Snek Terbaik & Mengenyangkan untuk Anda Bersahur

Kredit: dianesera.com

Snek untuk bersahur? Bolehkah bertahan?

Sudah lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan mulia Ramadhan tahun ini. Nampaknya semangat untuk bangun mencari/menyediakan hidangan berbuka, moreh mahupun bersahur masih berkobar-kobar dalam diri setiap Rakyat Malaysia. Butterkicap bangga dengan usaha anda untuk mencuba resepi-resepi baru untuk kekalkan semangat berpuasa anda. Untuk menyediakan hidangan waktu berbuka, semestinya hidangan berat seperti nasi dipilih kerana setelah berpuasa selama empat belas jam 30 minit, perut anda pasti sudah membuat pesta keroncong.

Namun begitu, bagi kebanyakan orang, mereka mempunyai persepsi yang salah untuk menyediakan hidangan berat untuk sahur kerana mereka berfikir hidangan yang berat akan membuatkan mereka dapat bertahan sehingga tiba waktu berbuka puasa. Sebenarnya, tip penting bersahur ialah mendapatkan makanan yang kaya serat untuk melambatkan proses penyerapan zat dalam badan. Oleh itu, tidak kiralah anda makan makanan ringan mahupun berat, jika kaya dengan serat, anda pasti boleh bertahan sehingga ke petang. Butterkicap mengumpul beberapa jenis snek yang mengenyangkan untuk anda nikmati semasa bersahur.

 

1. Parfait Yogurt Buah

Kredit: pinterest.com

Parfait yogurt buah adalah satu snek yang cukup mudah untuk disiapkan disamping kos penyediaan snek ini tidak begitu mahal sehingga boleh membuatkan dompet anda kering. Keunikan snek ini yang dilihat sebagai snek yang bagus untuk bersahur adalah dari segi aspek kesihatan. Yogurst bukan sahaja kaya dengan protein malah mengandungi enzim probiotik yang bagus untuk kesihatan usus dan perut anda. Tambahan pula, kandungan protein yang tinggi di dalam yogurt mampu membuatkan anda dapat tahan lapar untuk tempoh yang lebih lama dan kurang dahaga.

 

2. Oat Satu Malam

Kredit: familyfoodonthetable.com

Oat merupakan pilihan makanan yang digemari golongan yang ingin berdiet. Oat lazimnya dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan sebagai penahan lapar. Oat mampu membuatkan anda dapat bertahan lama kerana mengandungi antri-nutrien iaitu enzim yang mampu mengurangkan kadar penyerapan mikronutrien ke dalam badan. Selain itu, oat bagus untuk dimakan sebagai pengawal kadar kolestrol di dalam badan. Membuat oat satu malam adalah mudah sahaja. Anda tidak perlu masakkan oat terlebih dahulu. Sebaliknya, anda hanya perlu rendamkan oat tersebut sama ada dalam susu, yogurt atau air panas semalaman sebelum dimakan bersama-sama buah-buahan kegemaran anda.

3. Penkek

Kredit: healthyjon.com

Pasti anda berasa pelik kenapa penkek berada dalam senarai makanan yang mengenyangkan untuk anda bersahur kerana biasanya anda makan penkek sebagai pencuci mulut dan bukannya sarapan. Penkek merupakan hidangan sarapan yang lazim di negara-negara Barat dan sering dimakan bersama-sama buah-buahan jenis beri seperti strawberi, raspberi dan beri biru. Rahsia penkek yang sihat dan menyihatkan untuk bersahur adalah pada jenis tepung yang anda gunakan untuk menyediakan hidangan ini. Anda boleh memilih untuk menggunakan tepung wholemeal ataupun oat sebagai asas penkek anda. Bukan sahaja enak dimakan malah dapat menaikkan semangat anak-anak untuk bangun pagi dan bersahur.

 

4. Susu Kurma dan Biskut Oat

Kredit: glamourindonesia.com

Kurma dan susu merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. serta menjadi sunnah atau amalan yang digalakkan untuk diikuti oleh umat Islam khususnya pada bulan Ramadhan ini. Kurma merupakan sebiji buah yang kecil yang membawa manfaat yang pelbagai. Kurma kaya dengan zat besi yang diperlukan badan dan mampu menghindari penyakit kurang darah. Selain itu, kurma juga mengandungi kadar kalsium tinggi untuk menguatkan gigi dan tulang, sama seperti susu. Gabungan kurma dan susu dilihat mampu menyediakan bekalan tenaga yang mencukupi untuk anda bertahan sehingga waktu berbuka kerana mengurangkan keletihan dan lesu badan.

 

5. Bijirin dan Susu

Kredit: healthkart.com

Jika anda nak bersahur dengan cepat, ringkas dan mengenyangkan, bijiran dan susu ialah pilihan terbaik untuk anda. Rata-rata masyarakat Malaysia kurang yakin dengan kemampuan bijirin untuk membuatkan anda dapat menahan lapar ketika berpuasa. Jika anda ada masa, ambil kotak bijirin di rumah atau ketika anda berada di kedai dan baca di bahagian tepi tentang manfaat-manfaat bijirin. Seperti penkek, satu sebab bijirin dipilih sebagai hidangan sarapan kegemaran di negara-negara Barat adalah kerana bijirin kaya dengan sarat dan memperlahankan kadar penyerapan nutrien dalam badan. Bijirin juga merupakan makanan yang ringan dan mudah dikunyah serta sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak dan warga emas yang mempunyai kuasa penghadaman yang lebih rendah berbanding orang dewasa dalam lingkungan umur 25-40 tahun.

 

Mahu yang lebih ringkas, bacalah artikel bersahur pantas kami di sini.

 

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş