Udang bersama Putih Telur dikukus Gaya Butterkicap

Mudah dan lazat – udang dan putih telur dikukus ala Butterkicap

Jika anda tidak percaya resepi cepat dan mudah boleh menghasilkan hidangan yang betul-betul lazat, anda perlu mencuba masakan udang bersama putih telur yang dikukus gaya Butterkicap kami. Dihidang bersama sesudu besar mentega yang memberi rasa lemak tambahan, jangan terkejut jika masakan ini menjadi permintaan dan kegemaran ramai.

Resepi udang dan putih telur dikukus ini tidak remeh temeh dan sangat mudah untuk disediakan. Perkara paling sukar yang perlu anda lakukan ketika menyediakan hidangan ini adalah memangkas udang. Dan menggunakan mandolin, terutamanya jika anda kekok sedikit dan selalu terkena luka!

Selain itu, hidangan ini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk dimasak – percayalah! Bila disiap masak pula, hidangan ini kelihatan agak hebat di atas pinggan – seperti dimasak chef yang bertahun-tahun pengalamannya. Jadi, jika anda ingin memasak hidangan untuk menarik perhatian si dia, cubalah masakan ini. Pasti kagum!

Nikmatilah!

Bahan-bahan
Untuk udang dan putih telur kukus:
  • 370g udang galah segar, kira-kira 10 udang
  • 3 biji telur
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu kecil minyak bijan
  • ¼ sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  • ½ sudu kecil gula
Untuk sos:
  • 10g bawang putih, kira-kira 2 ulas besar
  • 3 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • ½ sudu kecil gula
  • 1/8 sudu kecil lada hitam, ditumbuk kasar
  • ½ limau, jus sahaja
Untuk hiasan:
  • 1 sudu besar mentega
  • 3g daun sup, daun sahaja, dicincang halus
  • 3g bawang hijau, dicincang halus

Hidangan: 4 orang

Kaedah
  1. Bersihkan udang dan buangkan kaki dan bahagian-bahagian tajam. Jangan buang kulitnya. Keringkan dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Isikan pengukus anda dengan air ¾ penuh. Biar air mendidih pada api suhu tinggi. Lakukan langkah ini terdahulu sebelum menyiapkan bahan-bahan lain kerana anda akan mahu wap yang betul-betul panas bila udang dan telur putih dimasukkan.
  3. Asingkan putih telur dari kuningnya ke dalam mangkuk berasingan.
  4. Masukkan ¼ sudu kecil garam dan kocok sehingga terdapat lapisan yang berbuih.
  5. Masukkan kicap cair, sos ikan, minyak bijan, lada dan gula ke atas udang dan kacau sehingga disalut dengan seragam. Aturkan udang di atas pinggan yang dalam.
  6. Jika pengukus anda sudah cukup panas, masukkan udang anda ke dalam pengukus. Biarkan api pada suhu tinggi dan pastikan pengukus anda ditutup. Stim selama empat minit atau sehingga udang berwarna merah jambu. Masa mungkin berbeza sedikit jika anda menggunakan udang yang lebih kecil, jadi jangan lupa untuk memeriksa sekali sekala.
  7. Setelah 4 minit, bukakan penutup, tuangkan putih telur termasuk buihnya, dan tutup sekali lagi. Kukus untuk 6 minit. Sebaik sahaja masa tamat, keluarkan piring dan tepikan.
Sementara udang sedang dimasak, sediakan sos
  1. Hiris nipis bawang putih dengan menggunakan mandolin. Berhati-hati dengan jari anda dan jangan terlalu laju!
  2. Dalam kuali kecil, masukkan minyak bijan dan bawang putih. Cuba sebarkan bawang putih menjadi satu lapisan supaya ia akan masak dengan lebih rata. Goreng pada suhu api tinggi sehingga tepinya berwarna sedikit perang dengan tekstur karamel yang kenyal. Anda tidak perlu mengacau bawang putih sewaktu ia dimasak.
Bawang putih yang digoreng dengan sempurna
  1. Setelah dimasak, alihkan bawang putih ke dalam mangkuk kecil dan masukkan ½ sudu kecil minyak bijan yang digunakan tadi untuk menggoreng bawang putih. Masukkan kicap cair, gula, lada dan jus limau. Kacau.
  2. Untuk melengkapkan hidangan, letakkan seketul mentega di tengah-tengah udang yang sudah dimasak (selepas ia dikeluarkan dari pengukus). Letakkan bawang putih dan kemudian titiskan sos keatas seluruh hidangan. Taburkan daun sup dan bawang hijau.
  3. Hidangkan dengan nasi putih panas atau makan begitu sahaja!
Tip tambahan
  1. Tidak pasti apa anda akan lakukan dengan kuning telur? Jika anda ingin memasak lebih udang, gantikan putih telur dengan kuning telur yang telah dikocok untuk rasa yang berbeza tetapi sedap juga!
  2. Jangan lupa pastikan pinggan anda muat di dalam pengukus anda terlebih dahulu.
  3. Selain kicap cair biasa, cuba gunakan kicap soya perisa makanan laut. Rasanya tidak sekuat kicap cair biasa, jadi tambahkan ½ sudu kecil bila membuat sos anda.
  4. Hidangan ini paling sedap bila disajikan panas, jadi masaknya sebelum sahaja anda bersedia untuk makan.
  5. Jika anda malas sedikit, daun sup tidak perlu dicincang.
  6. Kami menganggar 2 ekor udang besar untuk setiap orang jika anda memakan hidangan ini dengan nasi dan hidangan-hidangan lain. Jika anda bercadang untuk makan udang sahaja, seorang pun boleh makan kesemuaan 10 ekor. Tetapi, jika anda tahu anda boleh makan lebih banyak lagi… silakan!

Nikmati setiap suapan udang dengan gigitan bawang putih rangup dan jangan lupa mencelupnya di dalam sos untuk keseimbangan rasa yang lazat serta sungguh memuaskan. Resepi ini pasti menaikkan selera anda hingga membuatkan anda menghisap jus pada kulit dan kepala udang juga!

Cepat dan mudah, ini adalah salah satu resepi yang anda wajib cuba, khususnya pada hari-hari sibuk. Jangan lupa untuk meletakkan hashtag kami #butterkicap apabila anda menyediakan juadah ini!


Artikel lain:

Resepi Nasi Ayam Hainan KJ – Cubalah!

Sotong Telur Masin: Kesempurnaan Kombinasi Masin, Lemak dan Kenyal

Resepi Ikan Cili Padi: Hidangan Ikan Pedas Bukan Untuk Yang Lemah Jantung!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş