Asparagus belacan – semestinya rangup dan pedas
Asparagus belacan adalah cara masakan superfood yang penuh faedah antioksidan mengikuti citarasa kami di Malaysia. Sayur sparagus amat baik untuk kesihatan buah pinggang, dan penuh dengan vitamin, protein, serat, boleh membantu perasaan murung dan, *ahem*, juga dikenali sebagai afrodisiak. Walaupun kita biasa melihat asparagus dipapar dalam masakan gaya Barat, ia boleh dijumpai dalam hidangan sayur-sayuran tempatan, walaupun jarang dibuat sebagai hidangan tumpuan.
Rakyat Malaysia biasa dengan santapan pelbagai pilihan, terutamanya jika ada yang rasa pedas sedikit sekurang-kurangnya. Asparagus yang direbus, dikukus atau dipanggang begitu sahaja mungkin tidak akan menepati citarasa selera kami. Ia juga tidak sepadan dengan hidangan nasi, ikan kukus atau ayam goreng berempah. Jadi, asparagus belacan adalah cara kami menyetempatkan sayuran yang hebat ini dengan citarasa eklektik kami, dan ia agak senang dimasak juga.
Penuh rasa, pedas dan masih berkhasiat? Kami pun suka!
Bahan-bahan
- 8 batang asparagus tebal, atau 20 batang nipis
- 2 sudu besar sambal belacan
- 5 bawang kecil
- 2 sudu besar udang kering, direndam dalam sedikit air
- 2 sudu besar minyak masak
Kaedah
- Tumbuk bawang kecil dan udang kering yang telah direndam hingga kekasaran sederhana menggunakan lesung batu. Anda juga boleh mengguna mesin pengisar.
- Buang hujung bawah asparagus dan potong batang asparagus menyerong, kira-kira 2cm panjang.
- Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan campuran bawang kecil dan udang kering, diikuti dengan sambal belacan. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan asparagus dan goreng untuk kira-kira tiga minit, atau sehingga asparagus masih rangup tetapi senang digigit. Asparagus anda sudah sedia dimakan!
Tips tambahan
- Waktu memasak mungkin berbeza-beza bergantung kepada ketebalan asparagus anda.
- Asparagus boleh dimakan mentah, jadi, elakkan ia terlampau masak supaya ia akan terus mengekalkan nilai-nilai khasiatnya.
Masakan ini begitu mudah dan sedap dan tidak perlu dihidang dengan apa-apa lagi kecuali semangkuk nasi. Sekarang makan sayuran kamu, ia baik untuk anda!