembab tetapi tidak berair.
Masukkan bahan-bahan yang lain
Begitu pantas anda akan terlepas menyaksinya jika terkelip mata!
  1. Tambah 1 lagi sudu besar kacang tanah hancur dan taburkan garam ke atas mi. Gaul dan campur dengan cepat. Buatkan perigi di tengah-tengah mi. Tuangkan telur ke dalam perigi dan biarkan ia untuk beberapa saat sebelum dikacau sedikit dan dicampurkannya dengan mi.
Cara untuk membuat perigi untuk telur
  1. Sudahpun siap. Bila menghidang mi goreng mamak, taburkan bawang goreng dan cili potong di atasnya terdahulu.
Tips tambahan
  1. Rebus ubi keladi dengan stok sayuran atau stok ayam untuk perisa tambahan.
  2. Jangan cuba gunakan api untuk memasak mi jika anda memasak di dapur yang kecil tertutup atau tidak tahu apa yang anda lakukan!
  3. Ia akan agak berasap bila memasak mi goreng Mamak. Tutupkan pengesan asap anda, masak di luar rumah, atau gunakan kipas berputar untuk meniup asap keluar!
  4. Anda juga boleh hidangi mi goreng Mamak dengan lebih limau kasturi. Potong bahagian atas limau supaya senang diperah.

Mudah, betul? Walaupun proses memasak mi goreng Mamak kelihatan menakutkan, ia sebenarnya agak mudah dan anda perlu mencuba membuat resipi ini. Jangan lupa untuk menunjuk kami hasil anda dengan mengetag kami di #butterkicap!

print