Resepi Nyonya Pai Tee Untuk Jamuan Kecemasan

Kredit: Gerald Lee

Pai Tee sememangnya adalah snek minum petang kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Kesegaran inti Pai Tee dan kerangupan kulit Pai Tee boleh membuatkan sesiapa saja mengeluh gembira. Bukannya kerana Pai Tee ini tak sedap tetapi keringkasan sajian inilah yang membuatkan Pai Tee cukup popular.

Malangnya, walaupun Pai Tee popular, memang susah untuk jumpa Pai Tee dijual. Saya ada satu soalan untuk anda. Berapa banyak kali anda mengunjungi ke kedai nasi ayam tempatan yang terkenal hanya untuk menghilangkan rasa mengidam anda untuk menikmati Pai Tee yang enak?

Kalau jawapan anda ialah ‘banyak kali’, saya mungkin dapat menolong anda untuk pastikan anda mendapat Pai Tee setiap kali anda mengidam untuk makannya.

Kenali Pai Tee

Bagi peminat Pai Tee di luar sana, memang memalukan kalau anda tak tahu sedikit sejarah ataupun asal-usul makanan ini.

Pai Tee merupakan sajian Nyonya yang seakan-akan sajian popia Cina kerana menggunakan inti yang diperbuat daripada sayuran yang diparut seperti sengkuang dan lobak merah. Nama Pai Tee ini diberi kerana bentuk kulit Pai Tee yang panjang dan seperti topi tinggi. Oleh itu, snek ini telah diberi nama ‘Pai Tee’ yang bermaksud ‘Topi Tinggi’ atau ‘Top Hat’ dalam bahasa Inggeris.

Menarik, kan? Jadi, kita sudahpun tahu sedikit sebanyak tentang Pai Tee. Sekarang, kita perlu belajar menyediakan Pai Tee pula. Untuk mendapatkan Pai Tee yang betul-betul sedap dan tak kedekut, memang susah. Jawapan bagi masalah ini, buatlah sendiri dan hasilnya memang memuaskan!

Bahan-Bahan:

a) Pai

  • 18g tepung gandum
  • 120g tepung pulut
  • 1 biji telur (Gred A)
  • 13g minyak masak
  • Secubit lada sulah
  • Secubit garam
  • 140g air

b) Inti

  • 1 taukua atau tauhu, dihiris
  • 1kg lobak putih cina, diparut
  • 1 lobak merah, diparut
  • 4 cendawan kering, direndam hingga lembut dan dihiris nipis
  • 150g udang segar, dibuang kulit, dibuang urat, diptong menjadi ketulan kecil
  • 80g kacang buncis, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 1/2 sudu teh garam atau secukup rasa
  • Secubit lada sulah

c) Untuk Hiasan

  • Daun bawang
  • Parsli
  • Bawang goreng

d) Sos

  • 5 sudu besar sos cili bawang putih
  • 3 sudu besar sos cili manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 8 biji limau, jus diperah
  • 2 sudu teh biji bijan dipanggang
  • 2 sudu teh kacang panggang

Cara-Cara:

a) Pai

  1. Dalam mangkuk besar, masukkan kesemua bahan dan kacau rata hingga adunan halus.
  2. Biar adunan rehat selama 40 minit.
  3. Dalam kuali dasar dalam, isi hingga minyak meliputi acuan Pai Tee. Panaskan minyak atas api sederhana besar kemudian kecilkan api. Panaskan acuan Pai Tee dalam minyak panas.
  4. Pindahkan adunan ke dalam balang kecil dan dalam.
  5. Celup acuan yang panas ke dalam adunan. Litupi acuan dengan adunan.
  6. Celup acuan panas ke dalam adunan selama beberapa saat agar adunan melekat dengan sekata pada acuan. Kalau tak, ada ada lubang jika adunan tidak meliputi acuan dengan sekata.
  7. Biar lelehan lebihan adunan menitis. Kemudian, celupkan acuan ke dalam minyak panas. Anda boleh kecilkan api jika terlalu panas.
  8. Biar acuan terendam di dalam minyak selama beberapa saat sebelum mengeluarkan pai menggunakan sepasang penyepit. Jika dikeluarkan dengan begitu pantas, pai akan meleper dan kehilangan bentuknya.
  9. Goreng hingga perang keemasan. Pindahkan pai ke atas pinggan yang dilapik tisu dan simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk. Anda boleh sediakan kulit pai lebih awal.

b) Inti

  1. Letakkan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali tak melekat. Goreng tauhu hingga kuning keemasan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan udang. Goreng hingga bertukar warna.
  4. Masukkan tauhu dan cendawan. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak putih atau sengkuang, lobak merah, kacau selama 3 minit dan masukkan kicap cair, garam serta lada sulah secukup rasa.
  6. Masak hingga sayur lembut. Masukkan kacang buncis dan goreng selama 3 minit lagi. Pindahkan ke dalam mangkuk berasingan dan ketepikan.

c) Sos

  1. Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan kacau rata. Anda boleh tambah mana-mana bahan menurut citarasa anda.

d) Menghidangkan Pai Tee

  1. Susun kulit pai di atas pinggan dan cedokkan inti ke dalam.
  2. Kemudian, hias dengan sedikit taburan daun bawang, parsli dan bawang goreng.
  3. Titiskan sedikit sos cili di atas dan siap!

Simpan untuk Kecemasan

Saya harap resepi Pai Tee ini dapat membawa manfaat kepada anda dan membantu anda bila-bila masa anda perlukan idea snek atau sajian yang nak disediakan semasa jamuan atau majlis, khususnya apabila anda terlupa yang anda perlu sediakan makanan. Tapi, hal ini boleh berlaku kalau anda sediakan kulit Pai Tee siap-siap. Kalau tak, kelam kabut anda nanti!

Jika anda ada sebarang soalan atau pertanyaan tentang masakan Nyonya dan Peranakan, silakan hantar soalan anda itu kepada saya di laman Instagram saya. Jika anda mahu melihat resepi-resepi Nyonya saya yang lain anda boleh kunjungi laman Instagram atau Facebook Butterkicap. Teruskan mengikuti saya dan Butterkicap untuk lebih banyak resepi menarik.

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş