Puding Roti Mentega ‘Indulgence’

Puding roti merupakan antara sajian pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan dan cukup popular dalam kalangan ‘dessert lovers’ di Malaysia.

Tekstur roti yang rangup di luar tetapi gebu dan lemak di dalam beserta krim pekat yang melimpahi puding roti boleh membuatkan sesiapapun menutup mata penuh kepuasan semasa menikmatinya.

Selain itu, puding roti juga merupakan alternatif yang lebih menarik apabila anda sudah kehabisan idea dan cara untuk menghabiskan baki roti yang hampir luput di rumah.

Kenangan Puding Roti

Sebagai latihan untuk menjadi seorang cef, saya diajar untuk menguasai resepi-resepi mudah dan ringkas. Salah satu daripada resepi yang perlu dikuasai ialah puding roti.

Saya masih ingat lagi cubaan pertama saya membuat puding roti di rumah. Melihat wajah penuh asyik yang mencuba membuatkan saya berasa begitu puas dan sedar bahawa puding roti sememangnya satu hidangan pencuci mulut yang sangat ‘indulgent‘ atau mewah.

Bagi yang tidak pernah mencuba puding roti ataupun tidak pernah merasai puding roti yang enak dan betul-betul ‘indulgent’, saya sangat mengesyorkan anda untuk mencuba resepi ini. Keenakan dan kelemakan kuah puding menaikkan lagi rasa lemak mentega roti itu sendiri tanpa membuatkan anda berasa jelak. Rugi tak mencuba!

Bahan-Bahan:

  • 7 keping roti putih
  • 3 biji telur
  • 2 biji telur kuning
  • 300ml susu segar
  • 150ml yogurt
  • 40g mentega
  • 60g gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Serbuk kayu manis
  • Serbuk pala
  • 15g kismis
  • 15g besar granola
  • 15g sudu besar biji labu
  • 2 sudu besar gula perang

Cara-Cara:

  1. Buang kerak 7 keping roti lalu disapu mentega. Potong roti secara menyerong.
  2. Susun roti, dengan bahagian disapu mentega di bahagian atas di dalam bekas kaca memanjang. Tabur kismis, biji labu dan granola di atas. Selang seli susunan untuk memenuhi bekas. Tabur sedikit serbuk buah pala dan serbuk kayu manis di setiap lapisan. Ke tepikan.
  3. Di dalam mangkuk, pukul telur, telur kuning, gula kastor, yogurt dan esen vanila hingga sebati.
  4. Masukkan susu dan pukul lagi.
  5. Tuang bancuhan krim di atas roti secara sekata dan biarkan selama 15 minit.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 10 minit. Tabur 2 sudu besar gula perang di atas puding roti lalu bakar selama 30 minit.
  7. Menggunakan ‘hand torch’, bakar di bahagian atas pudding selama 1-2 minit untuk dapatkan kerak perang keemasan yang rangup sebelum menghidang.

Makan Beringat!

Saya pasti anda yang sudah mencuba resepi ini masih lagi tak berhenti menikmati puding roti ini. Resepi puding roti ini memberi keseimbangan pada rasa ‘indulgent’ krim puding tanpa membuatkan anda berasa jelak atau muak. Oleh itu, beringatlah semasa menikmatinya. Jangan kata saya tak beritahu, ya!

Jika anda mahu lebih banyak resepi-resepi masakan daripada chef-chef profesional di dapur anda sendiri, jangan lupa untuk ikuti Butterkicap dan mendapat perkembangan terbaru tentang resepi-resepi kegemaran chef-chef ini. InshaAllah, saya akan kembali dengan resepi lain yang anda boleh kuasai di rumah.

print
Chef Ashraf Ravi

Young visionary whose passion for the culinary arts is unsurpassable. Member of the National Junior Culinary Team, winner of the Restaurant Nation and Edible Buffet categories respectively, during the IKA Olympics in Stuttgart, Germany in January 2020.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş