Site icon Butterkicap

5 Makanan yang Wajib Dihindar untuk Elak Diabetes

Penyakit diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kadar glukos yang tinggi dalam saluran darah dan kegagalan fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dengan sempurna. Hakikatnya, kadar gula dalam darah mampu dikawal dengan berkesan dengan memastikan corak pemakanan yang diamalkan harus dipantau dengan baik.

Diet yang diterapkan setiap hari bukan sahaja mampu elak diabetes malahan penyakit lain yang berbahaya untuk kita. Ini termasuklah menjauhkan diri dan mencegah pengambilan beberapa jenis makanan yang berpotensi besar untuk menaikkan paras gula dalam darah.

Antara makanan yang wajib dicegah oleh anda untuk elak diabetes ialah mengurangkan pengambilan makanan bergula tinggi, makanan bergoreng, makanan mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dan diperkaya dengan kandungan lemak trans dan makanan yang tinggi kadar karbohidrat.

Kredit: infoelbasani.al/

Pengambilan makanan tinggi gula

Makanan yang sememangnya wajib dicegah adalah makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan ia adalah musuh utama bagi pengidap diabetes. Antara makanan yang wujud kandungan gula tinggi merupakan sajian yang disedikan menggunakan pemanis seperti ais krim, kuih donat, aneka pastri, coklat susu, makanan dengan campuran manisan buatan.

Namun, sajian tersebut bukanlah menggunaakan gula semata, ia juga menggunakan pemanis makanan yang lain seperti madu, kismis, dan manisan seperti gula-gula, pastri, serta buah-buahan seperti buah pisang, buah kurma dan anggur merah. Semua jenis makanan yang telah disebut adalah antara makanan yang sangatlah berbahaya kepada penghidap penyakit diabetes.

Ia mampu meningkatkan kadar glukos dan menjadi punca kepada pemendapan gula yang berlebihan dalam darah. Jika tidak dapat mengelakkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman, anda boleh minimumkan penggunaan daripada kadar normal. Memang rasanya akan kurang tapi ia baik untuk kesihatan jangka masa lama.

Selain itu, makanan bergula mempunyai kandungan glisemik dalam kadar yang tinggi. Apabila kandungan gula dalam makanan merebak secara pantas ke seluruh saluran darah, ia akan melalui proses “fast-releasing”.

Bagi minuman pula, ia diperkaya dengan kadar glukos atau sirap jagung yang mengandungi fruktosa tinggi. Dengan itu, anda disarankan untuk memantau dan meminimumkan kadar pengambilan makanan dan minuman bergula dalam menu diet harian anda.

Pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak juga berpotensi kepada kenaikan berat badan secara mendadak dan menyebabkan kadar insulin dalam darah meningkatkan. Makanan yang tidak berkhasiat dan seimbang menjadi penyumbang utama kepada kadar kolestrol tinggi dalam darah sekaligus akan menjadi punca kepada tekanan darah yang tidak stabil.

Justeru itu, pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi secara kerap setiap hari akan menjurus kepada pemendapan dan pengumpulan glikogen berlebihan darah dan membawa kepada gejala penyakit diabetes yang serius akan wujud.

Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan tentang kadar pengambilan makanan dan jadual kalori yang betul. Ia bagi mendapat cadangan dan nasihat dalam mengawal pengambilan makanan yang tinggi gula serta kandungan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan anda.

Pengambilan “refined carbs” dan minuman bersoda dalam kuantiti yang banyak

Kredit: myprotein.com/

Bagi elak diabetes juga, anda perlu mencegah diri daripada mengambil makanan mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi. Anda harus ketahui bahawa tahap tubuh badan anda mempunyai kemampuan tertentu sahaja, terutama sekali dalam proses pengawalan kadar makanan untuk dicernakan sistem penghadaman dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan.

Jika pengambilan karbohidrat melebihi serat yang lain, ia akan mengakibatkan pengumpulan sisa dalam bentuk gula yang dikenali sebagai glikogen dalam darah. Antara makanan yang tinggi dengan karbohidrat ialah roti, pasta, beras berkanji, pastri dan juga bijirin.

Terdapat satu proses akan berlaku yang dikenali sebagai “refined carb”, proses ini akan menyebabkan kandungan mineral kromium akan berkurangan dalam tubuh badan anda. Ia adalah berpunca daripada pengambilan karbohidrat berlebihan.

Minuman soda juga boleh menjadi punca diabetes kerana kandungan yang ada dalam minuman ini akan menyebabkan berat badan meningkat dan menjurus kepada risiko untuk mendapat penyakit diabetes. Ia juga berpunca daripada kandungan pemanis tambahan yang ada dalam minuman bersoda. Pengambilan kalori dalam bentuk cecair akan menyebabkan anda sentiasa berasa lapar sehinggalah anda mengambil dalam kadar yang lebih banyak.

 

Pengambilan makanan bergoreng

Kredit: kabar.news/

Seterusnya, pengambilan makanan bergoreng khususnya makanan gorengan yang menggunakan minyak terhidrogenasi. Ia akan menyumbang kepada peningkatan kolestrol  jahat secara mendadak dalam tubuh anda. Ini kerana, makanan tersebut mengandungi kadar lemak yang tinggi dan berbahaya kepada kesihatan anda. Seeloknya minyak yang digunakan harus digantikan dengan minyak sayuran dan lebih berkhasiat seperti mnyak zaitun.

Akan tetapi, kita sebaiknya memilih makanan yang lebih berkhasiat dan baik untuk tubuh badan kita. Anda digalakkan untuk mengambil makanan yang direbus atau dikukus. Sajian ini sesuai juga dijadikan menu diet bagi mereka yang telah menghidap penyakit diabetes.

Antara makanan yang perlu dicegah pengambilannya ialah makanan yang kaya dengan sodium seperti kicap dan makanan berasaskan tepung seperti roti, pasta dan pizza serta lain-lain makanan yang mempunyai kandungan yang sama.

Hakikatnya, semua jenis makanan bergoreng sangat berbahaya terutama kepada pesakit diabetes kerana kandungan lemak tepu yang lebih tinggi. Hal ini kerana, kandungan minyak yang berlebihan akan menyumbang kepada pengumpulan lemak tepu dalam saluran darah kerana tubuh tidak dapat  memprosesnya dengan baik sehingga menyebabkan peningkatan pada paras gula, berat badan dan berisiko untuk kolestrol tinggi dalam darah.

Pengambilan makanan bergoreng kelihatan lebih menyelerakan dan lazat untuk semua orang. Namun, ia adalah punca utama kepada pelbagai penyakit kronik dan berbahaya seperti penyakit kardiovaskular iaitu jantung, strok, dan paling berisiko untuk menghidapi penyakit diabetes.

 

Makanan berkolestrol tinggi

Kredit: pondokibu.com/

Apabila wujudnya kolestrol jahat dalam darah, ia akan menyebabkan penyakit diabetes berlaku. Keadaan ini akan merendahkan kadar kolestrol baik dalam badan. Sekaligus ia akan mendedahkan diri pesakit diabetes kepada penyakit yang berpunca daripada lebihan kolestrol dalam badan terutama sekali penyakit jantung.

Hal ini kerana, kandungan kolestrol berlebihan akan mewujudkan satu lapisan tebal pada dinding arteri dalam saluran darah.

Antara makanan yang perlu dicegah untuk elak diabetes dan mempunyai kolestrol yang tinggi adalah kuning telur, produk makanan berasaskan tenusu diperkaya dengan tinggi lemak seperti keju dan mentega, daging ayam, daging merah seperti daging lembu, dan makanan laut seperti udang. Sebaiknya dielakkan pengambilannya dalam menu diet harian anda bagi memastikan kadar kolestrol dalam darah anda kekal stabil dan normal.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, dalam sebiji telur telah dibuktikan mempunyai 213 miligram kolesterol dan hanya 87 miligram kurang daripada jumlah pengambilan harian disarankan bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol yang normal.

Selain itu, jika telur diambil bersama makanan lain yang boleh mempengaruhi dan menjejaskan kestabilan kadar kolestrol dalam darah anda. Jadi, anda hanya boleh mengambil putih telur sahaja untuk menggantikan kuning telur yang anda tidak digalakkan untuk mengambil dalam pemakanan harian anda.

Makanan kaya lemak trans

Kredit: med.news.am/

Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya lemak trans mudah didapati dalam bahan makan berasaskan margerin, makanan yang disalai atau dipanggang dan makanan yang diawet.

Walaupun ia tidak meningkatkan kadar glukos dalam darah secara langsung, lemak trans yang wujud akan menganggu gugat ketahanan insulin dan masalah metabolisme serta berisiko mengalami kerosakan pada pembulug darah. Ia juga akan menyebabkan pengurangan kadar HDL iaitu kadar kolestrol baik dalam darah.

Makanan yang dibakar seperti pai, kek, biskut dan muffin adalah antara contoh makanan yang mempunyai kadar kolestrol tinggi. Makanan bergoreng juga penyumbang kepada peningkatan paras kolestrol anda. Antara makanan yang anda perlu elakkan ialah kentang goreng, ayam goreng, dan kuih donnut.

Selain itu juga, ia terkandungi kadar lemak trans yang tinggi dan tidak diperlukan oleh tubuh badan anda. Salah satu tips dalam pembelian makanan di pasar raya, anda perlu memeriksa terlebih dahulu kandungan dan bahan dalam makanan tersebut pada label yang disediakan untuk memastikan kandungan lemak dan bahan lain adalah rendah.

Anda harus mengurangkan pengambilan makanan yang mempunyai lemak trans dalam usaha untuk mencegah kerosakan pembuluh darah dan sekaligus anda dapat elak diabetes serta beberapa penyakit berisiko yang lain seperti penyakit kardiovaskular. Makanan yang tinggi kandungan lemak berpotensi memiliki paras kalori yang tinggi, bahkan akibat daripada itu kadar kolestrol jahat juga adalah tinggi.

Keadaan ini akan menyebabkan hormon insulin tidak mampu berfungsi dengan baik dan mengubah makanan tersebut tenaga kepada badan kita. Jika anda ingin elak diabetes, anda harus menjauhkan diri daripada pengambilan makanan yang diperkaya dengan kandungan lemak trans yang tinggi.

Antara makanan yang mempunyai kadar lemak trans tinggi ialah daging merah, organ dalaman haiwan seperti hati, ginjal, dan lain-lain serta makanan lain yang tinggi lemak trans.

 

 

Jadi, anda juga amatlah digalakkan untuk mengelakkan diri daripada membeli makanan jenis segera dan sudah diawet. Makanan ini sememangnya mudah didapati dan murah untuk sesetengah pasar raya. Akan tetapi, anda diingatkan bahawa makanan-makanan tersebut sangat berbahaya dan berisiko untuk menjerumuskan diri anda menghidapi pelbagai jenis penyakit kronik seperti penyakit diabetes.

 

Bagi memastikan juga tubuh badan anda sentiasa sihat, anda perlu mengamalkan senaman secara teratur sekurangnya 3 kali seminggu. Ia bertujuan membantu anda membakar kalori dan mengawal paras glukos dalam darah. Hasilnya anda akan merasai sendiri dengan setiap perubahan pada diri anda jika ia dilakukan secara konsisten dan mengamalkannya secara serius untuk mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh badan anda.

Dengan kesedaran dan disiplin yang konsisten, anda juga boleh nikmati makanan tempatan kita yang serba sedap sambil elak diabetes dan mengamalkan diet yang menyihatkan.

print