Kita baharu sahaja menyambut 31 Ogos iaitu hari Malaya merdeka dari jajahan British. Sambutan yang penuh bermakna ini memberi seribu satu kesan, dan pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak menyertai Malaya dan serta-merta menjadi Malaysia yang kita kenal hari ini.
Semua rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kemerdekaan dan penyatuan sebuah negara. Tanpa semua lapisan masyarakat, kita tidak dapat hidup dalam negara yang digelar negara Malaysia, tempat tumpahnya darahku.
Kami di Butterkicap ingin menyelami masa lepas dengan mengentengahkan gambar-gambar lama atau gambar vintage pengusaha kafe dan makanan yang terdapat di Malaya.
Kami berharap agar dengan gambar yang ditunjukkan kepada anda, ia dapat membawa anda kembali ke zaman silam dan menaikkan zaman nostalgia tersebut.
Maka tanpa melengahkan masa, ini di antara gambar-gambar lama atau gambar vintaj pengusaha kedai makanan dan minuman yang terdapat di tanah Malaya pada suatu ketika dahulu.
Sebelum adanya Jalan Alor yang popular dengan pelbagai makanan, terdapatnya suatu tempat yang agak terkenal iaitu di Bugis (yang kini berada dalam negara Singapura), Singapura dahulu merupakan sebagai daripada tanah melayu.
Bugis Street ini amat terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan sudah pasti tolehan kiri dan kanan anda dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan.
Kami pasti anda pasti ketahui tangga yang tinggi itu bukan? Jika tidak, tidak apa, kami beri anda satu pentunjuk…. Tempat ini akan penuh setiap kali waktu Thaipusam. Sudah tahu?
Baiklah, jika anda meneka Batu Caves, anda betul! Gambar di atas menunjukkan peniga menjual air bagi mereka yang telah menaiki tangga yang tinggi bagi mengingati tuhan Murugan.
Di Malaysia sebelum adanya kafe hipster dan yang seangkatan dengannya, sudah terdapat pengusaha kedai yang telah membantu membuka kedai-kedai yang membolehkan pelbagai lapisan umur untuk mendapat makanan.
Sebelum adanya pasar raya atau supermarket, terdapat mereka yang menjual makanan dan minuman. Namun yang membezakan mereka dengan kita ialah mereka lebih bertenaga kerana mereka akan berjalan dengan memikul atau menolak serta menarik barang mereka dan menjual dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kegigihan dan semangat yang didapati oleh mereka harus diikuti oleh semua lapisan masyarakat kerana mereka tidak mengeluh apabila keadaan menjadi susah malahan mereka berkerja lagi keras bagi memperolehi perkara yang mereka mahukan.
Kami berharap agar dengan gambar vintaj yang telah kami kongsikan bersama dapat membantu anda dalam mengingati kembali zaman dahulu dan bernostalgia sebentar.
Jika anda mempunyai gambar-gambar lama yang anda mahu berkongsi bersama kami, anda boleh berkongi dengan #butterkicap. Kami turut mahu mengumpul serta mengetahui dengan lebih lanjut akan cerita-cerita zaman dahulu terutamanya yang berkaitan dengan makanan.