Site icon Butterkicap

Aisbox, Peneman Perut Lapar Tika Sibuk

Kehidupan di bandar memang sangat memenatkan. Segala-galanya bergerak pantas di sini, baik dalam kerjaya, hubungan sosial anda malah dalam makanan juga. Semuanya mahu dilakukan dengan pantas, pantas, pantas!

Walaupun begitu, ini tidak bermaksud anda perlu berkompromi dalam aspek kesihatan anda. Bayangkan apa yang akan berlaku pada badan anda jika asyik makan makanan segera dan di luar yang tak tertentu terjamin kebersihan dan zatnya? Akhirnya, anda merana.

Jangan risau kerana kini dengan Aisbox, anda tak perlu lagi risau tentang diet anda walaupun sibuk.

Kredit: Aisbox

Aisbox merupakan hasil buah fikiran tiga ibu muda yang mendapati pengurusan masa menjadi lebih berkesan apabila mereka sejuk bekukan makanan dan panaskan pada waktu makan ketika mereka sibuk. Walaupun disejuk bekukan, makanan yang disediakan masih mengekalkan tekstur, rasa dan nilai nutrisinya.

Menariknya, setiap pilihan sajian sejuk beku dalam menu Aisbox ialah resepi-resepi warisan keluarga pengasas dan masih diminati warga Malaysia sehingga kini.

Kredit: Aisbox

 

Kredit: Aisbox

 

Terdapat empat pilihan pes atau dalam slang Italinya, pesto,  yang ditawar oleh Aisbox, iaitu

1. selasih,
2. tomato kering  (sundried tomato),
3. kacang pistachio, dan
4. selasih bersama jalapeno dijeruk

Keempat-empat pes ini boleh didapati dalam balang sebesar 200g (untuk empat dewasa makan) dan 100g. Jika anda sudah membeli pes-pes ini daripada Aisbox, bolehlah pelajari cara menyimpan yang betul di sini.

Kredit: Aisbox

 

Kredit: Aisbox

 

Kredit: Aisbox

 

Jadi, kepada anda yang sudah bosan untuk makan di luar dan ingin makanan yang sihat dan berkhasiat untuk dimakan, Aisbox ada jawapannya! Cara untuk mendapatkan pes Aisbox mudah saja. Sila hubungi mereka menurut cara di bawah:

 

FB: Aisbox
M: aisboxmeals@gmail.com
I:   aisbox.meals
W: http://aisboxmeals.com

 

Kredit: Aisbox

 

print