Kerisik – sedia diguna untuk memasak rendang
Kerisik adalah bahan klasik yang kerap digunakan dalam masakan Melayu. Dibuat dengan kelapa parut segar, ia, pada dasarnya, adalah kelapa parut bakar yang telah ditumbuk sehingga menjadi pes yang pekat, kasar dan berminyak. Ia mempunyai bau yang menarik dan lazat, dengan rasa kelapa salai yang memberi elemen berbeza kepada hidangan yang menggunanya. Mengeluarkan kerisik dari mana-mana resipi yang memerlukannya akan menyebabkan hidangan yang tidak akan mengandungi rasa dan tekstur kerisik memberi kepadanya.
Ia agak mudah untuk membuat kerisik, dan mungkin mengapa ia sering dibuat segar dan jarang dibeli kedai kecuali oleh mereka yang betul-betul terdesak atau tak pandai sangat memasak. Kerisik jugak mempunyai tahap berbeza dari segi tekstur dan jumlah minyak yang digunakan untuk resipi berbeza. Kami akan berkongsi dengan anda jenis kerisik yang akan digunakan bila membuat rendang, sama ada rendang lembu atau rendang ayam.
Bahan-bahan
- 200g kelapa parut segar
Kaedah
- Masak kelapa parut menggunakan kuali tidak berminyak atau kuali tidak melekat pada api sederhana hingga tinggi.
- Kacau secara berterusan dengan sudip kayu atau logam sehingga kelapa parut bertukar warna menjadi perang keemasan. Jangan lupa mengikis sisi kuali untuk memastikan kelapa parut tidak melekat dan bakar dengan tidak sekata. Ia akan mengambil kira-kira 10 minit untuk kelapa parut masak secukupnya.
- Masukkan kelapa parut yang sudah dimasak kedalam mangkuk yang cukup besar.
- Ketika kelapa masih panas, masukkan secukupnya ke dalam lesung batu dengan membiar ruang untuk membolehkan ia ditumbuk.
- Tumbuk dan giling kelapa parut bakar dengan alu sehingga minyak mula keluar. Anda mungkin perlu melakukan bahagian ini sedikit demi sedikit jika lesung anda tidak boleh memuatkan semua kelapa bakar sekaligus. Bila siap ia akan menjadi pes yang pekat, berminyak dan sedikit kasar.
- Anda boleh menggunakan kerisik dengan serta-merta atau biar ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara sehingga dua minggu. Sisa juga boleh dibekukan untuk beberapa bulan. Tetapi, lebih segar kerisik, lebih sedap rasanya.
Tips tambahan
- Jangan biar kelapa parut yang sudah dibakar sejuk dahulu sebelum ditumbuk kerana ia akan mengakibatkan minyak keluar dengan lebih sukar.
- Jika anda rasa malas sedikit, anda boleh menggunakan pengisar makanan. Kisarkan kelapa sehingga ia menjadi pes yang berminyak dengan tekstur berpasir. Walaubagaimanapun, kaedah ini akan menghasilkan kerisik dengan tekstur yang lebih halus yang mungkin anda mahukan untuk resipi lain, tetapi tidak semestinya untuk rendang.
Kerisik kepada rendang bagaikan susu kepada teh tarik – benar-benar penting. Tunjukkan kami hasil anda dengan menge-tag kami di #butterkicap.
Artikel Lain:
Rendang Daging: Resepi Masakan Rendang Tradisional