Site icon Butterkicap

Resepi Teh Lemon Nenas Penyelamat Tekak Musim Panas Ini

Musim panas, secara umumnya, sering dikaitkan dengan senario anda berbaring di atas pasir pantai yang memutih, sambil melihat pohon-pohon kelapa bergoyang akibat angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan membasahkan tekak dengan segelas air berperisa buah.

Malangnya di Malaysia, kita tidak diberi cuti musim panas seperti negara Barat. Daripada bersantai di tepi pantai, kita sehari suntuk bekerja di pejabat sambil sesekali, melihat gambar anda jadikan latar komputer anda dan berfikir, “Bagusnya kalau aku tengah bercuti.”

Jangan Bazirkan Cuti Anda

Daripada anda bersusah-payah memohon cuti daripada bos anda yang garang itu, lebih baik anda cuba resepi minuman yang diinspirasi daripada minuman tropika Pineapple Lemony Tea Tony Roma’s di rumah. Duit jimat, bos pun gembira, betul tak?

Penyediaan dan bahan yang digunakan untuk resepi ini adalah mudah dan boleh didapati dengan senang. Jadi, tiada alasan untuk anda tidak cuba sediakan minuman ini sendiri.

Apa anda tunggu lagi? Mari dapatkan barang yang diperlukan dan ayuh ke dapur!

 

Bahan-Bahan

 

Cara-Cara

  1. Sediakan teh lemon dengan mencampur jus lemon dan teh.
  2. Masukkan jus nenas ke dalam gelas.
  3. Masukkan separuh 7-Up ke dalam gelas.
  4. Isikan ais ke dalam gelas.
  5. Masukkan baki 7-Up.
  6. Tambah teh lemon di atas.

 

Tip

  1. Jika anda kesuntukan masa, anda boleh sediakan resepi ini menggunakan minuman teh lemon yang boleh didapati di pasaran.
  2. Gunakan mana-mana minuman berkarbonat berperisa sitrus yang boleh didapati di pasaran. Jika anda mahu menjadikan minuman ini lebih sihat, gantikan dengan air soda.

 

Apa Kata Anda

Anda sukakan atau sangat sukakan minuman ini? Daripada beritahu kami, lebih baik anda berkongsi hasil minuman anda di Instagram dengan meletakkan hashtag #butterkicap. Jika anda mendapati anda ingin menambah atau menggantikan mana-mana bahan, perubahan tersebut sangat dialu-alukan!

Lagipun, bukan kami yang akan menikmati minuman tersebut. Jadi, sediakanlah minuman teh lemon nenas memikat jiwa ini menurut citarasa anda.

print