Site icon Butterkicap

Resepi Kek Lapis Pandan Gula Melaka Menyelerakan

Credit: Gerald Lee

Siapa tak suka perisa pandan dan gula melaka? Rasa pandan yang wangi dan gula melaka yang lemak manis memang satu gabungan yang cukup mengagumkan.

Jadi, apa kata, kita gabungkan kedua-dua perisa ini dalam kek lapis yang ringan dan lembut?

Resepi kek lapis pandan gula melaka saya ini memang cukup menyelerakan dan sesuai untuk dinikmati sepanjang masa. Tapi, pastikan anda sediakan kek yang cukup untuk semua. Kalau tak, memang ada yang tak sempat merasa.

Bahan-Bahan:

i) Adunan Kek Span A

ii) Adunan Kek Span B

iii) Lapisan Pandan Kaya Hijau A

iv) Lapisan Pandan Kaya Hijau B

v) Lapisan Kaya Gula Melaka A

vi) Lapisan Kaya Gula Melaka B

Cara-Cara:

a) Kek Span

  1. Lapik dulang kek bulat 8 inci dengan 1 lapisan kertas bakar. Jangan minyakkan dulang kek.
  2. Panaskan ketuhar pada suhu 175 hingga 180°C.
  3. Dalam mangkuk mengadun, pukul gula kastor dan telur kuning hingga rata.
  4. Masukkan mentega cair dan susu. Pukul hingga sebati.
  5. Masukkan pes pandan dan kacau rata.
  6. Masukkan tepung kek yang diayak bersama serbuk penaik. Masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
  7. Dengan pengadun elektrik, pukul telur putih hingga berbuih. Masukkan krim tartar.
  8. Pukul hingga buih pekat terhasil. Masuk gula kastor sedikit demi sedikit.
  9. Pukul hingga memuncak.
  10. Perlahan-lahan, kaup dan balikkan adunan telur putih ke dalam adunan telur kuning dalam 4 bahagian. Campur hingga semua bahan sebati.
  11. Perlahan-lahan, tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar. Goncang dulang dari sisi ke sisi hingga adunan menjadi sekata dengan menghentak perlahan atas permukaan meja.
  12. Letakkan di bahagian bawah ketuhar dan bakar hingga perang keemasan selama 20 minit atau tiada adunan melekat pada lidi.
  13. Keluarkan dulang bakar dari ketuhar. Biarkan menyejuk. Setelah sejuk, gunakan pisau mentega untuk tanggalkan sisi kek dari dulang bakar. Potong kulit bahagian atas kek span. Ulang langkah ini sebanyak dua kali untuk dapatkan 3 lapisan kek span pandan.

b) Lapisan Pandan Kaya

  1. Gunakan dulang kek bulat boleh tanggal 8 inci.
  2. Tuang air dalam periuk yang dapat kekalkan suhu air. Dalam periuk yang sama, masukkan gula, mentega asin, jus pandan dan garam.
  3. Atas api sederhana, kacau semua bahan hingga mentega dan gula terlarut. Padamkan api.
  4. Masukkan santan dalam sebuah periuk berasingan, Masukkan tepung hun kwee. Kacau rata.
  5. Masukkan adunan santan ke dalam adunan pandan kaya menggunakan penapis untuk pastikan tiada ketulan masuk dan kacau rata. Masukkan ekstrak pandan dan kacau rata.
  6. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau rata.
  7. Panaskan periuk atas api sederhana kecil, Biar adunan masak hingga cukup pekat untuk menyalut bahagian tepi periuk. Padamkan api.
  8. Kacau hingga adunan menyejuk.

c) Menyusun Lapisan Kek

  1. Tuang satu lapisan nipis kaya pada dasar dulang kek.
  2. Sengetkan dulang dari sisi ke sisi dan goyang dulang untuk membentik lapisan sekata. Tunggu selama 60 saat hingga kaya menyejuk sedikit.
  3. Letakkan lapisan pertama kek span di tengah-tengah dulang kek. pastikan ada sedikit ruang di bahagian tepi dulang kek dan pastikan lapisan kaya mengalir rata di sekeliling.
  4. Letakkan lapisan kaya yang lebih tebal di atas dan tepi kek span. Tunggu selama 30 saat sebelum letakkan lapisan kek span kedua.
  5. Letakkan lapisan kaya yang lebih tebal di atas dan tepi kek span. Tunggu selama 30 saat sebelum letakkan lapisan kek span ketiga.
  6. Biarkan kek menyejuk.

d) Kaya Gula Melaka

  1. Dalam periuk atas api sederhana besar, didihkan mentega, air, gula dan gula melaka hingga terlarut sepenuhnya. Padamkan api.
  2. Masukkan santan dalam sebuah mangkuk. Masukkan tepung hun kwee. Kacau rata.
  3. Masukkan adunan santan ke dalam adunan gula melaka menggunakan penapis untuk pastikan tiada ketulan. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk agar-agar. Kacau rata.
  5. Panaskan periuk atas api sederhana kecil, Biar adunan masak hingga cukup pekat untuk menyalut bahagian tepi periuk. Padamkan api.

e) Meletakkan Lapisan Gula Melaka

  1. Tuang lapisan gula melaka pada lapisan ketiga kek span.
  2. Biar kek menyejuk pada suhu bilik sebelum simpan dalam peti sejuk sekurangnya selama 4 jam atau semalaman.
  3. Untuk menghidang, keluarkan kek daripada dulang bakar dengan menolak dasar dulang kek ke atas dengan hati-hati. Letakkan papan kek di atas.
  4. Terbalikkan kek. Sekarang, lapisan pandan ada di atas.
  5. Letakkan satu lagi papan kek di atas dan terbalikkan agar lapisan gula melaka berada di atas.
  6. Potong dan hidang.

Perisa Tradisional Kegemaran Semua

Adakah anda sukakan resepi kek pandan gula melaka ini? Memang agak merenyahkan tapi hasilnya memang cukup berbaloi.

Jika cubaan pertama kali anda tidak menjadi. Jangan bersedih! Cuba lagi dan lihatlah betapa mahirnya anda menterbalikkan kek selepas ini.

Jangan lupa untuk berkongsi hasil kek anda di laman media sosial dengan meletakkan #butterkicap dan tag saya di @justinescakesandkueh. Tak seronoklah kalau anda tak kongsi kejayaan anda bersama kami.

Apapun selamat mencuba dan semoga berjaya!

print