Ikan merah masam manis merupakan hidangan yang sentiasa dinikmati sepanjang saya membesar, khususnya semasa sambutan Tahun Baru Cina apabila berkunjung ke rumah sanak-saudara.
Jadi, hidangan ini telah menjadi hidangan wajib yang saya tunggu-tunggu setahun sekali ketika perayaan tersebut. Oleh itu, saya ingin berkongsi dengan anda resepi ikan merah masam manis dengan sentuhan saya sendiri terhadap sajian kegemaran saya ini ketika membesar. Saya harap anda juga sukakannya.
Bahan-bahan
Ikan
- 250g kepingan ikan merah, dipotong kecil
- Tepung serba guna
- Garam & lada hitam secukup rasa
- Minyak masak/sayuran, untuk goreng celur
Sos ikan masam manis
- 1/2 lada benggala merah, dipotong dadu dan dibuang biji
- 1/2 lada benggala hijau, dipotong dadu dan dibuang biji
- 1/2 lada benggala kuning, dipotong dadu dan dibuang biji
- 1 biji bawang kuning sederhana, dihiris
- 1 biji bawang merah sederhana, dihiris
- 3 sudu besar minyak masak/sayuran
- 1 cawan sos tomato
- ¼ cawan sos cili
- 2 sudu besar cuka
- Garam secukup rasa
Cara-cara
- Perasakan ikan dengan garam dan lada hitam.
- Salut ikan dengan tepung serba guna, kemudian goreng celur sehingga rangup. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos ikan masam manis, panaskan kuali leper dan masukkan minyak.
- Seterusnya, masukkan bawang besar dan merah. Tumis hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan semua lada benggala.
- Teruskan mengacau selama 5 minit.
- Masukkan sos tomato, cuka dan sos cili.
- Jika sos terlalu pekat, masukkan sedikit air ataupun stok sayur untuk cairkan ke konsistensi yang anda mahu.
- Teruskan mengacau sehingga semua sayur masak. Masukkan garam secukup rasa.
- Hidangkan ikan merah masam manis dengan meletakkan ikan yang goreng di atas pinggan. Kemudian, tuang semua sos di atas ikan tersebut.
- Hidang sementara masih panas.
Selain resepi ikan merah masam manis ini, lihatlah juga resepi Brokoli, Cendawan & Fucuk Sherson Lian atau baca temubual beliau di sini. Jika anda cuma mahu menikmati masakan beliau, anda boleh cuba menu istimewa Tahun Baru beliau di Hello by Kitchen Mafia di Happy Mansion, Petaling Jaya sepanjang bulan Februari 2018. Hubungi mereka di Facebook atau 03 7932 1929 untuk maklumat lanjut.