Mufin Onde-Onde Comel dan Sedap untuk Seisi Keluarga

Kredit: Gerald Lee

Kuih-muih tempatan seperty onde-onde sememangnya menjadi kegemaran semua orang yang pernah mencubanya. Siapa sangka, dengan hanya beberapa bahan mudah saja, suatu pencuci mulut yang manis, masin dan lemak terhasil. Itulah kelebihan kuih-muih Malaysia berbanding pencuci mulut yang lain.

Kalau anda tanya saya, kuih mana ialah kegemaran saya ialah onde-onde atau buah melaka. Saya suka letusan rasa manis gula melaka dan rasa masin kelapa parut yang menjadikan saya tak dapat berhenti makan. Wah, rasa terliur pula nak makan.

Meskipun kuih-muih Malaysia mempunyai peminat merentasi generasi yang terdiri daripada semua lapisan umur, tak ramai yang tahu cara untuk sediakan kuih-muih tradisional. Mungkin atas faktor masa mahupun ketersediaan guru-guru untuk mengajar, sesuatu perlu dilakukan untuk pastikan seni pembuatan kuih-muih tradisional ini tak hilang ditelan zaman.

Moden atau Klasik?

Namun begitu, saya dapati, masalah ini tak mungkin akan berlaku kerana baru-baru ini, apabila saya ke kedai kopi kegemaran saya, saya mendapat satu idea. Di kedai kopi itu, mereka menjual onde-onde tapi dalam bentuk mufin atau kek cawan. Rasanya boleh tahan juga tapi saya tahu saya boleh jadikannya lebih baik.

Hasilnya? Resepi mufin onde-onde yang saya nak kongsi bersama anda hari ini. Caranya mudah saja dan rahsia untuk jadikan mufin onde-onde ini seperti versi kuih tradisionalnya, anda perlu masukkan banyak-banyak inti gula melaka di dalam. Barulah ada letusannya!

Saya tak nak bercerita panjang lagi kerana saya pasti anda dah tak sabar nak mencuba resepi ini. Mari kita mulakan!

Bahan-Bahan:

a) Adunan Mufin

  • 375g mentega asing, suhu bilik
  • 240g gula kastor
  • 300g tepung naik sendiri, dicampur secubit garam
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen pandan
  • 2 sudu besar jus pandan
  • 8 sudu besar susu mentega (buttermilk)
  • 100g gula melaka, diparut

b) Jem Gula Melaka

  • 150g gula melaka, diparut
  • 150ml air
  • 3 sudu besar pektin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 daun pandan, disimpul
  • 10 kertas cawan mufin

c) Hiasan:

  • Kelapa parut segar, digaul dengan secubit garam

Cara-Cara:

a) Jem Gula Melaka

  1. Didihkan air, gula melaka dan daun pandan hingga gula terlarut sepenuhnya dan memekat atas api sederhana besar.
  2. Masukkan garam.
  3. Kecilkan api dan masukkan pektin.
  4. Kacau jem hingga memekat. Padamkan api dan ketepikan.

b) Adunan Mufin

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius.
  2. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan dan pukul hingga ringan dan gebu menggunakan pengadun elektrik. Warna adunan sepatutnya pucat.
  3. Masukkan telur, satu pada satu-satu masa dan pukul hingga sebati.
  4. Bahagikan tepung pada 4 bahagian. Masukkan satu bahagian tepung pada satu-satu masa, berselang-seli dengan 2 sudu susu mentega pada kelajuan lebih rendah. Jangan terlebih memukul adunan.
  5. Masukkan esen pandan dan jus pandan.
  6. Letakkan 2 1/2 sudu besar adunan mufin ke dalam kertas cawan mufin.
  7. Tabur 1 sudu teh gula melaka parut dan kelapa parut.
  8. Bakar selama 20-25 minit.
  9. Selepas mufin sudah habis dibakar dan disejukkan, gunakan picagari pastri dan masukkan jem gula melaka ke dalam mufin dan letakkan 1 sudu teh jem gula melaka di atas mufin anda lalu tabur kelapa parut lagi sebelum menghidang.

Sentuhan Moden Citarasa Klasik

Saya pasti, anda dan keluarga berasa teruja untuk cuba mufin onde-onde yang comel ini. Resepi mufin onde-onde ini sesuai untuk disediakan untuk jamuan atau keraian keluarga atau sekadar menjadi buah tangan apabila menziarahi kenalan rapat. Apapun majlisnya, saya pasti mufin onde-onde ini akan menjadi makanan paling popular di sana, baik dalam kalangan yang tua mahupun yang muda.

Jangan lupa untuk kongsi dengan saya kuih muih kegemaran anda dan jika anda ada permintaan pencuci mulut yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan. Mana tahu, kita boleh sama-sama memberi sentuhan moden pada kuih-muih klasik ini juga!

Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş