Kredit: Alia Shahnaz
“Pai Betik adalah resepi terhebat Mak kerana Mak menangi satu pertandingan yang diadakan untuk mempromosikan pelancaran 2 produk…Carilah apa produknya :)”
~ Sehari Di Dapur Ibu: Resepi & Nostalgia
Jemputlah rakan-rakan untuk minum teh dan lihatlah ekspresi di wajah mereka apabila mencuba pai betik ini. Tiada yang lebih menggambarkan citarasa Malaysia dengan buah betik!
Bahan-Bahan
Inti
- 2.5 lbs betik masak yang dikupas kulit dan dipotong dadu
- Pastri untuk pan 9 inci
- 1 cawan gula
- 4 oz NESTLE KRIM PEKAT TULEN
- ½ cawan Nestle Ideal
- Susu sejat
- 3 buju telur
- 3 sudu teh mentega dicairkan
- 1 sudu teh jus lemon
- 1/2 sudu teh esen oren
- Secubit garam
Hias Atas (Topping)*
1 sudu besar gula dicampur dengan 1 sudu teh kulit oren atau lemon.
Pastri
- 4 oz tepung gandum
- 2 oz tepung naik sendiri
- 2 oz Serbuk Kastard Crosse & Blackwell
- Air sejuk (Untuk bancuhan)
- 2 oz mentega
- 2 oz marjerin
Inginkan pastri rapuh?
Kami cadangkan anda guna 8 oz tepung (225 grams) untuk 3.5 oz (100g) mentega dan secubit garam.
Cara-Cara
Inti
- Cuci betik dan belah dua.
- Buang biji dan serat. Potong dalam bentuk jalur sepanjang 1 inci.
- Letakkan jalur betik ke dalam periuk. Letakkan periuk di atas api (jangan masukkan air) dan masak serta kacau menggunakan sudu kayu selama 30 hingga 35 minit atau masak sehingga memekat menjadi puri.
- Angkat periuk.
- Sejukkan periuk sedikit. Lenyekkan inti dengan garfu.
- Puri yang dihasilkan mestilah sebanyak 1.5 cawan.
Pastri
- Tapis bahan kering ke dalam sebuah besen, Gentel dengan marjerin dan mentega sehingga kelihatan seperti serbuk roti.
- Masukkan air untuk dapatkan doh kental.
- Canai pastri di atas papan yang ditepung.
- Letakkan pastri yang dicanai di dalam pan 9 inci yang digris.
- Kemaskan tepian pastri.
- Beruskan bahagian bawah kes pastri yang kosong dengan telur putih (gunakan telur putih daripada salah satu telur yang digunakan)
- Biarkan selama 15 minit.
- Pukul telur dengan pemukul putar.
- Pukul betik dan gula.
- Keluarkan pemukul. Kacau bahan lain kecuali campuran oren bergula.
- Masukkan ke dalam pan pastri.
- Tabur campuran oren di atas.
- Bakar selama 30 hingga 35 minit dalam ketuhar sederhana panas atau sehingga kerak menjadi perang dan kastard mengeras.
*Bahagian atas tidak bertukar perang
**Pindahkan ke redai kek selama 2 hingga 3 jam sebelum hidang.