Resepi brokoli, cendawan dan fucuk ini ialah hidangan bertuah untuk dinikmati semasa sambutan Tahun Baru Cina. Brokoli kelihatan seperti bunga-bungaan di pokok yang menandakan permulaan baru, sementara cendawan pula menandakan rezeki yang melimpah-ruah. Jadi, apa yang tidak kena lagi? Tambahan pula, saya suka menggunakan brokoli dan juga cendawan sebagai bahan dalam masakan saya. Baca dengan teliti resepi brokoli, cendawan dan fucuk saya dibawah:
Bahan-bahan
Sos
- 100g cendawan kering, direndam dalam 400ml air semalaman sehingga lembut, kemudian buang tangkai dan simpan air rendaman untuk digunakan kemudian
- 3 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak bijan
- 15g halia, diracik helai
- 20g bawang putih, dikupas kulit & dicincang
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar kicap
- 1 sudu besar sos BBQ
- tepung jagung untuk memekatkan kuah
- 400ml air
Brokoli
- 1 jambak brokoli, potong kepada kuntuman, rendam dalam air dengan 1 sudu kecil garam
- 1 liter air
- 2 sudu besar garam
Tambahan (Tidak Wajib)
- Fucuk goreng
Kaedah
Sos
- Masukkan minyak ke dalam periuk renehan.
- Masukkan bawang putih cincang kemudian goreng hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan halia.
- Masukkan air, sos tiram, kicap pekat, kicap, sos BBQ, minyak bijan. Biar mendidih.
- Masukkan cendawan ke dalam periuk.
- Masukkan air cendawan, kecilkan api dan biar menggelegak sehingga cendawan lembut sepenuhnya, kira-kira 25 hingga 30 minit.
- Keluarkan cendawan dari sos dan ketepikan.
- Biar sos terus mendidih agar terus memekat sehingga mencapai 1/3 isipadu sos.
- Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Jumlah dan konsistensi kepekatan adalah bergantung kepada citarasa anda.
Brokoli
- Dalam periuk renehan, masukkan 1 liter air dan 2 sudu besar garam. Didihkan.
- Celur kuntum-kuntum brokoli di dalam air panas selama 2 hingga 3 minit, sehingga masak.
- Keluarkan brokoli dari air panas menggunakan penapis.
- Masukkan brokoli dan cendawan masak di atas pinggan lalu tuangkan sos.
- Tambah fucuk goreng jika anda mahu. Hidangkan panas-panas.
Lihatlah resepi Sherson Lian untuk Ikan Merah Masam Manis, atau baca temubual bersama beliau di sini. Jika anda lebih suka mencuba makanan beliau berbanding menyediakan di rumah, cubalah menu istimewa Tahun Baru Cina beliau di Hello by Kitchen Mafia di Happy Mansion, Petaling Jaya sepanjang Februari 2018. Hubungi mereka di Facebook atau 03 7932 1929 untuk maklumat lanjut.