Masyarakat Malaysia sering kaitkan penyediaan salad dengan berdiet. Namun begitu, itu tak bermakna hanya golongan yang nak berdiet sahaja yang boleh makan salad. Oleh itu, terdapat kepentingan untuk mendapatkan resepi salad yang bukan sahaja enak malah mempunyai nilai nutrisi yang tinggi juga.
Selain itu, dalam kesibukan kita mengejar masa dalam kehidupan seharian kita, kita mahu mendapatkan makanan yang sihat dan senang untuk disediakan supaya tidak banyak masa yang dibazirkan semata-mata untuk makan. Oleh itu, kami di Butterkicap menyediakan 10 resepi salad yang mudah dan menyelerakan untuk anda cuba.
1. Salad Lobak Merah Pedas
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Masukkan lobak merah, air, bawang putih, minyak zaitun, cili paprika, cili cayenne, garam dan lada hitam dalam kuali.
- Didih atas suhu sederhana panas dan masak hingga lobak lembut dan air tersejat, kira-kira 20 minit.
- Gaul cuka dan jintan putih rata dalam campuran lobak merah.
- Padamkan api dan biar salad menyejuk hingga mencapai suhu bilik.
- Hias dengan daun cilantro.
2. Salad Epal Asia
Bahan-bahan:
Sayuran
- 1/4 kobis ungu atau hijau
- 1 biji epal hijau
- 1 biji lobak merah
- 1/3 cawan kacang tanah atau kacang gajus dipanggang – dipotong kasar
- 1 sudu besar biji bijan dipanggang
- 1/4 cawan daun pudina dan ketumbar – dihiris
- 1 biji cili – dihiris halus (opsyenal)
Kuah
- 2 sudu teh minyak bijan
- 2 1/2 sudu besar kicap atau sos ikan
- 1/4 cawan jus lemon atau limau
- 1 sudu besar minyak zaitun ekstra dara
- Mayangkan kobis sebanyak 3-4 cawan. Hiris nipis epal. Kupas lobak dan kemudian, parut kasar lobak pada hirisan nipis.
- Campur kesemua bahan kuah salam dan gaul rata dengan kobis yang dimayang, hirisan epal, lobak merah, kacang, biji bijan dipanggang dan cili sebelum dihidangkan.
3. Salad Mangga Ayam
Bahan-bahan:
-
2 sudu besar minyak zaitun
- 1 biji lemon – jus diperah
-
1/4 cawan daun parsli – dihiris
-
1 biji cili merah -dibuang biji dan dihiris
-
2 1/2 cawan ayam panggang dihiris -kulit dibuang
-
2 biji mangga, dikupas dan dipotong dadu sebesar 1 cm
-
100g daun hijau campur
Cara-cara:
- Masukkan minyak, 2 sudu besar jus lemon, daun parsli dan cili dan mangkuk kecil.
- Masukkan ayam, mangga, daun salad hijau dalam mangkuk besar. Masukkan kuah salad dan gaul rata.
4. Raita Timun
Bahan-bahan:
- Masukkan garam, cuka, gula, biji saderi, minyak sayuran dalam kuali sederhana besar. Biar hingga mendidih kemudian, padamkan api untuk biar kuali menyejuk.
- Dalam mangkuk besar, gaul rata hirisan timun, bawang besar, lada benggala dengan kuah salad. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam. Hidang sejuk.
5. Salad Miso Tauhu
Bahan-bahan:
Salad
- Segengam daun kobis – dibuang tangkai dan dipotong
- 1/2 biji avokado – dilenyek
- 1 biji lobak merah – dikupas dan diracik helai
- 1 cawan (85g) kobis merah – dihiris
- 1 lada benggala merah – dihiris
- 2 bawang besar – dihiris
- biji bijan untuk hiasan (opsyenal)
Kuah halia miso
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 1/4 cawan (60ml) cuka beras
- 1 1/2 sudu besar pes miso kuning atau putih
- 1 1/2 sudu besar kicap rendah sodium
- 1/2 sudu besar madu
- 1 1/2 sudu teh minyak bijan
- 1/2 sudu teh halia parut
- 1/4 sudu teh serbuk bawang putih
- Garam secukup rasa
Tauhu goreng
- 4 keping tauhu
- 2 sudu besar minyak zaitun
- garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
- Tapis air rendaman tauhu. Balut tauhu dan letak ke tepi. Tekan tauhu dengan meletakkan mangkuk di atas atau pinggan dan letakkan sesuatu yang berat. Biar selama 15 minit.
- Masukkan daun kobis di dalam mangkuk dan tabur secubit garam. Ramas daun kobis. Teruskan sehingga semua daun menjadi sedikit gelap (tidak lama lebih dari 30 saat). Letak ke tepi.
- Pukul semua bahan kuah halia miso sehingga sebati. Letak ke tepi.
- Potong tauhu kepada 6 ketulan kecil.
- Panaskan kuali besar dengan 2 sudu besar minyak zaitun di atas suhu api sederhana panas. Apabila sudah panas, masukkan 6 ketul tauhu. Tabur sedikit garam dan lada hitam.
- Goreng selama 3 hingga 4 minit atau sehingga menjadi kuning keemasan. Alihkan tauhu dan tabur garam serta lada hitam. Goreng selama 3 minit lagi.
- Toskan semua bahan salad, tauhu goreng, dan kuah salad.
- Masukkan dalam peti sejuk. Hias dengan biji bijan sebelum hidang.
6. Jelatah Timun Nenas
Bahan-bahan:
- 1 biji timun
- 500g potongan nenas
- 2 biji bawang merah
- 1 biji cili merah
- 1 biji cili hijau
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada
- 1 biji limau
- 1 sudu besar cuka putih
Nak tahu cara-cara untuk sediakannya? Layari artikel Butterkicap ini.
7. Salad Ayam Berkari
- Minyak zaitun
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar dahulu hingga 170 darjah selsius.
- Letakkan dada ayam di atas dulang pembakar dan sapu minyak zaitun pada kulit ayam.Tabur sedikit garam dan lada hitam. Panggang ayam selama 35 hingga 40 minit. Letak ke tepi dan sejuk. Buang tulang (jika ada) dan kulit sebelum dipotong dadu.
- Untuk kuah salad, campurkan mayonis, catni, serbuk kari dan 1 1/2 sudu kecil garam dalam sebuah mangkuk. Gaul rata.
- Masukkan ayam ke dalam kuah salad sehingga kuah digaul rata. Masukkan seleri, daun bawang, dan kismis. Gaul dengan rata.
- Sejukkan selama beberapa jam untuk biarkan perisa diserap ke dalam ayam. Masukkan gajus dan hidang pada suhu bilik.
Cara-cara:
9. Salad Grik Salmon dengan Kuah Salad Lemon Selasih
Bahan-Bahan:
- Empat keping filet salmon
- Minyak zaitun
- Garam
- Lada hitam
- 8 cawan kobis
- 1 cawan tomato – dipotong dadu
- 1 cawan timun – dipotong dadu, 1/4 inci tebal
- 1/2 cawan bawang besar – dihiris halus
- 1/2 cawan lada benggala merah – dipotong dadu, 1/4 inci tebal
- 1 cawan keju feta – dihancurkan
- 1/2 cawan kacang walnut – dipotong kasar
- 1/4 cawan jus lemon dan parutan kulit lemon
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 1 sudu besar sos biji sawi
- 1 sudu kecil madu
- 2 ulas bawang putih – dicincangc
- 8 helai daun selasih segar
- 1/2 sudu teh oregano kering
- 1/4 sudu teh garam
- 1/8 sudu teh lada hitam
Cara-cara:
- Perasakan kedua-dua belah filet salmon dengan sedikit garam dan lada hitam. Tuang sedikit minyak zaitun pada kedua-dua bahagian ikan.
- Panaskan gril pada suhu sederhana panas.
- Letakkan sedikit minyak sayuran di atas sekeping tisu yang dilipat. Kemudian, griskan gril.
- Apabila gril sudah panas, letakkan filet salmon yang diperasakan. Masak ikan selama 4 hingga 5 minit pada setiap bahagian sehingga isi terlerai (kira-kira 54-60°C).
- Keluarkan salmon daripada gril ke pinggan bersih. Simpan ikan supaya kekal panas. Buang kulit jika ada.
- Masukkan jus lemon, parut lemon, minyak zaitun, sos biji sawi, madu, bawang putih, selasih, oregano, garam dan lada hitam. Campur sehingga sebati dan kuah menjadi agak pekat selama 30 saat. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Susun filet ikan salmon di atas pinggan, letakkan sedikit sayur hijau dan titiskan kuah lemon di atas sebelum dihidang.
10. Salad Tembikai Timun
Cara-cara:
- Masukkan bawang besar dan jus limau ke dalam mangkuk. Letak ke tepi untuk diperap selama 10 minit. Masukkan minyak zaitun dan kacau rata.
- Masukkan kiub tembikai, timun kecil dan keju feta ke dalam mangkuk lebih besar. Masukkan campuran bawang besar ke dalam dan gaul rata.
- Tabur daun pudina di atas salad dan tos.
Jika anda peminat salad atau mahu berdiet ataupun ingin mendapatkan hidangan sayur enak untuk dimakan bersama hidangan utama anda, inilah 10 resepi salad yang mudah dan ringkas untuk anda cuba. Jika anda mahu menjimatkan masa, anda boleh sediakan salad ini dalam balang kecil dan sejukkan supaya anda dapat nikmati salad segera sepanjang minggu tanpa perlu bersusah payah lagi.