9 Jenis Roti Naan Kegemaran Rakyat Malaysia

Naan bukan saja boleh dimakan sendiri malah boleh dimakan dengan pelbagai kuah mahupun makanan tambahan supaya pengalaman naan anda tersangat bermakna.

Naan ialah roti gebu kegemaran ramai, khususnya untuk dimakan pada waktu malam di samping rasa enak sekali dengan ayam tandoori yang empuk dan lembap. Namun begitu, tidak ramai yang tahu terdapat pelbagai variasi naan yang anda boleh cuba di sekitar Kuala Lumpur.

Nak tahu tak? Lihat di bawah.

 

1. Roti Kosong

Kredit: Twitter.com (Danny Khoo)

Naan kosong ialah roti yang diperbuat daripada tepung naan tanpa bahan tambahan lain. Roti ini ialah roti yang sangat versatil dan boleh dimakan hampir dengan segala macam kuah dan hidangan samping lain. Inilah pilihan terbaik untuk sesiapa yang baru nak mencuba makan roti ini.

 

2. Roti Planta

Kredit: greedycats.blogspot.my

Bagi golongan yang menyukai rasa capati yang berlemak dengan minyak sapi, anda mungkin mahukan roti naan anda juga disapu mentega atau Planta. Roti ini mempunyai rasa lemak yang lain daripada yang lain dan memberikan anda kepuasan yang tidak dapat dirasai daripada roti-roti lain.

 

3. Roti Bawang

Kredit: christhinksfood.blogspot.my

Anda mahu buang angin yang sudah lama bergelodak dalam perut? Inilah roti untuk anda. Bukan sahaja enak untuk dimakan malah bagus untuk kesihatan anda. Namun begitu, kalau anda keluar berpacaran bersama kekasih hati, janganlah pilih roti ini. Silap haribulan, lari pula dia!

 

4. Roti Keju Naan

Kredit: blogzonwanita.blogspot.my

Kalau anda pencinta keju yang tegar, anda tidak boleh melepaskan peluang daripada merasai roti ini. Keju yang melimpah ruah di dalam pasti membuatkan anda keliru sama ada anda makan naan ataupun piza. Walau bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak, nanti duduk dalam tandas saja nanti.

 

5. Roti Bawang Mentega

Kredit: mykikicake.com

Kalau anda bukan jenis yang suka berkompromi rasa lemak demi menjaga kesihatan anda, anda perlu memilih roti naan jenis ini. Gabungan mentega yang berlemak dan sifat bawang putih yang membuang angin dalam badan memang cukup meletup. Biarlah bau kurang menyelerakan, janji di mulut tetap sedap.

 

6. Roti Bawang Keju

Kredit: Twitter.com (Encik Makan)

Inilah roti yang menjadi mimpi ngeri golongan yang banyak angin dan tak tahan laktosa (Bahasa orang putihnya, lactose intolerant). Kombinasi rasa bawang putih dan keju, khususnya jika roti masih panas, akan membuatkan anda berasa bagai di Itali kerana seolah-olah anda makan roti bawang putih di kedai piza. Jika anda tak tahan laktosa tapi masih nak makan, siap sedialah tisu basah, air, sabun dan sebagainya serta dapatkan lokasi tandas supaya tak termakan diri pula pilihan anda itu.

 

7. Roti Daging Cincang

Kredit: makeittwo.wordpress.com

Sekarang kita masuk ke bahagian jenis naan yang jarang sekali kita temui di kedai-kedai mamak biasa. Bagi peminat daging, roti ini akan membuatkan anda rasa murtabak pun tak cukup untuk melempiaskan nafsu daging anda kerana roti ini terlalu enak dan unik untuk anda makan hanya sekali. Daging cincang diletakkan di dalam adunan roti dan dimasak empuk di dalam roti lembut yang mengembang. Memang meleleh air liur!

 

8. Roti Kacang Gajus

Kredit: Youtube.com

Bagi golongan vegetarian yang sudah penat makan roti kosong, anda patut cuba roti ini. Rasa kacang gajus yang rangup memberikan tekstur yang menarik pada roti apabila dikunyah. Sekarang, anda tidak akan berasa bosan lagi apabila diajak untuk makan naan kerana anda anda pilihan lain untuk makan!

 

9. Roti Sardin

Kredit: alasakar.wordpress.com

Jenis roti yang terakhir ialah naan sardin. Kalau dulu, kita cuma ada roti canai sardin, sekarang, anda boleh cuba rasa sardin dalam roti naan pula. Proses membuat roti ini adalah sama seperti naan daging cincang. Perbezaannya cuma daging diganti dengan sardin. Memang sedap dimakan dengan kuah kari ikan + daging. Rasa pelik? Jangan cepat melatah, cuba dulu.

 

 

Bagi yang belum pernah lagi mencuba kesembilan-sembilan roti yang dinyatakan diatas, bolehlah gunakan artikel ini sebagai senarai semak anda. Jadikan aktiviti makan malam hujung minggu anda bersama ahli keluarga dan sahabat handai menjadi lebih unik dengan cuba roti naan berbeza-beza ini dan beritahu kami naan manakah pilihan hati anda di ruang komentar di bawah.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş