Sup Ayam: Resepi Mudah yang Sedap dan Berkhasiat

Mereka berkata sup ayam baik untuk jiwa dan kami di Butterkicap pasti setuju. Walaupun jenis berkrim atau stu, semangkuk panas sup ayam semestinya akan hilangkan rasa murung dan menjadikan hari yang penuh tekanan, rasa tidak sihat atau muram menjadi lebih terang dan cerah.

Sup ayam pun boleh dimakan begitu sahaja, dihidang dengan pasta dan roti. Atau, sepertimana ramai rakyat Malaysia sudah pasti lebih suka, dengan hidangan besar nasi. Ia juga sedap dimakan untuk santapan tengah hari atau malam bersama lauk-lauk kegemaran seperti sayur-sayuran, daging atau ikan, dan tidak terlupa, nasi!

Ada pelbagai jenis dan resepi sup ayam. Kami ingin berkongsi salah satu sup berperisa Malaysia yang pastinya disukai semua, mahupun kanak-kanak atau dewasa.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, jangan dipotong
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 2 lobak merah
  • 3 kentang
  • 2 batang saderi
  • 1 batang serai
  • 1 batang kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 5 biji lada putih
  • ½ jambak daun sup
  • ½ jambak daun bawang
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 liter stok ayam
  • 1 liter air
  • Garam dan lada secukup rasa

 

Cara Menyediakan Ayam

Kaedah

  1. Pertama, hancurkan bawang putih, halia dan bawang kecil menggunakan alu dan batu lesung sehingga konsistensi sederhana. Jangan hancur sehingga terlalu halus.
  2. Seterusnya, gunakan alu atau bahagian rata pisau besar untuk hancurkan serai pada papan pemotong.
  3. Kopek saderi dan kisar menggunakan mesin pengisar sehingga halus.
  4. Potong lobak merah kedalam tiga bahagian. Kemudian, potong separuh lagi untuk mendapatkan kepingan lobak merah yang tebal dan panjang.
  5. Belah kentang kedalam dua bahagian.
  6. Potong bawang besar ke dalam lapan bahagian.
  7. Hiris daun sup dan daun bawang. Guna separuh untuk memasak dan separuh sebagai hiasan.
  8. Dalam periuk besar, panaskan minyak dan masukkan kayu manis, serai, bunga lawang, saderi dan campuran bawang putih, halia dan bawang merah. Goreng sehingga wangi.
  9. Masukkan keseluruhan ayam dan masak sehingga permukaan ayam berwarna perang. Pusing dan terbalikkan ayam mengikut keperluan. Jangan tutupkan periuk.
  10. Apabila permukaan ayam sudah berwarna perang, tambah stok ayam dan air. Masukkan sup bunjut, lobak merah dan kentang dan masak hingga mendidih.
  11. Setelah ayam sudah dimasak (dengan suhu dalaman 66°C hingga 73°C), keluarkan ayam dari periuk. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang besar. Masak hingga mendidih dan sup menjadi pekat.
  12. Tambah garam dan lada secukup rasa.
  13. Potong ayam dan masukkan kembali kedalam sup.
  14. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
sup ayam
Didih menggelegak…

Tips tambahan

  1. Tiada masa untuk membuat stok? Gunakan stok ayam berkotak yang rendah garam.
  2. Anda juga boleh memotong ayam anda dan terus meletakkannya di atas mangkuk hidangan. Kemudian, tuangkan sup ke atasnya.
  3. Rasa sup akan lebih hebat pada hari berikutnya, menjadikan ia hidangan yang amat baik disimpan jika ada lebihan.
  4. Taburkan bawang goreng dalam sup ayam yang siap dimasak sebagai penambah perisa.
  5. Kepada yang suka pedas, makan sup ayam dengan nasi dan sambal belacan.

 

Sup paling sedap dihidang panas untuk merasa ketenangan hati dan kekenyangan perut maksima. Nikmatilah resepi ini dan hashtag #butterkicap jika anda mencubanya!

 

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş