Site icon Butterkicap

7 Resepi Ayam Percik Segera, Sedap dan Syiok

Tiap kali menjelangnya Ramadhan, ayam percik adalah antara hidangan yang menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ada je antara kita bila bulan puasa je jadi hantu ayam percik. Tapi memandang sekarang musim hujan, ditambah pula anda mesti malas nak pergi beli. Jadi, apa kata anda cuba lakukan sendiri di rumah?

Anda boleh lakukan sendiri dan buat sebanyak mana yang anda mahukan. Boleh dihidangkan dan makan bersama keluarga atau berikan kepada jiran tetangga. Dapat uga kita berkongsi rezeki bersama dan kumpul pahala bulan puasa ini. Jom terokai 7 resepi ayam percik yang anda boleh cuba sendiri. Selamat mencuba!

 

1. Resepi ayam percik panggang pedas

Kredit: resepicheff.blogspot.com

Resepi ayam percik panggang pedas ini disediakan bersama kuah santan pedas yang lemak berkrim. Ia sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat dan dicari-cari apabila Ramadan menjelma. Adna boleh memilih untuk memanggang dalam ketuhar ataupun di atas api. Ia adalah terpulang kepada citarasa dan selera anda seisi keluarga.

Bahan yang diperlukan dan langkah yang anda perlu ikuti disedeiakna dibawah ini. Apa lagi, cubalah sekarang!

Bahan-bahan

Bahan perapan:

Bahan kuah percik:

Cara penyediaan:

  1. Untuk perapan, campurkan kisaran bawang merah, bawang putih, halia dan serai bersama serbuk ketumbar dan jintan manis serta 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™ dalam satu mangkuk besar. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian, curahkan adunan tersebut pada ayam. Biarkan ia disaluti sehingga rata dan diperap lebih kurang 2 jam.
  3. Dalam kuali bersaiz sederhana, masukkan santan bersama kisaran bawang merah, bawang putih, halia, serai dan kisaran cili kering berserta jus asam jawa, gula dan 1 sudu besar perencah perasa. Biarkan ia mendidih dengan api kecil. Masakkan sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
  4. Apabila kuah tersebut telah masak, salutkan ayam dengan kuah dan alihkan ke dalam bekas pemanggang.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 425°F. Bakar ayam lebih kurang dalam 45-60 minit. Anda boleh menambahkan tempoh memasak sehingga anda berpuas hati dengan tekstur ayam tersebut.
  6. Kalau nak ayam lebih ranggup dan lazat, curahkan kuah lebih banyak sebelum dihidangkan.

 

2. Resepi ayam percik mudah dah sedap

Keenakan ayam percik amatlah bergantung kepada bahan perapan dan kepekatan serta kelazatan kuahnya. Boleh dimasak dengan apa jua cara sekalipun. Ada juga yang memasak dengan cara menggoreng. Ia adalah terpulang kepada anda. Anda boleh masak ikut kreativiti anda juga.

Ikuti langkah dan bahan yang telah disenaraikan dibawah, kuantiti bahan boleh mengikut citarasa dan selera anda.

Bahan-bahan

Bahan perapan:

Bahan kuah percik:

Cara penyediaan:

  1. Sediakan bahan perapan: tumbukkan semua bahan; bawang merah, bawang putih dan halia yang disediakan untuk perapan. Tumbuk kasar semua bahan ini bersama secubit garam.
  2. Perapkan sejam: Kelarkan sedikit bahagian ayam yang digunakan supaya lebih cepat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan ayam lebih kurang 1 jam atau lebih. Ia akan lebih sedap jika diperap lebih lama.
  3. Sediakan kuah: Ambil santan cair, serai, halia, lengkuas, cili kering dan air yang disediakan tadi. Kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga lumat. Setelah itu, didihkan bahan di atas kuali, pemanggang atau periuk masakan anda. Tambahkan juga asam keping dan masukkan garam, gula serta perencah perasa.
  4. Masakkan ayam yang diperap: Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuah sehingga separuh masak.
  5. Angkat ayam & perap sekali lagi: Selepas ayam agak-agak separuh masak, keluarkan daripada kuali kuah tadi dan perapkan sekali lahi dengan sedikit kuah sehingga 1 jam atau lebih. Sementara itu, lebihan kuah tersebut kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan bagi lebih sebati dan apabila kuah sudah cukup pekat, tutup api.
  6.  Bakar/ goreng/ panggang ayam: Akhir sekali, Ayam yang diperap sekali lagi bolehlah dimasak sama ada bakar dalam ketuhar/ goreng dalam kuali/ panggang atas api. Pastikan ayam masak sepenuhnya.
  7. Siap untuk dihidangkan: Apabila ayam sudah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah percik tadi. Selamat menjamu selera!

 

3. Resepi ayam percik mudah

Bagi mereka yang tidak menggemari makanan pedas, anda boleh mengurangkan kuantiti cili kering yang digunakan. Tahap kepedasan kuah adalah mengikut selera anda. Ayam yang digunakan, anda boleh kelar beberapa bahagian supaya kuah mudah menyerap ke dalam isi ayam. Ia akan menambahkan kelazatan ayam percik anda.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan yang perlu anda ikuti untuk menyediakan ayam percik ini. Semoga berjaya!

Bahan-bahan

Bahan A:

Bahan B:

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaulkan bersama garam.
  2. Kisarkan semua bahan B.
  3. Masukkan ayam ke dalam kuali serta bahan B yang telah dikisarkan bersama santan pekat, halba, asam jawa dan gula. Biarkan sehingga sederhana masak, kuahnya kering sedikit dan gaul rata supaya rempah dan ayam menjadi sebati.
  4. Tutup api dan masukkan ayam ke atas pemanggang dan bakar di atas dapur sehingga ayam garing. Jika dibakar dalam ketuhar, tetapkan suhu pada 200°c sehingga ayam masak sepenuhnya.

 

4. Resepi ayam percik istimewa

Resepi ini mempunyai kelainan tersendiri kerana menggunakan daun limau purut dan buah keras dalam masakan. Ia adalah bertujuan bagi menambahkan kelazatan rasa ayam percik.

Jika anda mahu menumis bahan-bahannya, ia lebih baik jika guna santan segera iaitu santan dalam kotak. Kalau nak reneh, anda boleh guna santan asli tetapi anda perlu pastikan minyak pecah dengan baik dan santan tidak berketul.

Rajin-rajinkanlah diri untuk mengacau kuah perlahan-lahan sehingga pecah minyak. Bahan-bahan yang ditunjukkan dibawah boleh diolah sedikit mengikut saiz hidangan anda dan juga citarasa anda. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

Cara penyediaan:

  1.  Panaskan minyak dalam kuali besar, tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga garing. Masukkan santan, limau purut, serai, garam dan gula. Kacau semua bahan sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ayam dan tutup kuali dengan penutup. Biarkan ia mereneh dengan api sederhana. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
  3. Selepas itu, keluarkan ayam daripada kuali dan aturkan ayam di atas pemanggang. Ambil sedikit kuah percik dan sapu di atas ayam tersebut.
  4. Pusing-pusing ayam bagi memastikan ia masak secara keseluruhan dan sapukan kuah dengan rata.
  5. Jika bakar menggunakan ketuhar, pastikan suhu pada 180°c. Bakarkan sehinga masak sepenuhnya.
  6. Bagi kuah percik, masakkan di atas api sehingga kuahnya pekat. Apabila betul-betul masak, tutup api. Semasa hidangkan dengan ayam, perahkan limau atas ayam dan curahkan lebihan kuah percik lagi atas ayam. Selamat menjamu selera!

 

5. Resepi ayam percik Kelantan original

Kredit: talk2me-ibuaries.blogspot.com

Ayam percik ini menggunakan kuah lemak putih dan tidak terlalu merah seperti ayam percik negeri lain. Bagi memastikan kuah pekat dengan sempurna, gunakan tepung jagung dan santan yang sederhana pekat. Penggunaan cili kering tidak terlalu banyak, jika mahu kurangkan kuantitinya pun boleh. Ikut citarasa anda. Kebiasaannya orang Kelantan gemarkan makanan manis, anda boleh tambahkan sedikit lagi gula bagi memaniskan lagi kuah.

Selamat mencuba resepi ayam percik asli dari negeri Kelantan. Ikuti resepi yang telah disediakn dibawah ini. Selamat berbuka bersama ayam percik!

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Lumurkan ayam yang telah siap dibersih dan dipotong dengan bahan yang ditumbuk tadi. Gaulkan sehingga sebati. Perapkan ayam seketika dan kukus sekejap.
  2. Kisarkan bawang merah, cili kering dan halia. Kemudian, masukkan santan dalam kuali bersama bahan yang siap dikisar itu. Kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Selepas itu, masukkan jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  3. Sementara tunggu kuah masak dan pekat, bakar ayam yang dikukus tadi. Apabila ayam sudah agak garing, siramkan dengan kuah yang dimasak dan bakar sekali lagi. Ulangi langkah yang sama untuk dapatkan tekstur ayam yang kering dan kuah yang betul-betul pekat.
  4. Siap untuk dihidangkan!

 

6. Resepi ayam percik madu

Kredit: irmadilondon.blogspot.com

Resepi ini adalah ayam percik madu. Saiz ayam yang dipotong jangan terlalu kecil. Kelarkan ayam tersebut bagi memastikan rempah dan madu dapat diserapak dengan mudah masuk ke dalam isi ayam. Ikuti langkah yang disediakan dibawah ini bagi anda yang ingin mencuba sendiri ayam percik madu sebagai juadah berbuka anda bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

Bahan untuk kisar:

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam. Masak dengan api yang sederhana. Biarkan ayam masak perlahan-lahan sehingga isi ayam lembut.
  3. Selepas 10 minit masak, masukkan pula santan. Kacau lagi. Ayam tidak perlu masak terlalu lama. Cukup sekadar separuh masak. Kemudian, bakar ayam tersebut.
  4. Tunggu sehingga ayam masak sepenuhnya.
  5. Sementara itu, masakkan kuah sekali lagi sehingga pecah minyak.
  6. Jika nak panggang dalam ketuharm pastikan suhu pada 180’c selama lebih kurang 45 minit. Selang 15 minit, keluarkan ayam. Sapukan ayam dengan kuah. Ulangi proses tersebut selama 3 kali.
  7. Apabila ayam sudah masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam bekas atau pinggan besar. Curahkan lagi kuah percik. Siap untuk dihidang!

 

7. Resepi ayam percik kuah merah

Kredit: sharifahnadirashafieyra.blogspot.com

Jika anda inginkan kuah yang lebih pekat dan pedas, tambahkan sedikit lagi cili kering. Bagi memastikan kuah dan ayam menjadi sebati dengan baik, kelarkan bahagian ayam tersebut. Perap ayam bersama bahan perapan lebih lama, ayam akan menjadi lebih enak dan lazat!

Cuba senditi kelazatan ayam percik ini dengan mengikuti langkah dan bahan yang telah disenaraikan dibawah ini. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

Bahan perapan:

Bahan kuah percik:

Cara penyediaan kuah:

  1. Kisar halia, serai, cili kering dan bawang merah bersama.
  2. Campurkan bersama santan didalam periuk dan masakkan di atas api yang sederhana.
  3. Kacau sehingga supaya kuah tidak berketul dan cepat pecah minyak.
  4. Tambahkan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masakkan kuah sehingga betul-betul pekat. Tutup api.
  6. Biarkan seketika. Sediakan pula ayam.

Cara penyediaan ayam:

  1. Perapkan ayam  yang sudah dipotong dan dibersihkan dengan bahan-bahan (bawang merah, bawang putih, halia, serai) yang telah dikisar halus tadi bersama garam secukup rasa. Perapkan ayam selama sejam setengah (lebih lama kita perap, ayam akan lebih sedap dan sebati bersama bahan tersebut).
  2. Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga ayam masak.
  3. Celupkan sekali lagi dalam kuah sebelum dihidangkan
  4. Selamat mencuba!

 

 

Di sini beberapa resepi ayam percik yang anda cuba sendiri dan boleh dijadikan hidangan jika anda mengadakan kenduri atau apa-apa majlis termasuklah majlis berbuka puasa bersama saudara mara atau jiran tetangga.

Anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di bazaar Ramadhan semata-mata untuk mendapatkan ayam percik. Anda boleh buat sendiri di rumah dan anda akan lebih berpuas hati dengan rasanya.

Dengan ini, kami ingin mengambil kesempatan dan peluang yang masih ada  untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mencuba resepi ayam percik untuk bejuadah berbuka anda!

print