Site icon Butterkicap

Resepi Ikan Cili Padi: Hidangan Ikan Pedas Bukan Untuk Yang Lemah Jantung!

ikan cili padi

Ikan cili padi, pedas sepedasnya

Ikan cili padi adalah hidangan ikan bakar yang diselaputi sos gelap, pekat, hitam seperti kerak kuali tetapi lebih pedas. Ia sedap dimakan bersama nasi panas. Jangan takut gunakan jari untuk menikmati kelazatan ikan pedas ini sehingga menjilat tulang sampai bersih tanpa rasa segan silu.

Bahan-Bahan
Untuk Sos
Kaedah
  1. Panaskan ketuhar sehingga suhu 180°C.
  2. Bersih dan buangkan isi perut ikan. Tepukkan ikan menggunakan tuala dapur sehingga kering.
  3. Dengan pisau yang tajam, buat potongan nipis di kedua-dua permukaan ikan pada sudut 45° dengan jarak kira-kira 2cm. Potong lebih kurang separuh ketebalan isi ikan, jangan hingga ke tulang.
  4. Masukkan serai dan daun limau purut kedalam perut ikan. Kemudian, letakkan ikan di atas dulang pembakar tidak melekat. Bakar selama 45 minit sehingga satu jam, sehingga suhu dalaman ikan mencapai 63°C.
  5. Sambil menunggu ikan dimasak, sediakan sos. Masukkan semua bahan-bahan sos kecuali jus limau dan minyak masak ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga bahan-bahan sudah dicampur, tetapi jangan sehingga terlalu berair. Anda mahu sos yang pekat dan masih boleh dikunyah.
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Bila panas, masukkan campuran sos dan goreng sehingga wangi.
  7. Masukkan jus limau dan masak sehingga mendidih.
  8. Letakkan ikan di pinggan hidangan apabila sudah dimasak. Tuangkan sos di atas ikan. Sedapnya…
Berhati-hati dengan wap yang boleh memedihkan mata!
Tips Tambahan
  1. Mana-mana ikan berisi boleh diguna dengan resipi ini, termasuk siakap atau cencaru. Jika mengguna cencaru, lebih sedap kalau ikan cencaru digoreng dan bukan dibakar.
  2. Suka petai? Jangan ragu-ragu untuk guna lebih petai!
  3. Wap yang boleh memedihkan mata akan naik bila menggoreng campuran sos. Pastikan muka anda pandang ketepi supaya tidak terhidu wap tersebut sehingga terbatuk-batuk.
  4. Jika anda mahu sos anda yang lebih lembap, tambah ½ cawan air.

Hidangkan ikan cili padi dengan nasi panas, sayur-sayuran dan lauk kegemaran anda. Hashtag kita di #butterkicap jika anda mencuba resepi ini!

print