Resepi Shakshuka Berkari oleh Dish by Ili

Shakshuka Berkari

Selepas berkongsi dengan anda resipi telur Dish by Ili seperti Telur en Crocette dan Bebola Keju Telur Puyuh, kini tibalah pula giliran resepi bertelur Dish by Ili yang seterusnya iaitu Shakshuka.

Bagi yang tidak pernah mencuba Shakshuka, sajian ini sebenarnya merupakan sajian yang berasal dari Timur Tengah. Shakshuka merupakan hidangan berkuah yang diperbuat menggunakan tomato dan kuah tersebut mengelilingi kawah-kawah telur. Bunyi menarik, bukan?

Shakshuka lazimnya dimakan sebagai sarapan mahupun ketika minum petang kerana sajian ini agak ringan tetapi kaya dengan perisa. Jika anda kurang menggemari makanan pedas, hidangan ini sesuai untuk anda. Namun begitu, bagi peminat masakan pedas, anda boleh ubah suai kadar pedas hidangan ini menurut citarasa anda.

Jika anda sudah bersedia untuk ke dapur, angkat telefon bimbit atau komputer riba anda untuk mula memasak.

 

Bahan-Bahan

  • 1 sudu besar minyak kelapa
  • 1 biji bawang besar, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 lada benggala merah bersaiz sederhana, dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cubit serbuk cayenne (opsyenal)
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 400g tomato dalam tin
  • 120g kacang kuda masak dalam tin
  • 100ml santan
  • 4 biji telur kampung
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Daun parsli segar untuk hiasan

 

Cara-Cara

  1. Panaskan kuali besar dengan penutup di atas api sederhana besar. Masukkan minyak kelapa, bawang besar, bawang putih dan lada benggala.
  2. Tumis kilas selama 2 minit sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan rempah dan masak selama seminit lagi. Kerap mengacau sehingga naik wangi.
  4. Masukkan tomato, kacang kuda, santan, lada hitam dan garam. Biar mereneh selama 10 minit. Kacau sesekali sehingga sos memekat sedikit.
  5. Bentukkan empat kawah di dalam sos, satu per satu, dan pecahkan telur.
  6. Biarkan kuah mereneh di atas api sederhana kecil selama 10 minit atau sehingga telur putih masak dan telur kuning masih cair. Jika lapisan atas telur putih masih cair, tutup kuali selama seminit.
  7. Hias dengan secubit garam, lada hitam dan parsli segar.
  8. Hidang bersama roti Naan atau paratha, jika anda mahu.

 

Nota tambahan

Membentuk kawah pada kuah shakshuka adalah sukar jika anda tidak meletakkan bekas terlebih dahulu. Jangan risau kerana berat telur akan mengekalkan bentuk kawah tersebut.

 

 

Shakshuka merupakan hidangan yang cepat dan mudah untuk disediakan.  Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah untuk diperoleh dan tidak memerlukan kos yang banyak. Jadi, memang sesuailah untuk disediakan ketika anda tiada bajet yang banyak atau wang lebihan.

Adakah hasil masakan anda sama seperti yang saya perolehi? Jika ya, jangan lupa untuk berkongsi gambar bersama kami dengan meletakkan hashtag #dishbyili dan #butterkicap

print
Ili Sulaiman

Bubbly and friendly, this Malaysian celebrity cook was the winner of the 2015’s Food Hero Asia competition on Asian Food Channel and has appeared on a few shows on television such as ‘Diari Mangkuk Tingkat’, which features some of her own delicious recipes.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş