Hari Raya Korban: Adat, Hukum dan Sunnah Daging Korban

Seperti yang anda semua tahu, Rakyat muslim di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Korban yang bakal menjelang pada minggu ini.

Kami pasti perkara yang anda nantikan selain dari cuti yang berkait ialah makanan serta upacara penyembelihan pada hari terebut. Kami menantikan hari tersebut bukan untuk penyembelihan tetapi lebih kepada makanan yang bakal dihidangkan oleh keluarga kami apabila mendapat daging yang baharu.

Sebelum kita pulang bercuti dan menyambut Hari Raya Korban, eloklah sekiranya kita mengingati kembali sebab-sebab kita menyambut hari ini.

Konsep:

Perkataan korban berasal dari bahasa Arab qoruba yang berarti “dekat.” Korban berarti Pendekatan. Maksudnya ibadah korban ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala (Taqorrub).

Korban bererti acara penyembelihan binatang ternak yang dilakukan pada hari raya haji (Idul Adha), iaitu pada tanggal 10, hari Tasyrik (11, 12 dan 13) Dzulhijjah, yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Pelajaran Korban:

1. Kepatuhan kepada Allah.

2. Kemuliaan manusia.

3. Maksud sebenar pengorbanan.

Hukum:

Hukum menyembelih haiwan korban adalah sunnah muakkad bagi muslim, yang baligh dan berakal. Tiga perkara ini juga menjadi syarat atas setiap perintah yang wajib dan yang sunnah. Syarat Khusus untuk melaksanakan ibadah Korban ialah mereka mampu secara ekonomi untuk melaksanakannya.

Menurut para ulama seperti Imam Maliki dan Imam Syafi’e, mereka yang berkemampuan seperti yang telah dinyatakan iaitu muslim, baligh dan berakal adalah sunnah melakukanya namun ia tidak berdosa bagi mereka yang tidak mampu untuk melaksanakanya

Dan diantara dalil mereka adalah:

Sabda Rasulullah saw, ”Jika kalian telah melihat bulan dzulhijjah, hendaklah salah seorang diantara kalian berkurban…” (H.R. Muslim)

Syarat Sah Korban:

  1. Binatang korban hendaknya tidak cacat. Seperti rosak matanya, sakit, kurus dan tidak berdaya.
  2. Bintang korban tidak mengandung.
  3. Binatang korban telah mencapai umur tertentu. Bagi kambing biri-biri telah berumur satu tahun lebih atau telah berganti gigi, Kambing telah berumur dua tahun lebih dan lembu atau kerbau telah berumur dua tahun lebih.
  4. Korban dilakukan pada waktu yang telah ditentukan iaitu mulai terbit fajar tarikh 10 Dzulhijjah, sebaiknya setelah melaksanakan solat Aidil adha tanggal 10 Dzulhijjah sampai sebelum terbenam matahari  13 Dzulhijjah.

Sunnah-Sunnah Berkorban:

  1. Memilih binatang korban yang gemuk dan sihat.
  2. Mengikat binatang korban beberapa hari menjelang Aidiladha sebagai syi’ar
  3. Tidak memotong kuku dan bulu binatang korban sejak awal bulan Dzulhijjah (lebih baik dibersihkan saja).
  4. Membaca basmallaah ketika menyembelih haiwan korban (yang wajib adalah menyebut Nama Allah saat menyembelih).
  5. Membaca shalawat atas nabi Muhammad SAW. dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  6. Membaca takbir.
  7. Berdo’a agar diterima korbannya.
  8. Melakukan penyembelihan korbannya dengan tangannya sendiri bagi lelaki, sedangkan bagi wanita mewakilkan kepada lelaki.
  9. Kalau penyembelihannya diwakilkan, orang yang berkorban harus menghadiri penyembelihan korbannya.

Hukum Meminta 1/3 Daging

Kredit: faisalhjrahim.blogspot.my

Orang yang berkorban disunnahkan untuk memakan dagingnya, membagikannya kepada rakan rapat, serta menyedekahkannya kepada orang-orang fakir, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Makanlah olehmu, simpanlah dan sedekahkanlah.” (HR. Tirmidzi)

Maka dari hadis ini kita boleh melihat bahawa kita amatlag digalakkan untuk makan daging korban tersebut dan berikanya kepada rakan kita serta yang paling utama ialah memberikannya kepada fakir kerana mereka leih memerlukannya daripada kita.

Pemberian Daging

Kita dilarang daripada memberikan daging korban yang sudah dimasak atau yang sudah dibuatkan lauk kepada golongan fakir. Hal ini kerana mereka berhak mendapat daging tersebut seadannya.

Mereka berhak mendapat daging yang belum dimasak atau dijadikan lauk kerana jikalau daging yang belum dimasak, mereka boleh membuat apa sahaja dengan daging tersebut yang diperlukan oleh keluarga fakir itu seperti menjual atau membuat lauk.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh memberikannya lauk di mana sebahagian daging adalah daging mentah dan bahagian yang lagi satu ialah lauk kerana ekonomi fakir tersebut tidak mundur dan boleh bermanfaat daripada lauk dan daging mentah tersebut.

Adat-adat yang telah disenaraikan diatas merupakan syarat-syarat terhadap daging korban yang bakal anda pada hari jumaat ini. Ingatlah bahawa daging korban bukan sahaja untuk anda tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Kami di Butterkicap mengharapkan pada Hari Raya Korban yang mulia ini, anda boleh berkongsi dengan mereka yang kurang mampu dan mengemberikan mereka yang kurang bernasib baik daripada anda.

Semoga anda semua dapat menyamput Hari Raya Korban ini dengan penuh makna and taqwa bersama keluarga yang tersayang.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş