Resepi Kek Yogurt Lemon Tanpa Tepung oleh Diana Chan

Resepi Kek Yogurt Lemon Tanpa Tepung oleh Diana Chan
Resepi Kek Yogurt Lemon Tanpa Tepung oleh Diana Chan

Terdapat sebilangan kek yang saya suka termasuk kek lobak merah, kek pisang, kek suji, kek coklat lembap, kek keju, kek span… Baiklah, saya sukakan semua jenis kek, asalkan tidak kering. Satu perkara yang pasti ialah kek yogurt lemon tanpa tepung saya bukan kek yang kering.

Semasa kecil, saya selalu ke Singapura untuk menziarahi sanak saudara semasa perayaan Tahun Baru Cina dan saya sentiasa menziarahi seorang nenek saudara yang tinggal di Ang Mo Kio. Walaupun beliau tidak memberi kami ang pow yang banyak, saya sentiasa berasa teruja untuk menziarahinya kerana dia akan menyediakan sejenis kek yang lembut, gebu dan mempunyai perisa oren yang sedap. Saya sangat sukakan kek itu dan menyesal tidak dapatkan resepinya sebelum beliau meninggal dunia.

Jadi, saya pun nekad untuk mencari resepi yang hampir sama seperti resepi kek nenek saudara saya lalu terjumpa resepi Kek Lemon tanpa tepung oleh idola kulinari saya, Yotam Ottolenghi. Saya cuba resepi tersebut dan membuat sedikit perubahan dan kelainan untuk mencipta resepi saya sendiri.

Yogurt ditambah kerana saya mahu kelembapan yang lebih, dan lebih banyak lemon dimasukkan untuk tingkatkan rasa masam kek. Saya juga tidak masukkan sirap seperti yang tercatat dalam resepi asli kerana saya merasakan bahawa sirap tidak diperlukan selepas memasukkan yogurt.

Resepi kek yogurt lemon tanpa tepung ini mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Jika anda tidak mempunyai mesin adunan elektrik, gunakan pemukul. Anda hanya perlukan senduk dan mangkuk adunan. Kek ini sesuai dihidang bersama sedikit krim dan secawan teh Inggeris yang baru dibancuh. Saya menyediakan kek ini apabila saya tidak tahu hidangan yang nak disediakan untuk tetamu apabila mereka bertandang semasa waktu minum petang. Saya juga hidangkan kek ini dengan sedikit krim putar dan seri kaya lemon. Hasilnya memang menakjubkan. Selamat menjamu selera xx.

 

Bahan-bahan

 

Kering
  • 135g mil kacang badam
  • 85g tepung suji
  • 1 ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 220g gula kastor

 

Basah
  • 150g mentega, dicairkan
  • 3 biji telur
  • 2 biji lemon, diperah jus dan diparut kulit
  • 2 sudu besar yogurt greek

 

Hiasan
  • Gula aising, untuk didebu

 

Saiz hidangan: 8 orang

 

Kaedah

  1. Sediakan bahan kering dalam mangkuk berasingan dan gaul bersama mil kacang badam, tepung suji dan serbuk penaik.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul mentega dan gula bersama. Masukkan telur satu per satu, pukul adunan setiap kali sebiji telur dimasukkan.
  3. Masukkan parut lemon dan jus lemon ke dalam adunan. Tambahkan yogurt greek dan terus pukul hingga sebati.
  4. Campur bahan kering dan bahan basah. Masukkan adunan ke dalam bekas kek bulat bersaiz 20cm yang dilapik. Bakar pada 150°C selama 50-55 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, debukan gula aising di atas kek.

 


 

Lihat pautan di bawah untuk resepi Diana Chan yang lain atau baca temubual bersama beliau di sini.

Ayam Percik

Sambal Sotong Kurita

Ayam Varuval

Asam Pedas Kukup Merah

print
Diana Chan

Guest Chef

Diana Chan is a Malaysian-born Australian chartered accountant and celebrity cook. She is the winner of MasterChef Australia for 2017 and currently works with children through food education via the Stephanie Alexander Kitchen Garden program. Diana loved cooking from a very young age and she learnt a lot through both her parents, but it was only when she moved to Melbourne that her interest grew as she discovered the farmers’ markets that supplied plenty of fresh and local produce from around Australia. She developed her own cooking style, which combined some of the hallmarks of her parents’ styles - her mother’s fresh, herb-driven approach and her father’s love of seafood. Diana believes in creating wholesome, balanced and delicious meals incorporating fusion flavours and her future plans of opening her food concept is deep in the planning stages.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş