Resepi Pengat Pisang Makan Sekali Tak Cukup

Resepi pengat pisang ini boleh membuatkan anda sentiasa termimpi-mimpi nak menikmati sajian manis ini setiap hari!

Resepi Pengat Pisang Terbaik

Pengat pisang merupakan satu hidangan kuah manis yang lazimnya disediakan sebagai hidangan minum petang atau pencuci mulut dalam jamuan tempatan.

Hidangan pengat ini cukup popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Jenis Pisang dan Pengat

Pengat lazimnya, disediakan menggunakan pisang, khususnya pisang Tanduk atau Pisang Lang. Bagi pembaca yang kurang arif tentang pengetahuan pisang, Pisang Tanduk atau plantain merupakan sejenis pisang bersaiz besar yang selalunya digunakan dalam masakan khususnya dalam penyediaan snek kerepek.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa pisang jenis ini diberi nama ‘tanduk’. Hal ini demikian kerana saiznya yang besar dan bentuk pisang yang melengkung seperti tanduk kerbau. Pisang Tanduk sesuai untuk dijadikan pengat kerana isinya yang berkanji. Apabila dimasak, pisang ini akan menjadi cukup lemak dan memang enak apabila dimakan.

Pisang Lang pula mempunyai tekstur yang lebih halus dan kurang berkanji. Namun begitu apabila cukup masak, memang manis. Kedua-dua jenis pisang ini seringkali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembeli kerana kelihatan sama. Jika tak pasti, tanya sahaja penjual, ya.

 

Pengat Pisang Lemak Manis Menanti

Untuk menyediakan pengat pisang, mudah sahaja. Anda hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya tempatan.

Namun begitu, kami ada satu tip penting untuk anda. Jika anda tidak mahu pengat anda begitu manis, gunakan gula merah India. Anda boleh berkunjung ke kedai runcit mamak berdekatan dan tanya Anneh di kaunter agar anda tidak tersilap beli.

Sudah ada barang? Jom masak!

 

Bahan-Bahan

  • 2 biji pisang
  • ½ cawan sagu
  • ¾ cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 1 kotak (200ml) santan
  • 3 helai daun pandan

 

Cara-Cara

  1. Hiris pisang menjadi ketulan kira-kira 2-3 inci. Ketepikan.
  2. Rebus sagu hingga jernih. Tapis sagu dan ketepikan.
  3. Di atas api sederhana besar, panaskan 2 cawan air gula dengan daun pandan di dalam periuk.
  4. Apabila gula sudah larut, masukkan hirisan pisang. Kemudian masukkan santan dan sagu.
  5. Biarkan hingga mendidih selama 5 minit.
  6. Masukkan garam. Kacau dan padamkan api.

Nota: Tapis dahulu gula merah sebelum guna. Ada kalanya, terdapat habuk halus akan terbentuk apabila gula merah lama tersimpan. Tak naklah pengat anda berasa berhabuk pula.

 

Kongsi, Jangan Tak Kongsi

Sebelum menikmati pengat pisang anda, jangan lupa untuk tangkap gambar dan kongsi bersama kami dengan meletakkan #butterkicap dahulu sebelum anda pos di laman media sosial. Selain itu, jangan lupa kongsi resepi ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga yang teringin nak makan pengat pisang yang mudah tetapi cukup enak hingga satu mangkuk pun tak cukup.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş