Pernahkah anda merancang untuk mengadakan jamuan tetapi batalkan niat anda itu selepas membuat senarai makanan jamuan yang anda perlu sediakan? Anda tidak mahu hidangkan makanan katering yang bosan dan membeli semua makanan dalam senarai anda pasti akan membuatkan bajet anda lari. Jangan risau kerana kami ada beberapa cadangan resipi makanan jamuan cepat yang cukup mudah dan senang untuk disediakan yang pasti memberikan sedikit keseronokan dan warna ke meja hidang anda dengan menggunakan aiskrim Pops Malaya!
Sama ada anda mengadakan majlis untuk orang dewasa atau kanak-kanak atau sekadar untuk diri anda – tak salah untuk raikan diri anda sendiri kan? – menggunakan produk Pops Malaya sebagai bahan utama untuk resipi-resipi mudah ini kerana rasa produk Pops Malaya yang digunakan sudah cukup sempurna. Tambahan pula, aiskrim mereka dibuat menggunakan 100% buah-buahan sebenar dan bahan organik tanpa sebarang perisa atau pewarna tiruan. Kami mengakui bahawa resipi di bawah memerlukan beberapa bahan yang tidak menyihatkan tetapi sekali-sekala tak mengapa, bukan? Lagipun makanan ini adalah untuk majlis. Selain itu, resipi-resipi ini juga cukup sedap dan kami yakin tetamu anda juga tidak akan percaya anda menggunakan aiskrim untuk menyediakan makanan jamuan ini!
Selain daripada makanan majlis yang menyeronokkan, kami juga memperoleh resipi jem yang cukup menyelerakan di samping resipi smoothie yang tidak memerlukan anda membekukan buah dahulu. Anda masih boleh menghidangkan kedua-dua resipi ini semasa majlis anda atau untuk anda bersarapan. Satu alasan lagi untuk menikmati ‘aiskrim’ sebagai sarapan!
Mari kita mula berparti!
Kiub ais funki
Resipi ini sebenarnya bukanlah makanan jamuan tetapi mana-mana majlis yang diadakan di Malaysia pasti memerlukan ais. Ais yang banyak. Jadi, daripada memilih ais yang membosankan, apa kata anda berikan sedikit kelainan yang bukan sahaja kelihatan cantik apabila dihidangkan dalam gelas malah memberikan rasa buah yang menarik dalam minuman anda!
Bahan-bahan
- 5 batang aiskrim tembikai susu strawberi Pops Malaya
- 5 batang aiskrim nenas markisa Pops Malaya
- Aiskrim soda
Mengisi 2 bekas kiub ais saiz standard
Cara-cara
- Keluarkan aiskrim daripada bungkusan dan letakkan setiap perisa dalam mangkuk berasingan, jag kecil atau cawan mengukur.
- Biarkan aiskrim mencair. Gunakan garfu untuk mempercepatkan proses ini. Aiskrim tidak perlu menjadi betul-betul cair.
- Tuang cecair aiskrim ke dalam bekas kiub ais dan biar membeku sebelum dihidang. Biarkan semalaman adalah terbaik.
- Apabila kiub ais terbentuk, letakkan 6 kiub ais ke dalam gelas berisi aiskrim soda. Kiub ais juga sesuai dipasangkan dengan soda berperisa lemon atau air soda jika anda lebih sukakan minuman anda tidak manis.
Tip
- Kiub ais ini mencair agak cepat. Jadi, simpan di dalam bahagian pembeku peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
- Kami cukup sukakan kiub ais berperisa nenas markisa bersama aiskrim soda tetapi perisa lain juga sesuai untuk dijadikan kiub ais seperti pic mangga, beri buah naga dan laici tembikai.
Puding pop pic mangga dengan aiskrim kelapa
Kami serius apabila kami mengatakan bahawa puding ini mempunyai rasa yang sama seperti puding mangga yang dihidangkan di restoran masakan Cina. Puding ini agak manis kerana kami menggunakan susu pekat. Jadi, kami memutuskan untuk meletakkan sedikit krim kelapa yang masin untuk memberikan nafas baru pada rasa puding ini. Resipi ini sememangnya menepati citarasa kita sebagai rakyat Malaysia yang sukakan sedikit kemasinan dalam pencuci mulut kita. Puding ini sememangnya satu makanan jamuan yang memberikan suasana tropika kepada tetamu anda!
Bahan-Bahan
Puding
- 10 batang aiskrim pic mangga Pops Malaya
- 10g serbuk agar-agar
- 250g susu pekat
- 160ml air
Krim kelapa
- 200ml santan
- 3 sudu besar gula
- ½ sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan, disimpul
Menyediakan 5 hidangan
Cara-cara
Puding
- Keluarkan aiskrim dari bungkusan dan letakkan di dalam mangkuk yang besar.
- Biarkan aiskrim mencair. Anda boleh menggunakan garfu untuk memecahkan aiskrim dan keluarkan batang aiskrim untuk mempercepatkan proses ini.
- Masukkan aiskrim yang cair ke dalam periuk, kemudian masukkan susu pekat diikuti dengan serbuk agar-agar.
- Seterusnya, pasangkan api pada suhu kecil. Kacau sehingga sekata.
- Masukkan air dan kacau sehingga sekata.
- Apabila sudah sekata, besarkan api menjadi sederhana besar dan biar cecair mendidih.
- Apabila mula mendidih, padamkan api dan pindahkan periuk ke permukaan yang kalis panas untuk menyejuk.
- Biarkan cecair menyejuk. Anda boleh terus mengacau untuk mempercepatkan proses menyejuk.
- Apabila sudah sejuk, tuang cecair ke dalam cawan, gelas kecil atau ramekin individu. Jika cawan masih suam apabila dipegang semasa cecair dituang, biar cecair menyejuk sehingga mencapai suhu bilik.
- Letakkan di dalam peti sejuk untuk mengeras.
Krim kelapa
- Letakkan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan di atas api kecil.
- Biarkan santan hampir mendidih. Apabila anda terdapat buih-buih mula terbentuk di bawah permukaan krim tanpa meletup, itulah tandanya krim kelapa anda sudah masak.
- Biar krim kelapa sejuk sepenuhnya sebelum menghidang.
- Apabila sudah sejuk, anda boleh hidangkan krim kelapa dalam jag berasingan atau tuang di atas permukaan puding.
Tip
- Terlalu banyak makanan jamuan untuk disediakan dalam satu hari? Sediakan puding satu atau dua hari lebih awal. Jangan lupa untuk tutup cawan atau ramekin dengan plastik kedap udara untuk pastikan puding tidak mengering dan mengelakkan pencemaran.
- Untuk hiasan yang lebih menarik, potong bentuk V pada daun pandan untuk hiaskan puding anda.
Jeli buah naga memukau
Jeli merupakan makanan jamuan yang popular di khususnya apabila jeli tersebut mempunyai warna yang menarik. Jeli buah naga memukau ini mempunyai warna merah gelap yang cukup menarik dan mempunyai rasa yang tidak begitu manis, sama seperti buah naga sendiri! Anda boleh sediakan jeli ini dalam bekas yang mempunyai dasar dalam. Apabila sudah mengeras, potong jeli dalam bentuk segi empat atau apa-apa bentuk yang anda mahu atau sediakan jeli dalam gelas koktel cantik untuk pengalaman jamuan makan yang lebih tinggi.
Bahan-bahan
- 3 batang aiskrim beri buah naga Pops Malaya
- 400ml + 50ml air
- 5g serbuk agar-agar
- 1 sudu besar jus lemon
- 100g gula perang
Menyediakan 7-10 hidangan
Cara-cara
- Keluarkan aiskrim dari bungkusan dan letakkan di dalam mangkuk yang besar.
- Biarkan cair. Anda boleh menggunakan garfu untuk pecahkan aiskrim dan keluarkan batang aiskrim untuk mempercepatkan proses ini.
- Masukkan 400ml air dan gula perang ke dalam periuk, didihkan di atas api sederhana besar. Terus mengacau untuk memastikan gula mencair sepenuhnya dan campuran cecair tidak hangit.
- Sementara menunggu campuran gula mendidih, masukkan serbuk agar-agar dengan 50ml air dan kacau rata.
- Apabila cecair gula mula mendidih, masukkan aiskrim yang cair, jus lemon dan campuran serbuk agar-agar.
- Kacau semua bahan sehingga sekata dan biarkan cecair mendidih sekali lagi.
- Biar cecair menggelegak selama 1 minit kemudian padamkan api dan alihkan periuk ke permukaan kalis panas untuk disejukkan.
- Apabila cecair sudah sejuk, kacau dan tuang ke dalam cawan, acuan atau bekas dasar dalam.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
- Jika anda menggunakan bekas, jangan lupa untuk memotong jeli pada potongan kecil sebelum menghidang.
Tip
- Sediakan jeli satu atau dua hari lebih awal. Jangan lupa untuk tutup cawan, acuan atau dulang dengan plastik kedap udara untuk pastikan jeli tidak mengering dan mengelakkan pencemaran.
- Anda ingin mengadakan jamuan dewasa? Tambahkan separuh limau untuk diperah di atas jeli untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan dan kontra daripada rasa jeli yang manis.
- Anda juga boleh menyediakan jeli ini dengan perisa Pops Malaya yang lain seperti pic mangga, kepala muda dan laici tembikai untuk berikan variasi.
Jem aprikot oren pop
Jem aprikot oren pop ini mempunyai rasa yang sama seperti lepa marmalad tetapi mempunyai tekstur seperti madu. Perkara yang menghairankan ialah jem ini tidak semanis seperti yang disangkakan dan cukup enak apabila di sapi di atas roti bakar mentega. Walaupun resipi ini bukanlah satu makanan jamuan tetapi anda boleh menggunakan jem ini untuk disapu pada penkek atau crepe atau kek cawan atau sebagai hiasan aiskrim. Nak tahu perkara terbaik tentang resipi ini? Anda boleh menggunakan baki jem ini untuk sarapan esok, lusa, tulat, tungging dan seterusnya!
Bahan-bahan
- 14 barang aiskrim aprikot oren Pops Malaya
- 600g gula
- 1 sudu besar jus lemon
Peralatan khas
- Termometer masakan
- Balang
Menyediakan satu balang
Cara-cara
- Keluarkan aiskrim dari bungkusan satu per satu. Dengan menggunakan garfu, pecahkan aiskrim dan masukkan ke dalam periuk. Buang batang aiskrim.
- Cairkan aiskrim di atas api kecil. Sesekali kacau. Apabila anda sudah dapatkan cebisan buah aprikot, keluarkan menggunakan garfu,
- Potong aprikot menjadi cebisan lebih kecil dan kembalikan ke dalam periuk.
- Masukkan gula dan jus lemon. Kacau rata.
- Besarkan api menjadi sederhana besar dan biarkan cecair mendidih. Kacau sesekali sehingga cecair memekat supaya tidak hangit atau melekat di bahagian bawah periuk. Anda mahu cecair mencapai suhu 104°C hingga 105°C untuk mencapai konsistensi jem yang sempurna.
- Tuang cecair ke dalam balang dan biar menyejuk. Pastikan anda letakkan di tempat tinggi yang tidak dapat dicapai tangan kecil kerana cecair masih panas.
- Apabila sudah mencapai suhu bilik, tutup balang dengan penutup dan simpan dalam peti sejuk atau di tempat yang sejuk dan kering. Jem akan semakin memekat apabila menyejuk.
Tip
- Satu cara untuk mengetahui sama ada jem anda sudah siap tanpa menggunakan termometer makanan adalah dengan meletakkan piring atau mangkuk kecil di dalam pembeku sehingga sangat sejuk. Apabila jem anda sudah cukup pekat, tuang sedikit di atas piring yang disejukkan dan tunggu beberapa saat. Menggunakan jari anda, tekan jem ke dalam. Jika jem berkedut walau sedikit, maksudnya jem anda sudah siap dan boleh diangkat dari penunu. Kami tidak pasti jika teknik ini berkesan dengan resipi ini tetapi anda boleh mencuba.
- Tidak seperti resipi jem yang lain, jangan simpan jem ini tanpa digunakan untuk terlalu lama. Jem ini tidak dapat bertahan lama pun! Hal ini demikian kerana balang tersebut tidak disteril (anda boleh lakukannya, kalau anda mahu) dan aiskrim buah ini bukanlah buah segar.
Mangkuk smoothie markisa buah naga
Mangkuk smoothie merupakan manisan yang menyihatkan atau dilihat sebagai pengganti bijirin untuk bersarapan. Walaupun mangkuk smoothie ini tidak dilihat sebagai makanan jamuan yang lazim, bayangkan betapa hebatnya jika ada barisan bufet untuk menyediakan sendiri mangkuk smoothie anda? Hidangan ini berwarna-warni, cantik, sesuai untuk dipos di Instagram dan seronok dinikmati oleh kanak-kanak juga. Tambahan pula, resipi ini tidak memerlukan anda membekukan buah-buahan terlebih dahulu. Nasib baik ada aiskrim yang diperbuat daripada buah-buahan sebenar!
Bahan-bahan
Smoothie
- 2 batang aiskrim beri buah naga Pops Malaya
- 2 batang aiskrim nenas markisa Pops Malaya
- 4 sudu besar yogurt asli
Hiasan atas
- 1sudu kecil biji chia
- 1 sudu besar granola
- ½ pisang, dihiris nipis
- ¼ mangga, dihiris nipis atau dipotong dadu
Cara-cara
- Sebelum menyediakan smoothie anda, sediakan hiasan atas anda dahulu.
- Masukkan yogurt asli ke dalam pengisar.
- Dengan pantas, pecahkan ais krim dan masukkan ke dalam pengisar.
- Kisar selama beberapa saat sehingga aiskrim menjadi halus dan mempunyai konsistensi berais. Jangan terlebih kisar atau anda akan sediakan jus pula!
- Tuangkan smoothie ke dalam mangkuk dan letakkan hiasan atas anda.
- Makan dengan segera.
Tip
- Anda boleh letakkan hiasan atas kegemaran anda seperti cip coklat, kelapa panggang, hirisan badam, beri, kiwi dan macam-macam lagi! Jika anda menyediakan mangkuk smoothie untuk jamuan anda, sediakan pelbagai hiasan atas untuk dipilih anda dan tetamu.
- Walau bagaimanapun, jika anda mengadakan majlis mangkuk smoothie, jangan kisar semua aiskrim sekaligus. Cara terbaik adalah menyediakan smoothie apabila diminta untuk memastikan konsistensi smoothie dapat dikekalkan.
- Jangan risau untuk bereksperimen dengan perisa aiskrim Pops Malaya yang lain! Walau bagaimanapun, elakkan daripada menyediakan smoothie menggunakan buah-buahan ‘berair‘ seperti tembikai, kelapa muda, oren dan tembikai susu kerana aiskrim berperisa ini mencair dengan lebih pantas.
Bagaimana dengan senarai makanan jamuan kami ini? Bukan sekadar sedap, resipi-resipi ini juga kelihatan cantik apabila dihidang! Jangan lupa bahawa anda juga boleh hidangkan aiskrim Pops Malaya sebagai penyejuk tekak pada hari jamuan yang panas. Orang dewasa dan kanak-kanak juga seronok menikmati aiskrim ini. Kami tidak sabar untuk melihat kreativiti anda memasak dengan aiskrim ini. Tunjukkan hasil anda dengan meletakann hashtag #butterkicap. Sementara itu, kami akan mengorek pembeku kami untuk melihat jika ada aiskrim yang tinggal. Jika anda tidak tahu dari mana untuk dapatkan aiskrim Pops Malaya, kilik sahaja pautan ini!