Site icon Butterkicap

Sup Ekor: Resepi Mudah Sup Gaya Malaysia Sesuai untuk Hari yang Mendung

Hirupan sup yang cukup berlemak dan menghangatkan jiwa

Apakah perbezaan antara oxtail stew dan sup ekor?

Sebenarnya, tidak banyak, selain beberapa komponen kecil yang sangat penting. Komponen-komponen ini menghasilkan perbezaan rasa antara stew gaya Barat dan sup gaya Asia Tenggara. Kedua-dua hidangan mengandungi ekor lembu serta bahan-bahan biasa lain seperti lobak merah, kentang, tomato dan stok daging lembu.

Tetapi, sementara stew menggunakan herba yang lebih segar seperti thyme, daun bay dan rosemary, sup gaya Malaysia pula (serta sup buntut Indonesia) menggunakan rempah-rempah yang lebih kuat rasanya, seperti kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga untuk memerisakan hidangan enak ini.

Dan walaupun isipadu rempah yang digunakan sangat sedikit berbanding bahan-bahan lain, ia agak mengagumkan betapa banyak kesan rasa ia memberi kepada sesebuah hidangan, mengubahnya dari ‘stew’, dan menjadikannya ‘sup’.

Kami mengakui bahawa tidak semua orang suka rasa rempah sup ekor, tetapi jika anda seorang peminat, anda mungkin tidak persan betapa mudahnya ia boleh dibuat. Anda tidak perlu ke restoran untuk mendapatkan sup yang kerapnya dihidang terlalu berminyak. Tetapi, proses memasak sup ekor memerlukan masa, dan rasanya lebih sedap pada hari berikutnya.

Oleh itu, jangan takut membuat jumlah sup yang banyak sedikit, sama ada untuk diri sendiri atau keluarga anda, kerana ia senang disimpan.

Bahan-bahan
Untuk periuk tekanan:
Aromatik:
Untuk sup:
Bahan-bahan yang diperlukan
Untuk hidang:

Hidangan: 8 orang

Kaedah

Persediaan
  1. Masukkan semua bahan periuk tekanan kedalam periuk tekanan dan masak pada api tinggi sehingga siap. Sekiranya anda tidak mempunyai periuk tekanan, baca tip kami di bawah.
  2. Buka tudung periuk tekanan. Kecilkan api dan reneh selama 1 jam.
  3. Semasa ekor mereneh, tanggalkan daun dari saderi dan batang daun sup dan tepikan untuk sup dan hidangan.
  4. Dalam pengisar makanan, masukkan semua bahan aromatik dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses kisaran. Tepikan sehingga ekor sudah direneh.
  5. Sediakan dan potong bahan-bahan lain sambil menunggu ekor.
Bahan-bahan lain sudah dipotong dan siap untuk dimasak
Mari masak sup ekor!
  1. Dalam periuk besar, panaskan minyak.
  2. Bila minyak secukup panas, masukkan campuran aromatik dan tangkai serai. Tumis sehingga berwarna perang sedikit, kira-kira 15 minit.
  3. Tuangkan seluruh isi periuk tekanan ke dalam periuk. Lakukan langkah ini dengan perlahan dan was-was kerana periuk tekanan agak berat dan sangat panas.
  4. Masukkan sup bunjut, kentang, daun limau purut, lada hitam, sos ikan dan stok daging lembu.
  5. Biar ia mendidih pada suhu panas selama 20 minit. Kacau sekali-sekala.
  6. Masukkan lobak merah, tomato, kacang panjang (jika menggunakan) dan semua cili. Tambah jus limau. Rebus selama 20 minit lagi.
Semua bahan-bahan telah dimasukkan ke dalam sup
  1. Kecilkan api dan biarkan ia reneh untuk 20 minit. Kacau sekali-sekala. Masa memasak tambahan ini benar-benar menonjolkan rasa sup ekor.
  2. Bila sedia untuk dihidang, masukkan satu atau dua keping ekor ke dalam mangkuk dan isi dengan sup. Taburkan bawang goreng, daun sup, dan setengah biji limau. Hidang dengan roti Perancis.
Tip tambahan
  1. Jika anda tidak mempunyai stok daging lembu, stok ayam boleh digunakan juga.
  2. Tiada periuk tekanan? Tiada masalah. Masukkan semua bahan-bahan periuk tekanan ke dalam periuk besar, tutup, dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api, keluarkan penutup, dan reneh selama kira-kira dua jam atau sehingga ekor lembu lembut dan senang dipetik dari tulangnya.
  3. Tambahan kacang panjang bagus jika anda mempunyai anak-anak di rumah yang tidak suka makan sayur-sayuran mereka. Jika anda tidak suka kacang panjang dalam sup anda, ia tidak akan memberi kesan kepada rasa sup jika anda tidak menggunakannya.
  4. Jika anda tidak merancang untuk makan sup dengan serta merta, sup ekor anda akan rasa lebih sedap esok. Biarkan ia sejuk sepenuhnya di dalam periuk sebelum dimasukkan ke bekas kedap udara dan simpannya di dalam peti sejuk. Bila anda bersedia untuk memanaskan semula sup anda, keluarkan minyak sebati di atas permukaan sup (jika ada) untuk rasa yang lebih kuat.
  5. Jika anda akan menyimpan sup ekor untuk dimakan beberapa kali, bahagikannya ke dalam bekal hidangan satu atau dua orang untuk pemanasan yang mudah. Anda juga boleh membekukan sup lebih selama dua hingga tiga bulan.

Mudah, bukan? Proses memasak sup ekor tidak memerlukan banyak perhatian melainkan untuk dikacau sekali-sekala. Sekiranya anda mahukan hidangan yang lebih mengenyangkan, resepi sup ekor ini juga hebat dengan nasi minyak. Cubalah resepi kami dan beritahu bagaimana hasilnya dengan hashtag kami #butterkicap!


Artikel lain:

Nasi Minyak: Resepi Senang dan Lazat

Resepi Lodeh: Sup Sayur Enak dan Lemak

Sup Ayam: Resepi Gaya Malaysia yang Enak, Berkhasiat dan Menenangkan Hati

print