Kami pasti anda pernah mendengari mitos yang pelik-pelik sama ada dari kawan anda atau keluarga anda.
Mitos merupakan cerita yang kadang kala tidak mempunyai kesahihan tetapi dipercayai sebagai satu perkara yang betul dikalangan manusia.
Kami ingin menyenaraikan mitos makanan yang pelik tetapi diikuti atau dipercayai oleh segelintir rakyat di Malaysia.
1. Telur meningkatkan kolesterol
Masalah sentiasa menimbulkan perdebatan di kalagan rakyat di Malaysia kerana sebiji telur boleh mengandungi hingga 200 miligram kolesterol. Kandungan kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan kesihatan terganggu.
Tetapi faktanya, mengambil makanan yang berkolesterol tidak serta merta akan meningkatkan kadar kolesterol seperti yang dibayangkan. Menurut kajian, hanya sekitar 30 peratus sahaja orang akan mengalami kenaikan kadar kolesterol setelah mengambil makanan yang berkolesterol.
Jadi janganlah anda khuatir untuk mengambil telur tetapi jangan pula mengambilnya dengan kuantiti yang berlebihan.
2. Sayuran segar lebih baik daripada sayuran beku
Banyak orang menghindari sayur yang dibekukan kerana mereka beranggapan bahawa sayur yang dibekukan mengandung vitamin lebih sedikit daripada sayur segar. Namun begitu, sayuran beku tetap mengandung nutrisi yang sama kerana ianya dipaketkan.
3. Tidak boleh makan selepas jam 8 malam
Persoalannya tidak terletak pada jam berapa anda makan tetapi bahan yang anda makan, berapa banyak serta aktiviti yang anda lakukan sepanjang hari itu. Tiga persoalan ini yang amat penting kerana ia akan akan menentukan kandungan lemak yang anda ada serta angka di skala penimbang berat anda di rumah.
Ia lebih baik jika anda lapar untuk mengambil makanan yang senang untuk dicernakan oleh badan kita agar ianya tidak menjadi lemak.
4. Madu asli tidak dimakan semut
Pada dasarnya semut memang suka yang manis-manis, begitu juga dengan madu semut juga menyukainya. Apabila kadar air dalam madu rendah, semut tidak akan mengambil air madu tersebut tetapi jika kadar airnya tinggi diatas 22% semut akan mengambil air dari madu tersebut.
Begitu juga dengan madu yang rasanya pahit, semut tidak akan menghampirinya meskipun madunya berkadar air tinggi.
5. Makanan organik lebih bernutrisi
Berbagai kajian yang dijalankan mengenai makanan organik selalu tidak konsisten. Ada yang menyebut kandungan Vitamin C dalam tomato organik lebih baik berbanding tomata biasa dan ada juga yang menemukan kadar anti-kanser flavonoids pada jagung dan strawberi organik.
Namun begitu penyelidik lain ada menyatakan bahawa makanan organik tidak memiliki keistimewaan lebih dalam hal kandungan nutrisi. Apa membezakan mereka dalam hal kandungan nutrisinya ialah berapa lama ia ditanam dan disimpan di rak makanan.
6. Makan dalam saiz kecil dan sekerap yang mungkin
Makan dalam pada kadar yang kecil dan selaly untuk orang sihat justeru merangsang untuk makan lebih banyak dari yang seharusnya. Hati-hati dengan makanan ‘kecil’ yang kerana sering kali ia mengandungi kalori yang tinggi.
Oleh demikian, ianya dinasihatkan agar anda mengambil makanan dalam setiap jam (pagi, siang, dan malam) dalam saiz yang seimbang.
7. Jangan beri kafein kepada kanak-kanak
Anda mungkin pernah mendengar kafein membantutkan pertumbuhan namun ia tidak pernah dibuktikan. Cerita dongeng itu pada awalnya disebarkan oleh Postum, minuman pagi bebas kafein yang dicipta lewat 1800-an.
Postum memasarkan dirinya sebagai pengganti kepada kopi dengan mendakwa kopi membantukan pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.
8. Bayam membuat anda menjadi lebih kuat
Khabar angin tentang bayam yang mengandungi zat besi sengaja diperbesarkan. Salahkan saintis Jerman yang cuai apabila tersilap meletakkan titik perpuluhan, dan mengatakan bayam mempunyai zat besi 10 kali ganda.
Kesilapan itu kemudiannya terbongkar. Walaupun telah dinafikan, siri kartun popular “Popeye” masih menguatkan lagi kaitan bayam dengan Vitamin A dan zat besi.
9. Minuman 3-in-1 berpotensi untuk untuk memberi lebih dari 60 jenis penyakit kronik
Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula.
Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.
Bahayanya sebab tinggi kandungan gula. Gula tinggi macam-macam lah dapat penyakit bermula dengan diabetis. Bukan hanya minuman 3-in-1 tapi semua yang manis-manis. Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan lah dalam senyuman.
Maka itulah merupakan 9 mitos yang masih dipercayai oleh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini. Didiklah diri anda agak tidak keliru.
Adakah anda mengetahui mitos lain tentang permakanan atau makanan secara general yang dipraktikan di Malaysia. Kongsikanlah bersama kami.