Perisa Malaysia, Kemajuan Jepun: Kikubari x Butterkicap, Kolaborasi Khas Hari Malaysia

Di dapur terbuka Kikubari, Cef Jun Wong dan Cef Nik Michael Imran sedang berbincang tentang kelebihan Maggi Goreng dan ciri-ciri yang membuatkan sajian ini begitu sebati dengan orang Malaysia. Penyediaan sajian ini bukan sekadar mengikuti arahan di belakang paket. Setiap rakyat Malaysia yang pernah ke kedai Mamak akan tahu bahawa keenakan Maggi Goreng juga adalah tentang kemahiran kuali atau wok-hei, mengigit sawi pahit atau tauhu goreng yang lembut, mi segera dengan telur mata kerbau di atas dan taburan bawang goreng. Kami sudah boleh agak rasa maggi goreng tersebut dan resipi serta teknik penyediaan jarang sekali berbeza dari satu restoran ke restoran lain. Persoalannya sekarang, bagaimana kita boleh menghasilkan semula hidangan klasik lewat malam ini menjadi suatu hidangan yang mempunyai rasa yang sama dengan menggunakan bahan-bahan Jepun tanpa menggunakan walau sepaket perencah berwarna perak yang terkandung dalam setiap paket Maggi?

Cef Jun dan Cef Nik perlu memikirkan cara untuk hasilkan sajian tersebut sebelum Kikubari mengeluarkan menu Hari Malaysia bersama-sama Butterkicap. Menu ini sudahpun diperkenalkan dan hanya tersedia dari 17 hingga 22 September 2018 sempena Hari Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan untuk memaparkan perisa Malaysia kegemaran kita dan gabungkan dengan teknik serta masakan Jepun progresif yang menjadi tanda pengenalan Kikubari. Kedua-dua Cef ini sememangnya bersedia untuk menyahut cabaran tersebut, dengan Cef Jun dan pasukan beliau mempelopori usaha ini melalui penciptaan resipi manakala Cef Nik memberikan kepakaran dan pengetahuan beliau untuk mencipta satu menu yang pastinya menarik perhatian dan membuatkan anda tertanya-tanya cara mereka lakukannya.

Yang mana satu dipilih?

 

Perisa Kegemaran

Kikubari sentiasa dikenali kerana menghasilkan sajian kontemporari dan moden hanya denga menggunakan bahan-bahan Jepun tradisional. Namun begitu, kali ini, pasukan Kikubari mencabar diri mereka sendiri untuk menghasilkan perisa-perisa kegemaran Malaysia yang pasti membuatkan anda mengimbau kembali nostalgia dengan hanya satu gigitan sahaja. Selain daripada Maggi goreng, kami mendapati (secara curi-curi) dalam menu percubaan mereka, terdapat banyak lagi hidangan-hidangan kegemaran seperti roti bakar, keropok lekor, ikan goreng, ulam dan sajian kegemaran lewat malam, Burger Ramly special yang anda boleh cuba selama seminggu ini.

Ikan goreng kunyit ayu

 

Ya, Burger Ramly special ini diperbuat menggunakan daging wagyu yang dibalut dengan telur dan diletakkan mayonis, sos dan sayur-sayuran. Burger Ramly ini tidak dapat ditemui di mana-mana kecuali di Kikubari minggu ini. Mengaku sahajalah yang anda mahukan burger tersebut dengan hanya memikirkannya.

Burger Ramly special sedang disusun

 

Tengoklah daging itu!

 

Keropok lekor ‘atas’

Diperbuat dengan saba (ikan tenggiri Jepun) dan sedikit rumpai laut,  Cef Jun menunjukkan kepada kami cara beliau menghasilkan bentuk lekor yang lonjong seperti yang kita sudah biasa. Mula-mula, beliau cedokkan sedikit isi saba dan menggelek pada bibir sebuah mangkuk besi tahan karat dan kemudian, lekor mentah yang panjang itu direbus sehingga bentuk lekor menjadi tetap dan kelihatan hampir sama seperti lekor beku sudah digoreng yang anda lzimnya, beli dan goreng di rumah. Tapi, bagaimana pula dengan rasanya?

 

Keropok lekor saba yang sudah dibentuk

 

Sama seperti keropok lekor tradisional,  saba lekor ini pada mulanya direbus sehingga separa masak dan mengekalkan bentuknya

 

Saba lekor, selepas digoreng

 

Ujian rasa keropok lekor saba yang digoreng menunjukkan bahawa ramai mengangguk tanda setuju selepas mencuba.  Rasanya sama seperti keropok lekor walaupun lekor saba in ialah versi lekor yang berkualiti tinggi. Tidak begitu kenyal seperti lekor biasa tetapi teksturnya masih sedap apabila digigit dan agak gebu. Cebisan-cebisan saba yang boleh dirasai membuatkan lekor saba cukup seronok untuk dikunyah. Cef Nik menggelar lekor ini sebagai penanda aras bagi semua keropok lekor.

Keropok lekor bukan sekadar menghasilkan keropok itu sahaja. Hidangan ini tidak akan lengkap tanpa sos cili cicahan lekor – manis dan gelap, merah dan sedikit pedas bergantung pada kawasan anda membeli keropok lekor.  Sos versi Cef Jun ialah sos cicahan cili Tonkatsu dan perbincangan tentang nisbah dan sos terbaik untuk menikmati lekor saba ini pun bermula di dapur.

Sedikit itu, sedikit ini…

 

Kedua-dua Cef membincangkan nisbah sos cili pada Tonkatsu untuk satu campuran yang sesuai untuk dimakan bersama keropok lekor saba

 

Roti bakar dengan sentuhan Jepun

Satu lagi item wajib cuba dalam menu ini semestinya ialah roti bakar. Bayangkan hirisan roti yang tebal dan dibakar sehingga gebu dan dihidangkan bersama…tidak, bukan mentega kaya tetapi sos rumpai dan dihiasi dengan satu bahan yang mungkin ialah mentega DAN kaya lautan, uni. Tekstur  dan perisa uni yang berlemak, kaya serta manis membuatkannya hiasan atas terbaik untuk roti bakar dan membuatkan sesiapa sahaja mula berharap untuk sajian ini  boleh didapati di semua kopitiam. Tiada keperluan untuk memperhalusi resipi ini. Rasanya cukup mewah dan enak daripada gigitan pertama.

 

Hirisan roti putih tebal dibakar

 

Jumlah uni yang mencukupi pada roti bakar

 

kikubari x butterkicap
Boleh kami dapat pinggan kedua???

 

Satu lagi item makanan kegemaran yang diberikan sentuhan Jepun ialah ulam, yang dihidangkan sebagai salad berbanding dihidang secara tradisional sebagai hidangan sampingan untuk nasi dan hidangan lauk lain. Namun begitu, jika anda mengharapkan untuk mendapatkan sepinggan ulam yang anda sudah biasa makan seperti ulam raja, daun selom, kacang panjang atau petai, ulam-ulam yang digunakan dalam hidangan ini ialah sayur hijau Jepun seperti shungiku (daun dan batang bunga kekwa), kacang buncis dan ya, edamame. Hasilnya kelihatan seperti sepinggan ulam segar yang tipikal dan pastinya akan  membuatkan anda terfikir sebab kita tidak kerap makan batang dan daun bunga kekwa. Daripada menyediakan sambal belacan, Cef Jun menyediakan sambal sakura ebi yang diperbuat daripada gula kuromitsu yang kelihatan dan mempunyai rasa sama seperti gula Melaka. Sos yang dihasilkan adalah pekat manis-pedas yang mempunyai rasa yang sama seperti sambal udang kering tetapi lebih menyengat.

 

Gula kuromitso dalam bentuk serbuk dan cecair’

 

Menumis sakura ebi dan bukannya udang kering

 

Batang dan daun Shungiku

 

Faktor fusion

Sesiapa yang meluangkan masa di dapur Malaysia, sama ada untuk memasak atau sekadar melihat, akan tahu bahawa apabila menumis, kita akan mula dengan menumis bawang. Untuk sambal sakura ebi beliau, Cef Jun mula menumis dengan sakura ebi untuk menyerlahkan perisa sakura ebi dan menyerap ke dalam minyak. Kemudian, masukkan cili dan bawang, tetapi hanya di satu belah sahaja dahulu untuk keluarkan perisa cili dan bawang itu.  Beliau menyamakan proses ini seperti tumis balikan, satu teknik yang digunakan untuk membangunkan lapisan perisa berlainan daripada bahan-bahan berbeza.

Ini, mungkin, contoh terbaik untuk menunjukkan hidangan fusion ala Cef Jun. Beliau menggunakan teknik-teknik berbeza untuk menambah baik resipi tradisional.  Meskipun begitu, beliau yakin bahawa terdapat beberapa perkara yang tidak patut diubah seperti menumbuk bahan menggunakan batu lesung, misalnya, itulah teknik yang perlu dilakukan. Menghiris tidak akan memberikan rasa yang sama.

Pandangan Cef Nik pula terhadap penyediaan hidangan fusion adalah mengekalkan peris-perisa kegemaran tetapi terdapat sentuhan moden yang diberi. Oleh itu, kolaborasi Hari Malaysia Kikubari x Butterkicap menghasilkan satu gabungan yang menarik dan bersahaja. Mereka ada beberapa idea dan laksanakannya, tus idea tersebut dengan secubit keterujaan, kreativiti dan semangat Malaysia yang diperhalusi lagi dengan ketepatan Jepun.

 

Manis Manisan

Setiap menu yang bagus mestilah mempunyai pengakhiran yang manis. Walaupun Milo bukanlah produk yang berasal dari Malaysia tetapi kita sudahpun menganggap minuman malta coklat ini sebagai sebahagian daripada Malaysia dan berani jamin bahawa negara kita mengeluarkan Milo yang terbaik. Itulah kebenarannya. Tetapi bagaimana kita memberi penghormatan pada Milo melalui cara yang mengekalkan rasa kaw Milo sambil mempersembahkan produk tersebut dalam cara yang kita tidak pernah terfikir untuk mencubanya sebelum ini?

Jadi, apa yang kami lakukan? Kami jadikannya brulêe.

Mewah dan sangat lemak berkrim, crème brulêe Milo Kikubari x Butterkicap rasa seperti sesuautu anda akan dapat daripada van Milo – Anda pasti tahu maksud kami. Dihias pula dengan brulêe yang dikaramel cantik, memecah lapisan karamel itu adalah seperti mengalami sendiri pengalaman ASMR yang anda dapat nikmati selepas itu. Inilah Milo idaman semua.

 

Mengukur nisbah Milo dan susu

 

Crème brulêe Milo untuk pancaindera!

Kemudian, disediakan pula  anmitsu gula Melaka, sejenis pencuci mulut Jepun yang dilokalisasikan menggunakan sirap gula Melaka, jeli kelapa, pisang goreng dan aiskrim keladi. Ujian pertama adalah dengan sedikit aiskrim teh hijau tetapi kedua-dua cef berpendapat bahawa keladi memberikan rasa tempatan bagi hidangan ini. Perisa segar anmitsu gula Melaka memberikan keringanan yang sesuai untuk anda akhiri pengalaman makan anda. Diharap semua sajian yang dipaparkan dalam menu ini akan membuatkan anda ingin kembali semula ke Kikubari sebelum menu khas ini dihentikan.

Memotong gula Melaka

 

Sajian cantik untuk pengakhiran

 

Kikubari x Butterkicap: bukan sekadar makanan

Walaupun makanan adalah faktor yang penting, kolaborasi Kikubari x Butterkicap tidak diragui lagi, adalah lebih daripada itu. Kolaborasi ini adalah tentang memori, inovasi dan memberikan penghormatan pada zaman kanak-kanak dan remaja sambil menambah baik beberapa hidangan asas dan mempersembahkan hidangan tersebut menerusi pandangan yang baru. Kolaborasi ini adalah tentang bermain dengan makanan, berbangga dengan makanan kita dan menerima tradisi serta modenisasi. Itulah perkara yang Kikubari dan Butterkicap yang ingin dicapai menerusi kolaborasi ini – menangkap intipati makanan, ukur, goreng sedikit dan dilepaskan ke dunia (aka perut anda). Kami berharap anda suka semua yang kami sediakan untuk anda.

 

Butiran lanjut:

Kikubari x Butterkicap: Perisa Malaysia, Kemajuan Jepun
17 – 22 September 2018
@ Kikubari, L3-01A Jalan Damanlela, Damansara City Mall, Kuala Lumpur
RM318++ Hanya untuk waktu makan malam
Tempahan: +603 2011 8200

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş