Resipi Roti Klasik yang Mudah

Resepi Roti Klasik yang mudah

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan, sesetengah makanan seperti roti semakin sukar untuk didapati. Penyelesaiannya? Buatlah roti sendiri. Jangan berasa takut kerana kami ada resepi roti cukup mudah yang pasti membuatkan anda berhenti membeli roti komersial selepas ini. Perkara yang kami cukup suka tentang resepi ini adalah kami dapat dihasilkan juga dengan marjerin atau minyak, tapi kami syorkan anda menggunakan mentega agar roti lebih gebu dan lemak.

Kalau anda sudah mahir menyediakan roti, inilah masanya untuk anda bereksperimen! Kamu cadangkan anda untuk masukkan sedikit herba Itali. Memang menyelerakan. Apapun, kami tahu satu perkara. Selepas tempoh kuarantin ini tamat, kita akan menjadi tukang masak setaraf profesional nanti. Tak percaya, tengoklah nanti. Sementara itu, jom buat roti!

Resipi Roti yang Memuaskan

Bahan-Bahan

  • 1 kg tepung serbaguna
  • 2 sudu besar (22g atau 2 paket kecil 11g) ragi
  • 3 sudu besar gula
  • ¾ sudu besar garam
  • 3 sudu besar mentega, disimpan pada suhu bilik (boleh diganti dengan minyak atau marjerin)
  • 2 ½ cawan air suam
  • 1 sudu besar minyak untuk sapu pada dulang bakar.

Cara-Cara:

  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung dan garam.
  • Dalam mangkuk berasingan, masukkan gula dan ragi kemudian, tuang 2 ½ cawan air suam. Kacau untuk mengaktifkan ragi.
  • Masukkan campuran ragi ke dalam mangkuk berisi tepung. Kacau rata.
  • Masukkan mentega dan  kacau hingga agak rata dan mudah dibentuk.
  • Keluarkan doh dari mangkuk dan uli doh. Kami cadangkan anda untuk kira hingga 100 untuk pastikan doh anda betul-betul sudah siap diuli.
  • Minyakkan mangkuk yang anda gunakan untuk tepung tadi dan letakkan doh yang diuli ke dalam. Tutup dengan pinggan atau kain dan biarkan doh rehat selama 40 minit di tempat yang agak panas.
Resepi Roti Klasik yang Mudah
  • Selepas 40 minit, keluarkan doh dan bahagikan kepada 3 bahagian. Gelek dan bentuk doh mengikut bentuk dulang pembakar yang anda guna. Kamu menggunakan tiga 4 x 8 dulang bakar.
  • Minyakkan dulang bakar. Letakkan doh di atas dulang bakar, tutup dengan kain dan biar doh naik selama 30 minit lagi.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  • Bakar roti selama 40 minit.

Tip:

  • Kalau anda pakar membuat roti, anda mungkin boleh lakukan semua ini dalam satu mangkuk saja. Bagi yang baru belajar, kami cadangkan anda aktifkan ragi dulu dengan mencampurnya dengan gula dan air secara berasingan, sama seperti kami lakukan dalam resepi ini. Ragi sangat sensitif dengan garam. Kalau anda tak biasa membuat roti, ingat! Garam boleh hentikan ragi daripada diaktifkan.
  • Doh akan naik lebih pantas di kawasan yang agak panas. Nasib baik kita tinggal di Malaysia dan cuaca panas setiap hari.
  • Tabur sedikit tepung di atas doh sebelum membakar untuk memberi hasil yang lebih menarik.

Tak Perlu Berebut-Rebut Lagi!

Resepi roti ini memang cukup mudah dan perkara paling penting ialah, roti yang anda akan hasilkan segebu roti yang anda boleh dapat di pasar raya. Kalau anda tanya, kami, roti ini lebih enak daripada roti komersial lain. Tapi, itu bukan untuk kami tentukan. Biar anda sendiri tentukan roti mana yang lebih baik.

Resepi Roti Klasik

Dalam keadaan Kawalan Perintah Pergerakan ini, resepi roti ini sangat membantu anda dan keluarga. Selain itu, anda tak perlu ambil risiko untuk keluar mencari roti dan dedahkan diri anda kepada bahaya. Apapun, kalau anda suka resepi roti ini, jangan lupa untuk kongsi bersama orang tersayang dan kenalan anda agar kita sama-sama dapat #stayathome dengan selamat.

Jangan lupa untuk berkongsi dengan kami hasil masakan anda dan jika anda ada resepi-resepi mudah dan pantas kegemaran anda sendiri, jangan segan, jangan malu. Kongsi bersama kami melalui laman Instagram dan Facebook kami.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş