Resepi Pulut Kuning Gebu dan Lembut 100% Menjadi

Kredit: Real Cooking with Jasmin

Pulut merupakan satu sajian yang mempunyai lambang yang cukup signifikan kepada masyarakat Malaysia. Baik untuk majlis keraian mahupun kematian, anda pasti akan perasan bahawa pulut sentiasa menjadi bahan utama dalam hampir kesemua majlis atau keraian di Malaysia malah di negara-negara Nusantara yang lain. Hal itu mungkin kerana terdapat unsur mistik yang dikaitkan dengan pulut tetapi saya tak berada di sini untuk melihat pada aspek tersebut.

Saya memang sukakan pulut. Rasa pulut yang lemak manis membuatkan apa jua lauk yang anda pasangkan bersama memang cukup enak. Namun begitu, tak ramai yang tahu membuat pulut yang enak. Pernah tak anda keluar membeli pulut dan anda tak begitu puas hati dengan pulut yang dibeli? Rasanya keras, tawar atau terlebih masin. Pulut seharusnya dimakan sebaik saja disediakan. Jika tidak, memang tidak menyelerakan.

Senangnya, Buat Pulut!

Saya tahu ramai antara anda yang merasakan renyah untuk menyediakan pulut. Oleh itu, ramai yang memilih untuk membeli pulut siap di luar. Saya nak beritahu anda, yang tanggapan anda itu salah sama sekali. Pulut sememangnya senang untuk disediakan. Cuma pemasaan dan air saja yang perlu dijaga untuk mendapat pulut yang gebu dan cantik.

Sebagai seorang usahawan kuih, saya ingin beri kuih atau kek yang baru kepada pelanggan. Oleh itu, saya hanya akan menyediakan kek atau kuih pada hari pesanan diterima. Jadi, kalau kebetulan saya menerima tempahan kuih atau masakan berpulut yang banyak, hari itu memang cukup memeningkan untuk saya. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya saya mendapat resepi pulut yang boleh saya katakan akan sentiasa memberi hasil pulut yang anda idam-idamkan.

Bahan-Bahan:

  • 1 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/4 cawan bawang, dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 cawan beras pulut, dibilas tiga kali
  • 3 cawan santan segar
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • lada sulah secukup rasa
  • 2 sudu teh serbuk kunyit

Cara-Cara:

  1. Dalam kuali sederhana besar, panaskan minyak zaitun dan mentega atas api sederhana besar.
  2. Masukkan semua bahan dan gaul rata. Masukkan campuran beras pulut ke dalam periuk nasi,
  3. Kukus pulut selama 25 hingga 30 minit.
  4. Jika pulut masih keras, tambahkan sedikit air dan sambung mengukus selama 5-10 minit lagi.
  5. Sesuai dihidangkan bersama rendang.

Enak Dimakan Bersama Rendang

Resepi pulut ini memang sesuai dimakan bersama rendang. Memang cukup menyelerakan! Saya harap resepi pulut ini dapat membantu menyenangkan kerja anda sepertimana resepi ini membantu saya. Untuk resepi rendang yang betul-betul ekspres, anda boleh mencuba resepi rendang ekspres Butterkicap. Tak rugi mencuba!

Apapun, jangan lupa untuk kongsi dengan saya resepi mudah kegemaran anda dan jika anda ada permintaan resepi yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan, silalah beritahu kami, ya. Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş