Site icon Butterkicap

8 Iklan Makanan Klasik Malaya Pada Zaman Dahulu

Iklan memainkan peranan yang penting kepada sesuatu jenama. Ia bukan sahaja memperkenalkan jenama tersebut kepada orang ramai, ia juga merupakan salah satu cara bagi memgentengahkan barang-barang baharu.

Tidak dinafikan bahawa terdapat iklan malahan jenama yang sudah tiada lagi di pasaran dan terdapat jenama yang masih lagi di pasaran dan mengikut peredaran masa telah mengubah cara penyampaian mereka.

Apa yang kita boleh setujui ialah tanpa adanya iklan pada masa yang lepas, tidak adanya pada masa sekarang.

Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa jenis iklan yang telah kami temui agar anda mendapat idea bagaimana iklan pada masa dahulu dibentangkan.

 

1. Susu Chap Junjong

Susu Chap Junjong pada ketika dahulu merupakan salah satu jenama susu yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Ia bukan sahaja sedap tambahan di campurkan dengan teh untuk dijadikan teh tarik. Susu lemak manis ini pasti pembuka selera pada semua orang.

Pada masa sekarang susu chap junjung sudah dikenali dengan nama Nestle Milkmaid yang terdapat perlbaagi jenis perisa. Seperti di bawah, ia ada campuran ice coffee mix bagi mereka yang inginkan kelazatan kopi mereka.

2. Nescafe

Iklan lain yang kami ingin tunjukkan kepada anda ialah tentang jenama Nescafe. Seperti yang kita boleh lihat di atas, iklan nescafe menunjukkan kelazatan air pekat Nescafe tersebut dan juga apabila ia dicampurkan dengan susu.

Kebanyakkan iklan pada zaman dahulu lebih banyak menggunakan perkataan dan agak berbeza berbanding dengan masa sekarang dimana ia tidak menggunakan baca perkataan tetapi lebih fokus kepada visual.

Visual seperti dibawah memainkan peranan yang penting dalam menarik pelanggang untuk cuba dan terdapatnya perasaan “memujuk” pelanggan untuk merasainya.

3. Adabi

Adabi merupakan salah satu jenama yang sudahpun menjadi popular dari masa dahulu hingga sekarang. Walaupun Adabi pada masa dahulu mengambil langkah seperti iklan yang lain iaitu dengan memperbanyakkan penggunaan perkataan.

Namun Adabi telah bertukar logo mereka dimana pada dahulunya ia menggunakan simbol rumah yang berwarna kuning namun pada masa sekarang, simbol rumah masih digunakan tetapi dengan penggunaan warna hitam dan puith.

Hal ini boleh membuatkan simbol tersebut lebih menyerlah dan orang ramai lebih mengetahui jenama tersebut.

4. Cardbury’s

Iklan lain yang ingin kami ketengahkan ialah jenama yang dipenuhi dengan kontroversi; coklat cadburry. Coklat Cadbury bukan sahaj sesuatu yang sedap dimakan malahan ia tetap dengan target audience mereka iaitu kalangan rakyat Malaysia.

Pada zaman dahulu, iklan yang dipaparkan di atas tidak begitu menyerlah seperti dibawah kerana penggunaan warna yang kurang berwarna-warni. Ini adalah mungkin pada masa tersebut tiadanya mesin yang canggih yang membolehkan berbuat demikian.

Apa-apa sekali pun, coklat Cadbury telah berjaya kekal jenama coklat yang diminati ramai kerana berjaya mencipta perisa yang dekat dengan hati rakyat Malaysia seperti perisa dibawah iaitu coklat dan Oreo.

5. Milo

Milo pada zaman dahulu hingga ke sekarang sudah mempunyai visi dan target audience iaitu mereka yang nyahaktif dalam kehidupan seharian. Milo mempamerkan kehidupan yang aktif dan bertenaga.

Milo pada masa sekarang sudah mempunyai warna yang tersendiri iaitu warna hijau dan putih yang membangkitkan semangat bertenaga dan model-model yang sering kali digunakan oleh mereka ialah model yang giat aktif melakukan sesuatu.

6. Maggie Mi

Sesiapa yang membuat maggie mee dihormati oleh banyak orang terutamanya pelajar-pelajar univerisiti. Maggi Mee merupakan makanan yang dimampu oleh pelajar pada akhir bulan ditatkala duit PTPTN kian habis.

Maggi Mee mengambil cara yang berbeza dimana pada masa dahulu, ia mengambil model pelajar-pelajar dan kurang memfokuskan kepada kelazatan Maggi tersebut.

Namun pada masa sekarang ia lebih fokus kepada Maggi Mee tersebut dan secara visualnya menarik minat pelanggan dan menarik pelanggan untuk membelinya.

7. Teh Lipton

Teh lipton merupakan salah satu teh yang diminati ramai. Teh lipton mengikut iklan yang dikeluarkan oleh Maggi Mee dimana menjual kehidupan tersebut berbanding produk yang mereka jual.

Iklan di atas dilihatkan sebagai seorang yang sudah berumur menikmati teh Lipton dengan frasa” saya sudah cuba bermacam teh, tapi Lipton juga yang sesuai”.

Berbanding dengan yang baharu, Lipton Teh lebih memfokuskan kepada produk mereka dan mempercayai bahawa visual produk mereka mampu menarik perhatian ramai untuk membelinya.

8. Ajinomoto

Iklan akhir yang ingin kami ketengahkan ialah Ajinomoto. Jenama ini merupakan salah satu jenama yang menghadapi transformasi yang hebat dimana mereka meringkaskan penggunaan jenama Ajinomoto tersebut.

Ajinomoto pada masa dahulu mengikuti kebanyakkan iklan di pasaran pada masa itu dengan menggunakan lebih banyak perkataan dan menampakkan suasana Malaysia.

Pada masa sekarang Ajinomoto sudah mempunyai warna yang mereka gunakan dan diingati ramai iaitu warna merah putih. Keringkasan reka bentuk memboleh penggunaan memahami siapa mereka sebagai satu jenama.

Frasa “eat well, live well” memboleh kita ketahui visi dan misi mereka sebagai satu jenama yang besar.

 

 

Maka itulah antara iklan yang terdapat di Malaysia pada masa dahulu dan kita telah membandingkannya dengan iklan pada masa sekarang.

Ia tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai perbezaan terutamanya dari segi perubahan reka bentuk dan jual harga jualan tersebut.

Walaupun, ia bertukar reka bentuk dan iklan, jenama di atas tetap berada di hati kita dan ia menjadi sebahagai daripada kehidupan rakyat Malaysia.

print