Aktiviti menghilangkan lemak bermula apabila kain Raya dah sendat. Jangan tunggu sampai dah berketul-ketul baru nak bersenam!
Saya pasti semua warga Malaysia sedang menantikan saat-saat yang ditunggu iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Antara perkara yang dinanti-nantikan sudah semestinya juadah Aidilfitri yang pelbagai lagi lazat.
Saya juga turut menantikan juadah istimewa yang bakal tiba kerana tidak sabar menantikan makanan yang bakal dihidang pada pagi hari raya pertama Aidilfitri. Sudah boleh terbayang diri ini yang akan dijamu dengan pelbagai juadah dari ketupat dengan sambal kacang kepada dodol sebagai pencuci mulut.
Walaupun kesemua juadah di atas sudah mengiurkan pembaca, saya juga suka mengingatkan kepada pembaca kami di Butterkicap.com untuk makan dengan penuh berhemah dan sopan. Oleh itu, saya mahu membantu para pembaca untuk menghilangkan kalori serta lemak-lemak tebu yang bakal menjadi sebahagian daripada badan kita semasa menjamu selera pada Hari Raya Aidilfitri.
Tanpa membazirkan masa serta perkataan yang bakal ditulis, saya akan menunjukkan kalori-kalori yang telah diambil serta aktiviti menghilangkan lemak Hari Raya Aidilfitri tersebut dengan berkesan.
Ayuh Lakukan Aktiviti Menghilangkan Lemak Raya!
1. Air Kosong @ Mati
Kepada mereka yang mahu mengambil lebih banyak makanan, dicadangkan agar mengambil air kosong kerana kalori yang terkandung dalam 1 gelas yang bersamaan dengan 250ml ialah sebanyak 0 kalori. Maka dengan itu, perbanyakkanlah mengambil air kosong.
2. Air Sirap
Air sirap merupakan antara air yang sering kali dihidangkan di setiap rumah yang dilawati kerana ianya bukan sahaja mudah dibuat malahan boleh disimpan lama. Bagi mereka yang mendahagakan air sirap, ketahuilah bahawa air sirap tersebut mempunyai 40 kalori bagi satu gelas. Cara yang terbaik untuk memhilangkan 40 kalori tersebut ialah:
- Berjalan mencari duit raya ke rumah jiran selama 10 minit
- Jogging menghantar makanan ke rumah jiran selama 5 minit
- Mengayuh basikal ke kedai Pak Dollah selama 6 minit
- Menyapu lantai sambil memakai kasut tinggi selama 8 minit
3. Teh Tarik
Rakyat Malaysia sudah pasti akan dihidangkan teh tarik kerana ianya bukan sahaja mudah dibuat bagi rakyat Malaysia malahan menjadi air yang diingingi oleh mereka yang melawat ke rumah. Bagi mereka yang memilih untuk minum teh tarik yang penuh dengan lemak berkrim ketahuilah bahawa segelas teh tarik bersamaan dengan 140 kalori. Antara aktiviti menghilangkan lemak Raya yang boleh dilakukan bagi menghapuskan 140 kalori tersebut ialah
- Berjalan kaki memakai kasut tinggi selama 40 minit
- Jogging ke kedai Pak Dollah selama 16 minit
- Mencuci pinggan sambil mencangkung 21 minit
- Mendukung anak saudara selama 23 minit
4. Minuman berkarbonat
Memandangkan cuaca di Malaysia tidak menentu dimana ianya akan panas terik dan ianya turut akan menjadi hujan lebat, sudah pastinya antara air yang mudah untuk dihidangkan ialah air berkarbonat. Walaupun ianya merupakan air yang mudah untuk dihidang, para pembaca harus mengetahui bahawa air berkarbonat ini mengandungi 130 kalori dalam 1 gelas. Berikut merupakan cara yang berkesan dalam membuat kalori tersebut.
- Berjalan kaki ke rumah terbuka selama 35 minit
- Berlari daripada kanak-kanak meminta duit raya selama 15 minit
- Menunduk salam golongan pakcik/makcik selama 20 minit
- Mengejar anak-anak saudara selama 22 minit
Makanan Pun Menggemukkan, Tau!
5. Kuah Kacang
Juadah hari raya tidak lengkap tanpa kuah kacang enak yang akan dimakan bersama dengan lontong, ketupat mahupun lemang. Kuah kacang yang dipenuhi dengan pelbagai perisa lemak, manis serta pedas merupakan ranjutan kebanyakkan rakyat Malaysia seperti penulis yang merupakan hantu kuah kacang. Sesedap kuah kacang sekalipun, kita (iaitu saya juga) haruslah beringat-ingat untuk hanya mengambil sedikit sahaja kerana 1 senduk kuah kacang bersamaan dengan 130 kalori dan cara membakar 130 kalori yang telah diambil ialah
- Menggosok baju raya seluruh keluarga selama 35 minit
- Menyidai baju selama 15 minit
- Berlari ke kedai membeli mi selama 20 minit
- Mencuci tandas untuk tetamu selama 22 minit
6. Ketupat
Hari Raya tidak akan lengkap tanya adanya ketupat. Ketupat pada rakyat Malaysia merupakan simbol bahawa Hari Raya Aidilfitri sudah menjelang dan tiba masanya untuk kita makan pada siang hari tanpa rasa bersalah. Satu ketupat yang bersaiz kecil bersamaan dengan 10 kalori dan sudah semestinya kita tidak hanya mengambil satu tetapi kita pasti akan mengambil sekurang-kurangnya 8 kuib kecil ketupat. Maka dengan itu jumlah kalori yang telah diambil ialah sebanyakkan 80 kalori. Namun jangan risau wahai pembaca kerana anda mampu menghilangkan 80 kalori tersebut dengan membuat aktiviti berikut
- Berlari mendapatkan duit raya selama 20 minit
- Mencari dulang yang tersembunyi selama 10 minit
- Menyental periuk dan kuali selama 15 minit
- Mencabut rumput rampai di luar rumah selama 17 minit
7. Lemang
Juadah lain yang turut menjadi simbol kedatangan Hari Raya ialah lemang. Lemang mudah didapati di tepi jalan semasa dalam perjalanan balik ke halaman kampung masing-masing. Lemang yang dibakar sudah semestinya menjadi perhatian ramai dan jikalau kita tidak membelinya, ianya hanya akan merugikan diri kita sahaja. Semasa membeli dan merunding harga bagi sebatang lemang, ingatlah bahawa sepotong lemang adalah bersamaan dengan 100 kalori dan hanya dengan melakukan aktiviti seperti dibawah, anda mampu menghilangkan 100 kalori yang tersimpan
- Mengelak makcik bertanya soalan cepumas selama 30 minit
- Mop lantai melekit dengan sirap selama 15 minit
- Mengutip serbuk-serbuk keropok di atas karpet selama 10 minit
- Mengangkat bagasi ahli keluarga yang ingin pulang ke kereta selama 12 minit
8. Lontong + Sayur Lodeh
Kepada mereka yang lebih menyukai sesuatu yang berkuah, sudah pastinya mereka akan memilih lontong dengan kauh sayur lodeh. Sayur lodeh merupakan salah satu juadah yang dipenuhi dengan lemak santan dan merupakan juadan yang mengandungi kalori yang agak besar iaitu sebanyak 260 kalori semangkuk lontong dan sayur lodeh. Bagi mereka yang masih mahu menjamu selera dan mengekalkan tubuh badan yang sihat, lakukan senaman berikut menghilangkan kalori yang telah terkumpul.
- Berjalan kaki ke rumah terbuka selama 70 minit
- Berlari ke tiga kedai lain apabila kedai Pak Dollah tutup selama 30 minit
- Mengejar anak saudara yang hiper selama 40 minit
- Membantu ibu mencuci peti sejuk selama 42 minit
9. Rendang
Bagi segelintir masyarakat Malaysia, rendang merupakan juadah yang wajib ada pada pagi Raya Aidilfitri dan tanpa juadah ini maka Hari Raya tersebut tidak sah dan tidak sempurna. Rendang yang biasa dimasak pada pagi raya ialah rendang ayam atau rendang daging dan kedua-dua juadah ini mempunyai sebanyak 100 dan 130 kalori. Bagi membuang jumlah kalori rendang yang diambil, kami mencadangkan agar para pembaca membuat aktiviti seperti berikut:
- Mengelak makcik bertanya soalan cepumas selama 35 minit
- Mop lantai melekit dengan sirap selama 15 minit
- Mengutip serbuk-serbuk keropok di atas karpet selama 20 minit
- Mengangkat bagasi ahli keluarga yang ingin pulang ke kereta selama 22 minit
10. Dodol
Segelintir masyarakat Malaysia menyukai rasa dodol terutamanya jikalau ianya berperisa durian. Dodol bukan sahaja dijadikan sebagai pencuci mulut malahan ianya dijadikan sebagai juadah untuk pembuka selera iaitu dihidangkan sebagai kuih raya. Mereka yang merupakan “hantu dodol”, berhati-hatilah kerana ianya mempunyai kandungan gula yang agak tinggi dan dengan aktiviti sedemikian, kita mampu menghilangkan kalori dodol tersebut. Sepotong dodol adalah bersamaan dengan 70 kalori.
- Mengelak makcik bertanya soalan cepumas selama 20 minit
- Mop lantai melekit dengan sirap selama 8 minit
- Mengutip serbuk-serbuk keropok di atas karpet selama 10 minit
- Mengangkat bagasi ahli keluarga yang ingin pulang ke kereta selama 12 minit
Maka dengan itu, makanlah juadah yang disediakan dengan beringat-ingat. Mereka yang merasaka bahawa lemak yang terkumpul telah melebihi had yang selamat, silalah buat aktiviti yang telah dicadangkan agar anda boleh terus makan pada bulan Syawal ini. Jika anda mahu kadar pengurangan lemak yang lebih drastik, lakukanlah aktiviti menghilangkan lemak Raya Butterkicap dengan kasut tinggi ataupun semasa beraya nanti. Sambil menyelam, minum air, kan?