8 Manfaat Kesihatan Kulit Pisang

Kredit: https://www.intelligentliving.co/

“Kulit pisang bukan sampah, ya.”

Itulah ayat pertama yang anda akan dengar dalam video TikTok pengguna bernama @dr.mamina dan kandungan video tersebut betul-betul mengejutkan ramai orang. Siapa sangka, kulit yang dianggap tidak berharga sebenarnya mengandungi seribu satu khasiat, melebihi isi pisang itu sendiri!

Khasiat Kulit Pisang

Tahukah anda? kulit pisang mengandungi kira-kira 6-9% protein dan 20-30% serat berbanding isi pisang itu sendiri. Di samping itu, kulit pisang juga kaya dengan polifenol (sejenis sebatian organik yang dapat menghalang kerosakan sel kulit akibat radikal bebas), karotenoid dan antioksidan. Selain itu, kulit pisang juga merupakan sumber potasium, vitamin B6, vitamin B12 dan magnesium yang baik.

Namun begitu, bukan sembarangan kulit pisang yang boleh dimakan. Walaupun mengandungi nilai nutrisi yang tinggi tetapi kulit pisang muda atau mentah dikaitkan dengan paras tanin iaitu sejenis getah semula jadi yang dirembes dalam tumbuh-tumbuhan sebagai ejen perlindungan daripada dimakan oleh binatang. Oleh itu, sebelum berfikir untuk cuba memasak menggunakan kulit pisang, pastikan anda memilih kulit pisang yang sudah masak ranum dan rebusnya terlebih dahulu untuk membuang tanin tersebut. Tak salah untuk mengambil langkah berhati-hati, kan?

Ada Bukti Saintifik?

Semestinya! Terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk membuktikan manfaat kulit pisang seperti yang diterbitkan di Jurnal Makanan dan Nutrisi. Menurut kajian tersebut, kulit pisang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan tepung kulit pisang sebagai bahan makanan dan produk kesihatan selain kegunaan domestiknya. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa komponen biokimia kulit pisang membantu dalam penulenan air dan penghasilan baja organik.

Masih berasa ragu-ragu? Mungkin, manfaat-maanfaat kesihatan yang disenaraikan akan meyakinkan anda untuk cuba menggunakan kulit pisang dalam masakan anda. Ingat, jangan cepat menghakimi sesuatu berdasarkan luarannya.

1. Merendahkan Paras Kolesterol

Kredit: www.doc2us.com

Kulit pisang kaya dengan serat larut dan tidak larut dipanggil pektin. Serat pektin ini diketahui dapat membantu merendahkan paras kolesterol dan pencegahan penyakit kardiovaskular dan serangan strok. Dalam suatu kajian yang dijalankan di Universiti Brawijaya, Jawa Timur, responden dengan kadar kolesterol tinggi menunjukkan kemajuan yang positif selepas makan kulit pisang selama 2 minggu.

2. Mengurangkan Berat Badan

Kredit: giphy

Tahukah anda, kulit pisang boleh membantu anda menurunkan berat badan anda? Menurut seorang pakar diet di Australia, kulit pisang bukan saja mengandungi kadar serat yang tinggi malah merupakan sumber tahan kanji yang baik untuk membantu anda berasa kenyang lebih lama. Walaupun tidak ada banyak kajian yang dijalankan dapat membuktikan bahawa fakta ini benar tetapi tidak salah untuk mencuba, kan?

3. Mencantikkan Kulit

Kredit: tenor.com

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup berhabis duit untuk memastikan kecantikan mereka berkekalan, khususnya kecantikan kulit mereka. Daripada menggunakan produk-produk kimia, apa kata anda mencuba ramuan organik seperti kulit pisang pula? Tambahkan kulit pisang dan telur untuk menghasilkan pupur muka pantas yang bukan saja membersihkan liang kulit malam menegangkan kulit juga. Siapa kata, penjagaan kulit perlu menjadi rumitkan dan mahal?

4. Menambah Baik Kualiti Tidur

Kredit: tenor.com

Anda pernah dengar tentang teh pisang? Trend yang mula tular pada awal tahun 2020, seiring dengan penularan wabak Covid-19, teh pisang dicipta secara tidak sengaja oleh seorang pelawak bernama Gerry McBride dengan merebus kulit pisang ke dalam air kerana ingin membuktikan teori bahawa kulit pisang boleh memberikan kesan yang mengkhayalkan. Hasil ‘eksperimen’ beliau ternyata menunjukkan hasil yang berbeza. Beliau tidur lena pada malam itu. Cubaan beliau ini ternyata menimbulkan rasa ingin tahu individu lain dan mereka juga melaporkan hasil yang sama.

Hal ini bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kulit pisang didapati mengandungi asid amino L-triptofan yang kemudiannya ditukar menjadi 5-HTP dan seterusnya, serotonin dan melatonin (neurotransmiter yang menenangkan diri). Lain kali anda berasa sukar tidur, cubalah sediakan teh ini.

5. Meningkatkan Keimunan Tubuh Badan

Kredit: gfycat

Selain daripada serat, kulit pisang kaya dengan vitamin C dan jika dimakan, dapat menyumbang sebanyak 17% daripada kadar pengambilan harian vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan anda. Kedua-dua nutrien ini bukan saja membenarkan pertumbuhan bakteria baik iaitu probiotik yang dapat menambah baik sistem penghadaman anda malah menguatkan lagi sistem imun anda. Ingin berjimat-cermat tapi masih mahu mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan? makanlah kulit pisang!

6. Memutihkan Gigi

Kredit: tenor.com

Mahu gigi putih berseri tanpa menggunakan produk kimia? Gosok kulit pisang saja! Menurut suatu kajian yang dijalankan pada tahun 2015, vitamin D pada kulit pisang didapati boleh melawan bakteria di gigi yang menyebabkan giginvitis dan periodonditis. Namun begitu, jangan abaikan amalan kebersihan gigi yang wajib seperti memberus gigi dan flos!

7. Menyihatkan & Menguatkan Rambut

Kredit: tenor.com

Siapa yang tak mahu rambut yang lembut, berkilat dan lebat? Tetapi, kos untuk penjagaan rambut yang tinggi membuatkan ramai daripada antara kita lebih gemar mencari dan mencuba cara alternatif yang lebih organik (dan percuma) untuk menjaga kecantikan rambut. Salah satu bahan yang anda boleh pertimbangkan ialah kulit pisang. Ciri-ciri antioksidan kulit pisang meneutralkan radikat bebas di akar rambut di samping mengekalkan kelembapan rambut serta menghapuskan kelemumur. Kolagen pada kulit pisang juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut anda.

Campurkan sedikit yogurt dan minyak kelapa dengan lapisan dalam kulit pisang lalu lumurkan pada rambut dan kulit kepala. Tunggu selama 15-20 minit sebelum bilas sebersih-bersihnya.

8. Melegakan Kesakitan

Kredit: gfycat

Alamak, anda digigit nyamuk lagi! Habis gatal-gatal kulit anda. Macam mana anda nak hilangkan rasa gatal itu? Gosok kulit pisang di atasnya. Kulit pisang kaya dengan polisakarida yang terbukti secara saintifik sebagai pelega kebengkakan dan keradangan. Di samping itu sifat antibakteria kulit pisang (kerana kandungan zink dan lektin yang tinggi di dalamnya) boleh membantu menyembuhkan psoriasis dan mencegah pertumbuhan jerawat juga.

Simpan, Jangan Buang!

Masih berfikir bahawa kulit pisang hanyalah sampah lagi? Terdapat pelbagai lagi manfaat kulit pisang yang masih dikaji dan banyak penemuan baharu ditemui setiap hari.

Anda mungkin berasa teragak-agak untuk makan kulit pisang tetapi di negara-negara Asia Tenggara seperti India, Sri Lanka, Vietnam dan juga Malaysia, kulit pisang merupakan antara bahan masakan unik yang digunakan dari generasi ke generasi. Populariti kulit pisang sebagai bahan masakan semakin meningkat dek promosi yang dibuat oleh banyak pempengaruh media sosial vegan dan personaliti-personaliti masakan terkenal seperti Nigella Lawson yang mengangkat kulit pisang sebagai salah satu bahan alternatif terbaik untuk daging.

Jikalau personaliti-personaliti ini sudahpun mengakui kelebihan kulit pisang, anda bila lagi? Bak kata pepatah Inggeris, ‘one man’s trash is another man’s treasure‘.

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş