Site icon Butterkicap

Rendang Tok Buat Teringat Keluarga di Kampung

Rendang tok adalah antara variasi rendang yang paling enak. Kenapa? Kerana rasa daging yang diperap dan direneh dengan rempah ratus yang penuh berperisa membuatkan rendang tok mempunyai tempat yang istimewa dalam kalangan penggemar rendang. Sebagai seorang cef, saya secara peribadinya, cukup suka menyediakan rendang tok untuk jamuan keluarga mahupun untuk sambutan perayaan. Meskipun sedikit renyah, tetapi saat saya melihat kepuasan dan nikmat di wajah semua orang yang mencuba rendang tok hasil masakan saya ini, segala kerja keras memasak di dapur memang terasa berbaloi.

Dengan pengalaman saya bekerja sebagai cef profesional selama 15 tahun, ada kalanya, menyediakan hidangan yang memerlukan masa untuk disediakan seperti rendang tok sebagai hidangan promosi pada waktu perayaan, memang mencabar. Hal ini demikian kerana, tugas sebagai cef adalah bekerja secara efisien dan pantas, Oleh itu, resepi-resepi tradisi kegemaran ramai seperti rendang telah diubah suai oleh kami agar dapat memberikan rasa rendang berempah yang kita semua kenal dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Saya memutuskan untuk ambil kesempatan ini untuk berkongsi resepi rendang tok saya bersama anda yang saya sendiri guna setiap kali saya perlu menyediakan rendang tok. Rahsia pada keenakan resepi rendang tok ini ialah proses perapan daging yang lama. Rempah ratus yang diperap bersama daging akan membuatkan daging menjadi lebih empuk dan cepat masak disamping dapat menyerap perisa rempah semaksimum yang boleh.

Bahan-Bahan:

a) Bahan Kisar

b) Bahan Sangai dan Dikisar

c) Bahan Tumis

d) Bahan Lain

Cara-Cara:

  1. Perap daging semalaman bersama bahan kisar dan sangai.
  2. Dalam kuali besar, panaskan minyak atas api sederhana besar dan tumis bahan (c) hingga wangi dan bawang menjadi layu. Masukkan daging yang dperap. Kacau rata selama 2-3 minit.
  3. Selepas itu masukkan gula melaka, kerisik, air asam jawa, daun kunyit dan santan. Kacau rata dan biar mereneh selama 10 minit. Tambahkan sedikit air kalau rendang kelihatan sedikit mengering.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Setelah daging menjadi lembut, baru masukkan daun limau dan juga hirisan isi kelapa yang disangai. Kacau rata dan biar masak selama 2-3 minit. Tutupkan api.

Tak Cari Resepi Rendang Lain Dah!

Memang cepat dan mudah resepi rendang tok ini. Langsung tak merenyahkan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disediakan. Saya harap perkongsian saya ini dapat memanfaatkan dan membantu anda di rumah, khususnya ketika jamuan keluarga mahupun rumah terbuka.

Jika anda mempunyai resepi-resepi tradisional kegemaran anda yang anda ingin kongsi bersama saya dan pengikut Butterkicap, anda boleh hantarkan resepi dan kisah anda ke sembang@butterkicap.com. Moga kita sama-sama dapat terus mengukuhkan lagi ukhuwah kita menerusi makanan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

print