Site icon Butterkicap

Cucur Ikan Bilis – Kudapan Moreh Terbaik

Anchovy Fritters
Cucur ikan bilis – bebola goreng yang penuh dengan rasa umami

Cucur ikan bilis merupakan snek yang sesuai untuk dimakan bersama minum petang ataupun dimakan sebagai pembuka selera bagi mereka yang lebih menggemari rasa masin. Cucur-cucur yang digoreng ini bukan sahaja garing di luar, malah ia juga lembut di dalam dan juga penuh dengan rasa umami yang begitu lazat.

Resepi cucur ini kaya dengan rasa yang enak dan berlemak yang sangat menyeluruh walaupun hasilnya seakan-akan menyerupai cucur udang yang terlebih masak. Memang tidak boleh dinafikan bahawa rasa cucur ikan bilis ini sungguh lazat meskipun rupanya tidak secantik seperti makanan-makanan lain yang dipaparkan di Instagram.

Cucur ikan bilis tidaklah semasyhur sepupunya iaitu, cucur udang, dan ia juga jarang dijual di gerai-gerai tepi jalan ataupun restoran. Ini mungkin disebabkan oleh rasa ikan bilis yang agak kuat dan melampau kepada deria rasa si pemakan. Mahupun ia mempunyai rasa yang agak masin, jika anda adalah seorang yang suka akan ikan bilis dan mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru, cucur ikan bilis ini sesuai sekali dengan anda.


Dengan hanya menggunakan sepuluh bahan-bahan, resepi cucur ikan bilis ini mudah disediakan dan juga mengambil masa yang singkat. Ia merupakan snek ekonomi dan alternatif yang menarik untuk disediakan kepada tetamu jika anda inginkan sedikit kelainan. Anda cuma perlu menggunakan satu pek ikan bilis kering kegemaran anda. Sekiranya anda tidak arif tentang jenis-jenis ikan bilis yang berbeza, maka gunakan ikan bilis biasa yang terdapat di pasar raya anda. Selamat mencuba!

Ingredients

● 70g ikan bilis kering
● 100g air panas yang baru dididih
● 40g kucai
● 80g bawang besar
● 40g cili merah
● 1 telur
● 140g tepung naik sendiri
● 1 sudu kecil lada putih
● ½ sudu teh butiran ikan bilis
● Minyak masak

Penyediaan cucur ikan bilis

1.Rendamkan ikan bilis di dalam air panas yang baru sahaja dididihkan selama 1 hingga 2 minit. Selepas itu, kisarkan kedua-kedua campuran tersebut sehingga hancur. Kisar ikan bilis dan air panas sehingga hancur.

Kisar ikan bilis dengan air panas hingga halus

2. Potongkan kucai kira-kira dalam 2cm panjangnya.

Hiris kucai

3. Parutkan bawang besar dengan menggunakan lubang besar yang terdapat di pemarut.

4. Kemudian, potongkan cili dalam bentuk dadu serta buangkan biji-bijinya.

5. Tambahkan tepung naik sendiri kedalam campuran ikan bilis dan gaul sehingga adunan menjadi sebati.

6. Seterusnya, campurkan lada putih dan butiran ikan bilis dan kacau sehingga rata.

7. Akhirnya, tambahkan kucai, bawang dan cili dan gaulkan sehingga semua bahan-bahan diserak secara rata di dalam adunan.

Masukkan kucai, cili dan bawang
Kacau rata semua bahan

8. Penuhkan kuali atau periuk anda dengan minyak sebanyak 4cm dalam ketinggian dan tinggikan api kepada suhu menggoreng. Minyak masak sudah cukup panas sekiranya minyak masak mula berbuih.

9. Dengan menggunakan dua sudu besar, bentukan adunan kepada bentuk bola. Jangan risau sekiranya bentuknya tidak kemas kerana adunan yang lembut ini tidak mampu untuk mengekalkan bentuknya dalam jangka masa yang lama. Masukkan adunan tersebut ke dalam minyak yang panas dengan segera.

10. Tambahkan lagi beberapa bebola adunan ke dalam minyak (ataupun sehingga mencukupi ruang di kuali) dan goreng sehingga perang keemasan dan garing, sambil membalikkannya untuk memastikan kesemua cucur-cucur dimasak dengan sama rata.

Kuali penuh dengan bebola cucur bilis yang digoreng sempurna

11. Angkat dan pindahkan cucur ikan bilis yang digoreng ke pinggan ataupun penapis yang dilapik dengan kertas tuala.
Kertas tuala membantu meresap lebihan minyak

12. Biarkan sejuk untuk beberapa minit sebelum dihidangkan bersama sos cili kegemaran anda.

Tips tambahan


Jadi, anda tunggu apa lagi? Jika sebelum ini anda tidak pernah mencuba cucur ikan bilis, adakah anda bersedia untuk mencuba resepi ini sebagai snek anda? Sekiranya anda lebih menggemari kudap yang masin berbanding manis, sebaik juga yang mudah dan segera untuk disediakan, cucur ikan bilis ini amat sesuai dengan anda.

Rasanya yang sangat lazat pasti akan menggamit selera si pencinta ikan bilis mahupun mereka yang tidak beberapa menggemarinya.

Cubalah resepi ini dan tag gambar anda bersama #butterkicap supaya kami boleh lihat hasil anda. Kami menantikan hasil percubaan anda!

print