Site icon Butterkicap

Resepi Daging Berempah Mamak Ala Aunty Zah


Tinggal di luar negara dan mengembara dari satu negara ke negara lain, makanan Malaysia merupakan perkara yang paling kami rindui. Jadi, memang tidak menghairankan apabila kami pulang ke Malaysia, kami akan terus ‘menyerang’ kedai Mamak untuk menikmati makanan yang kebanyakan daripada rakyat Malaysia ambil ringan.

Tiada yang lebih menyelerakan berbanding secawan teh tarik, roti canai dan kuah daging berempah banjir. Wah, terliur dibuatnya!

Mencipta Semula Daging Berempah Mamak di Rumah

Oleh sebab kami tahu, kami tak mungkin dapat bertahan untuk beberapa bulan sebelum dapat menikmati makanan Malaysia kegemaran kami, keluarga saya mengambil kesempatan inilah untuk mempelajari cara untuk kami cipta semula makanan-makanan tersebut.

Anda tak mungkin dapat bayangkan rasa kempunan yang perlu ditahan berbulan lamanya. Memang cukup mencabar!

Nasib baik ibu saya, yang lebih dikenali dengan gelaran Aunty Zah, pandai mencipta semula masakan kegemaran kami sepanjang tinggal di luar negara. Tanpa beliau, tak mungkin kami dapat bertahan lama semasa berkelana di negara orang.

Antara masakan yang beliau berjaya kuasai ialah sajian daging masak  hitam atau daging berempah mamak. Tambahan pula, resepi yang ibu saya olah memberikan hasil yang lebih menyelerakan berbanding daging berempah yang anda biasa makan di kedai Mamak.

Apa, anda tak percaya? Cubalah resepi di bawah dan baru anda faham maksud saya.

Bahan-Bahan

Saiz hidangan: 8

Cara-Cara

  1. Dalam pengisar, kisar bawang besar dan halia dengan ½ cawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan ¾ cawan minyak masak dalam kuali sederhana besar atau periuk.
  3. Masukkan cili boh dan tumis selama 1 minit.
  4. Masukkan kayu manis dan tumis selama 1 minit lagi.
  5. Masukkan bahan kisar mengandungi bawang dan halia dan menumis selama 5 minit lagi.
  6. Masukkan kesemua bahan rempah termasuk serbuk kari, adas, jintan putih dan lada sulah.
  7. Kacau selama 2 minit lagi atau sehingga naik bau.
  8. Masukkan ketulan daging dan biarkan daging masak selama 5 minit.
  9. Masukkan pes tomato dan biarkan semua bahan masak selama 1 minit lagi.
  10. Masukkan gula dan kicap manis.
  11. Biarkan semua bahan masak selama 2 minit dan kecilkan api untuk biarkan masakan mereneh lalu masukkan daun kari.
  12. Biarkan daging dan kuah memasak pada api rendah atau sederhana besar semalam 15 minit. Sesekali kacau.
  13. Masukkan ½ cawan air agar kuah tidak mengering.
  14. Masak selama 15 hingga 20 minit lagi.

Beberapa tip untuk dikongsi 

 

Sedap Hingga Menjilat Jari

Semoga resepi ini boleh dinikmati oleh semua yang mengidamkan makanan mamak. Oh ya, untuk pengetahuan anda, makanan Malaysia yang pedas seperti resepi daging  ini terasa lebih enak dimakan dalam cuaca sejuk. Jadi, apabila musim hujan, jangan lupa untuk cuba sediakan resepi ini!

 

Belajar Asas Makanan Tradisional Malaysia

Bagi yang ingin belajar memasak makanan tradisional Malaysia kegemaran anda seperti roti jala, nasi tomato, roti canai dan macam-macam lagi, belajarlah dari ibu saya.

Marilah bertandang ke rumah Aunty Zah. Sambil minum teh,  ayuhlah belajar memasak dengan Aunty Zah. Jemput makan dan klik di sini untuk mendaftar!

print