Site icon Butterkicap

7 Makanan Paling Sesuai untuk Pesakit Buah Pinggang

Penyakit buah pinggang kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia akibat gaya hidup yang tidak sihat dan tiada kawalan dalam pemakanan. Seperti yang kita sedia maklum, buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah dan mampu menyingkirkan toksik, sisa buangan dan bendalir berlebihan dalam badan.

Jadi, kegagalan buah pinggang dalam melaksanakan tugas penting ini akan mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Walaupun buah pinggang adalah bersaiz kecil, ia adalah organ dalaman yang mempunyai pelbagai fungsi dalam mengekalkan kesihatan untuk keseluruhan badan dan memastikan organ lain juga berfungsi dengan baik.

Penyakit ini menjadi serius apabila ia gagal berfungsi dan menyebabkan pesakit perlu menjalankan rawatan dialisis atau proses mencuci darah seumur hidup dan ia sebenarnya telah menggantikan fungsi sebenar buah pinggang dengan dibantu oleh mesin dialisis. Walaupun ia kelihatan berkesan untuk jangka masa singkat, tetapi ia akan memberikan impak negatif dalam tempoh masa yang panjang.

Kegagalan buah pinggang adalah berpunca daripada dua faktor utama iaitu penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi dan ia sebenarnya akibat daripada pengambilan ubat dalam merawat tekanan darah tinggi. Perubahan dalam gaya hidup kepada yang lebih sihat akan membantu merawat buah pinggang menjadi lebih baik dan kembali berfungsi seperti sedia kala.

Pengawalan kadar gula dalam salur darah kepada pesakit diabetes sedikit sebanyak membantu mencegah risiko menghidap penyakit yang lebih kronik seperti buah pinggang, penyakit jantung dan serangan strok. Namun, rawatan hanya membantu melambatkan proses serangan penyakit sahaja dan ia tidak berupaya menyingkirkan penyakit.

Apabila ia telah berada diperingkat akhir, kira-kira 90% fungsi buah pinggang akan terhapus dan pesakit akan mengalami keletihan yang melampau, kesukaran dalam menumpukan perhatian dan kehilangan selera makan. Ia boleh dikesan melalui ujian darah dan ujian air kencing.

Antara makanan yang terbaik untuk pesakit buah pinggang amalkan adalah terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar seperti buah Epal, Blueberry, Anggur merah, Kobis bulat, Kobis bunga, dan lada benggala merah serta Terdapat pelbagai khasiat dan nutrient yang anda boleh perolehi dengan menjadikan 7 makanan ini sebagai sajian dalam menu pemakanan harian anda.

 

Buah epal

Buah epal diperkaya dengan serat yang tinggi, ejen anti-radang, mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, mengelak dari masalah sembelit, epal juga dapat melindungi anda daripada penyakit jantung serta menjauhkan anda daripada risiko mendapat kanser. Buah epal boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam apa-apa masakan.

Adalah lebih baik jika anda mengamalkan cuka epal untuk meningkatkan manfaatnya terhadap kesihatan tubuh badan. Ia juga sesuai dijadikan sajian dalam menu diet untuk pesakit buah pinggang. Ada pepatah inggeris menyebut, “An apple a day keeps the doktor away”. Ia bermaksud anda hanya perlu mengambil epal dan anda takperlu berjumpa doktor untuk merawat penyakit, anda perlu mencegah penyakit itu lebih baik daripada terpaksa bergantung kepada ubat untuk tempoh masa yang lama.

Ia mudah didapati sama ada pasar biasa atau pasar raya. Sebiji epal bersaiz sederhana mengandungi kadar nutrisi yang pelbagai, terdiri daripada 0 natrium, 158 mg kalium, 10 mg fosforus. Untuk pengetahuan anda, khasiat epal akan lebih berguna dan bermanfaat kepada kesihatan jika dimakan sekali dengan kulitnya. Jadi, anda perlu membasuh bersih epal tersebut dan mengunyah begitu sahaja.

Blueberry

Bluberry sememangnya sukar diperolehi dan kerana itu harganya akan tinggi. Ia sering dijual hanya di pasar raya besar sahaja. Buah ini mempunyai pelbagai kebaikan kepada pesakit buah pinggang dan juga ibu mengandung.

½ cawan blueberry segar diperkaya dengan 4mg sodium, 65mg kalium, 7mg fosforus serta blueberry mempunyai kadar yang tinggi dalam phytonutrients antioksidan yang dipanggil anthocyanidins menjadikan ia berwarna kebiruan dengan sebatian semula jadi yang mengurangkan keradangan.

Ia juga baik untuk melawan serangan kanser perut dan diperkayakan dengan sumber vitamin C dan serat yang baik serta sebatian mangan yang menjadikan tulang semakin sihat. Anda boleh tambahkan blueberry bersama bijirin sebagai sarapan pagi dan boleh dijadikan minuman smoothie atau sajian muffin berasaskan blueberry.

Anggur merah

Pewarna semula jadi yang ada pada anggur merah mempunyai manfaat yang banyak untuk jantung sekaligus menjadi ejen anti-oksidan yang baik dan meminimumkan potensi darah daripada membeku. Ejen flavonoid dalam buah ini ialah resveratrol dapat meningkatkan kadar oksida nitric. Ia sangat membantu dalam merehatkan otot dalam saluran darah supaya pengaliran menjadi lebih baik keseluruh tubuh badan.

Flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan. Anda disarankan mengambil anggur dalam pemakanan sebagai snek atau minuman berjus.minum jus anggur. Selain itu, anda boleh menambahkan ia dalam sajian salad buah-buahan atau bersama ayam.

Untuk pengetahuan anda, dengan hanya mengambil ½ cawan anggur merah adalah bersamaan dengan 1mg natrium, 88mg kalium dan 4mg fosforus. Dapatkan anggur berkulit merah atau ungu, ini kerana kandungan anthocyanin adalah lebih tinggi. Untuk jadikan anggur lebih tahan lama, anda boleh bekukan dalam peti ais dan dimakan sebagai snek pada bila-bila masa.

Kobis bulat

½ cawan Kobis bulat adalah bersamaan dengan 6mg sodium, 60mg potassium dan 9mg phosphorus. Sayur ini mempunyai kandungan phytochemicals (fitokimia) yang berfungsi sebagai pelindung yang baik kepada makanan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Bahan kimia ini juga berpotensi dalam melindungi dan melambatkan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari di samping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat juga diperkaya dengan kandungan Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.

Kubis bulat murah dan mudah diperolehi kerana mempunyai pelbagai manfaat yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, kobis bulat juga mengandungi fitokimia sebagai sebatian kimia yang wujud dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia ini berfungsi memecahkan radikal secara bebas dan dipercayai mampu memerangi kanser serta memelihara kesihatan kardiovaskular.

Kandungan vitamin dan nutrisi yang ada pada kobis juga sangat baik diamalkan oleh pesakit buah pinggang. Jika anda sedang menjalani diet dialisis, anda boleh mencampurkan kobis dalam sajian coleslaw atau takoyaki. Ia juga boleh dijadikan dengan cara merebus, mengukus atau membakar menggunakan ketuhar. Kemudian, kobis boleh juga dinikmati bersama mentega, keju dan lada, ia pasti lebih menyelerakan.

Kobis bunga

Sayuran lain yang baik untuk pesakit buah pinggang ialah kobis bunga. Kobis bunga merupakan cruciferous yang diperkaya dengan vitamin C, folat dan serat serta ia mempunyai sebatian yang mampu membantu hati meneutralkan bahan toksik. Selain itu, Kobis Bunga boleh dimakan mentah sebagai salad, dikukus atau direbus atau dilecek menjadi seperti kentang putar.

Kandungan bagi setiap ½ cawan kubis bunga bersamaan dengan 9mg sodium, 88mg kalium dan 20 mg fosforus. Ia juga diperkaya dengan indole, glucosinolates dan thiocyanates-sebatian yang mampu meneutralkan toksik dalam hati yang akan menyebabkan kerosakan pada sel membrane dan DNA dalam tubuh anda.

Lada benggala

Lada benggala adalah sayur yang baik untuk diamalkan oleh pesakit buah pinggang. ½ cawan lada benggala merah mengandungi kadar nutrisi bersamaan 1mg natrium, kalium 88mg, dan 10mg fosforus. Kandungan kalium dalam lada benggala merah adalah lebih rendah. Sayuran yang lazat ini juga merupakan sumber vitamin C dan vitamin A yang sangat baik, serta vitamin B6, asid folik & serat.

Lada benggala merah sangat baik untuk kita kerana ia mengandungi lycopene, antioksidan yang melindungi kanser tertentu. Lada benggala merah boleh dimakan begitu sahaja dan dijadikan sajian salad dan ia lebih menarik dijadikan bahan hiasan untuk nasi goreng atau apa jua masakan. Jika diet ini disediakan untuk pesakit buah pinggang, lada benggala mudah disediakan dengan menambahkan cili benggala merah dalam menu harian.

Makan begitu sahaja atau dipanggang, ia pasti akan lebih menyelerakan dengan mencampurkan dalam tuna, sandwich, salad ayam atau salad sayuran. Dalam membuat telur dadar, boleh mencampurkan dengan potongan lada benggala, ia akan menjadi ia dengan variasi warna yang menarik dan sangat enak. Ia juga boleh diletakan bersama kebab untuk dipanggang atau campurkan bersama daging kisar untuk rasa yang lebih lazat.

Putih telur

Putih telur mengandungi protein tulen dan protein tersebut berkualiti tinggi dan mempunyai semua asid amino yang penting. Selain itu, Putih telur mempunyai kurang fosforus daripada sumber protein lain, seperti kuning telur atau daging. Putih telur boleh dijadikan bahan utama dalam membuat omelets atau sandwic telur. Ia juga boleh ditambah bersama minuman smoothies.

Dalam 2 putih telur, ia mengandungi sekurangnya 7g protein, 110mg natrium, kalium 108mg, dan 10mg fosforus. Putih telur merupakan makanan yang baik untuk diet pesakit buah pinggang setiap hari, kadar protein yang kurang fosforus berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging. Badan kita memerlukan 8 jenis asid amino yang tak dapat dibuat sendiri.

Penjagaan dalam pemakanan amat penting dalam memastikan fungsi buah pinggang masih dalam keadaan baik. Selain dari itu, pelbagai kaedah dapat digunakan oleh pesakit buah pinggang untuk mencegah ia menjadi lebih parah. Antaranya ialah individu perlu menjalani pemeriksaan buah pinggang bagi mengenal pasti sama ada ia masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Anda perlu mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sekurang-kurangnya anda perlu minum air masak sebanyak 2 liter setiap hari dan lebih banyak adalah lebih baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang anda. Bagi individu yang mempunyai tabiat merokok yang teruk haruslah menghentikannya segera dan amalkan senaman yang sihat sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Amalan ini dapat mengekalkan berat badan yang ideal bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa sihat dan mencegah penyakit yang serius. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan untuk mengelakkan kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan tubuh badan terutama sekali buah pinggang.

 

 

 

Sekiranya anda ada cadangan makanan yang baik untuk pesakit buah pinggang, Butterkicap berbesar hati menerima apa jua cadangan anda. Kongsilah bersama kami supaya dapat disebarkan bersama dengan semua orang.

print