“Tauhu goreng ibu memang sangat enak kerana rangup di luar, lembut dan lemak di dalam.”
~ Sehari Di Dapur Ibu: Resepi & Nostalgia
Memang sukar untuk kekalkan gaya hidup sihat dan makan secara seimbang apabila anda sentiasa sibuk. Cubalah resepi tauhu goreng yang mudah, cepat dan sedap ini. Untuk kekal sihat, anda tak perlu sediakan makanan yang rumit atau memerlukan bahan yang banyak.
Bahan-Bahan
- Tauhu
- Tauge
- Timun
Bahan-Bahan Untuk Membuat Sos
- Gula Melaka
- Cili padi
- Bawang Putih
- Kicap manis
- Cuka
- Kacang– Digoreng dan ditumbuk halus
Cara-Cara
- Campur kesemua bahan untuk membuat sos.
- Goreng tauhu.
- Celur tauge dalam air panas.
- Hiris timun (Potong secara julienne).
- Hidangkan tauhu goreng dan letakkan tauge di atas bersama-sama hirisan timun.
- Tuangkan sos campur di atas tauhu (Cadangan: Tuang sos semasa tauhu masih panas).
*Dihidang bersama telur rebus dan kucai