Plan B Anda Bila Rindukan Masakan Mak

Juadah Plan B – Seperti Berbuka di Rumah

Ramadan kali ini terasa agak sendu. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kita tak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga. Oleh itu, memang tak menghairankanlah apabila mak-mak di kampung tak putus-putus menerima panggilan daripada anak masing-masing.

Kalau dulu, maklah yang sibuk menelefon kita tak henti-henti tapi kini, kita pula yang sibuk menelefon mak semata-mata nak dapatkan resepi. Kononnya, merasalah juga masakan mak. Tapi, jauh di sudut hati, kita semua tahu rasanya takkan sama seperti yang mak buat.

Nikmati Masakan Mak Walau Di Manapun

Apa reaksi anda kalau kami beritahu yang kami boleh bawa masakan mak kepada anda?

Mustahil. Itu perkara pertama yang muncul di minda. Masakan mak memang tiada tandingannya. Kami bersetuju dengan anda. Mana mungkin kami dapat menghasilkan semula air tangan seorang mak? Itulah cabaran besar yang perlu dipikul oleh Pengarah Kulinari Butterkicap, cef selebriti, Nik Michael Imran dan Cef Wan Mohd Sabri, ketua pasukan kulinari di Plan B.

Keenakan dalam Kesederhanaan

Memilih masakan kampung sebagai tema, Cef Nik Michael dan Cef Wan Mohd Sabri berhasrat untuk mengetengahkan keringkasan dan kesederhanaan lauk-pauk kampung. Dari pilihan sambal, ke hidangan utama hinggalah ke penyediaan nasi sekalipun, setiap hidangan adalah berpandukan resepi turun-temurun keluarga dan disediakan dengan penuh dedikasi.

Kelainan menu Ramadan Plan B berbanding menu Ramadan lain ialah setiap sajian enak dimakan begitu saja atau dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Itulah sebenarnya keaslian atau authenticity yang kita perolehi semasa menikmati juadah kampung. Setiap suapan memberi letusan perisa baru.

Misi Perpaduan Plan B Menerusi Makanan

Plan B merupakan sebuah kafe kontemporari yang menghidangkan sajian fusion dan juga tempatan di bawah the Big Group.

Menurut pengasas Big Group, Ben Yong, Plan B dilihat sebagai tempat makanan dihargai dan diraikan, tempat orang ramai berkumpul dan mencipta kenangan indah dan baru bersama orang tersayang. Bagi Ben, tiada yang lebih bermakna daripada kepuasan melihat para pelanggan begitu asyik menikmati makanan di sana.

Oleh itu, dalam keadaan situasi sekarang, Plan B berhasrat untuk menyatukan semua dengan makanan kegemaran kita meskipun kita saling berjauhan. Di Plan B, pelanggan ialah keluarga dan perlu diberi hanya yang terbaik, sama seperti mak yang tak pernah penat menjaga dan membesarkan kita.

Hidangan Wajib Dicuba

Saat kita sedar kita sukakan makanan yang dicuba, perasaan yang timbul ketika itu memang cukup indah. Anda tahu perasaan yang dimaksudkan, betul? Perasaan yang wujud apabila segalanya tentang makanan itu menepati citarasa anda, baik dari segi rasa, tekstur mahupun cara penyediaannya.

Itulah perasaan yang kami dapat setelah mencuba hidangan ini. Bagi kami, segala nostalgia berpuasa di kampung halaman menerpa dengan lajunya di minda. Perasaan bercampur-baur menyelubungi diri kerana sedikit sebanyak kerinduan kami terhadap mak dan masakan mak terubat.

  • Roti John

Roti John yang disediakan di Plan B tak kelihatan seperti Roti John yang anda biasa jumpa tapi rasanya masih sama! Dihasilkan setelah berbulan bereksperimen, hidangan Roti John kami mempunyai keunikan tersendiri kerana diberi sentuhan peribadi oleh kedua-dua cef dengan menggunakan roti susu Hokaido dan mayonis ala Jepun. Kedua-dua bahan ini menjadikan hidangan jalanan ini tampak mewah dan mempunyai perisa yang lebih halus tapi menyelerakan.

  • Nasi Ulam Piri Percik

Bagi peminat nasi ulam mahupun nasi kerabu, hidangan nasi ulam piri percik ini pasti akan membuat anda tak ingin nasi ulam yang lain lagi. Keunikan nasi ulam ini bukanlah pada nasi mahupun ulam yang digunakan tapi sebaliknya, pada sos atau kuah perciknya. Menggunakan cili piri-piri yang pedas-pedas masam, cili ini menyeimbangkan kelemakan santan kuah percik agar anda tidak berasa jelak atau kenyang terlalu cepat.

  • Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Masakan klasik ini menjadi sebahagian kenangan zaman kanak-kanak kita semua. Tatkala mak sibuk atau tak berkesempatan untuk memasak, inilah hidangan mak yang cukup ringkas tapi sangat menyelerakan. Kepedasan cili yang menaikkan lagi kemanisan isi ikan dah cukup memadai untuk buat anda bertambah nasi berkali-kali.

  • Masak Lemak Cili Api Telur Sotong

Kalau anda bercadang nak makan lauk-pauk kampung, tidak sahlah sesi makan anda itu tanpa lauk masak lemak cili api. Hidangan masak lemak cili api di Plan B ini sememangnya suatu kejutan. Rasa lemak santan dan kehangatan cili api diserap ke dalam telur sotong yang dimasak empuk sudah cukup untuk buat sesiapapun terbayangkan suasana berbuka bersama keluarga di kampung.

  • Kamheong Udang

Bagi peminat masakan ala Cina, hidangan Kamheong Udang ini tak boleh dilepaskan. Pedas, beraroma dan menyelerakan, masakan ini mampu membuatkan sesiapa saja naik seleranya.

  • Masak Lemak Butternut Squash Pucuk Labu

Kalau anda nak lauk yang manis dan segar, hidangan masak lemak butternut squash ialah antara masakan fusion Plan B yang berjaya mengekalkan ciri-ciri tradisionalnya. Rasa manis butternut squash yang terseduh dalam kuah santan berlemak cukup ringan pada perut dan tidak keterlaluan. Cukup sesuai untuk dijadikan juadah berbuka.

  • Terung Goreng Kicap
Butterkicap x Plan B Ramadan Eggplant Aubergine Terung goreng kicap

Terung goreng kicap merupakan hidangan ringkas kegemaran setiap keluarga. Rasa lemak manis kicap yang menyalut terung dimasak empuk menjadikan hidangan ini sebagai pelengkap rasa bagi hidangan utama yang dinikmati.

  • Promo Kek 4″ untuk RM 15

Bagi peminat pencuci mulut, anda boleh dapatkan promo kek saiz 4′ untuk harga RM 15 dengan setiap pembelian Juadah Bundle Keluarga. Antara perisa kek yang boleh dipilih ialah kek Blackforest, Coklat, Red Velvet, dan Salted Caramel Macadamia. Memang berbaloi!

Jauh di Mata, Dekat di Hati

Terdapat pelbagai lagi sajian enak yang anda boleh cuba termasuklah sambal tradisional daerah seperti sambal hitam Pahang, sambal belacan, budu dan macam-macam lagi.

Ambil kesempatan ini untuk mencuba air tangan Cef Nik Michael Imran dan Cef Wan Mohd Sabri menyediakan juadah kampung dan masakan mak yang anda gemari di Plan B. Meskipun mak berada jauh di mata tapi mak tetap di hati setiap kali anda menikmati sajian-sajian ini.

Nikmati penghantaran percuma untuk 8 kilometer yang pertama dengan pembelian minimum RM 100. Untuk membuat tempahan, anda boleh:

a) Tempahan melalui Grab (Pesanan terakhir pada 7pm)

Plan B’s Publika
Benji’s Bistro in Bangsar

b) Hubungi Plan B Terus

M: 012-3313913 / 010-2659539
IG: thebiggroup or planb_bybig
FB: Plan B by Big
Waktu Operasi semasa PKP: 10 pagi – 8 malam (Pesanan terakhir pada 5pm)

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş