Site icon Butterkicap

Rempah Ratus Mak Siti Hidupkan Semula Seni Rempah

Kredit: Rempah Ratus Mak Siti

Hidup masyarakat Malaysia sentiasa bergelumang dalam rempah. Dalam apa jua masakan kita, rempah ialah bahan wajib untuk dimasukkan. Jika tidak, makanan yang disediakan terasa ‘kosong’ dan ‘sendu’. Oleh itu, bagi rakyat Malaysa, kualiti dan rasa  rempah adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh dibuat main.

Jenama rempah yang biasa diguna pakai ialah rempah jenama Baba’s, Alagappa’s atau Cap Tarbus dan setiap jenama mempunyai rasa dan gabungan rempah yang berbeza-beza. Adakah hal ini disebabkan kita tidak tahu tempat dan cara rempah-rempah ini dihasilkan sehingga berlaku kemungkinan rasa yang berbeza-beza ini?

Jika anda mula menyoal dan berfikir kepada diri anda sendiri tentang hal ini, sudah tiba masanya untuk anda gunakan rempah yang anda sudah sedia maklum tentang kualiti rempah yang dihasilkan, dari peringkat penanaman, tuaian hinggalan ke peringkat pemprosesan. Dan, rempah itu pastinya dari Rempah Ratus Mak Siti!

Kredit: Rempah Ratus Mak Siti

 

Kredit: Rempah Ratus Mak Siti

Rempah Ratus Mak Siti merupakan hasil kerja kuat pengasasnya, Tuan Haji Nasuha Kasia yang mementingkan kualiti tertinggi untuk produknya yang terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Produk yang dijual oleh Rempah Ratus Mak Siti boleh didapati di sini.

 

Kredit: Rempah Ratus Mak Siti

 

Kredit: Rempah Ratus Mak Siti

Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti yang tinggi, pastinya mudah untuk anda sediakan resepi-resepi kegemaran anda di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada yang kebiasaannya. Mak Siti ada sediakan beberapa panduan resepi bagi sesiapa yang baru nak belajar masak menggunakan rempah Mak Siti. Pasti sedap dan mengingatkan anda masakan ibu di rumah. Dapatkan resepi di sini.

 

Rempah berkualiti, harga berpatutan dan mengekalkan keaslian cita rasa Malaysia membuatkan Rempah Ratus Mak Siti rempah yang anda perlu guna dalam masakan anda di rumah. Jika berminat boleh hubungi Rempah Ratus Mak Siti sendiri!

 

FB: Rempah Ratus Mak Siti
W: maksiti.asiaep.com
T: (+603) 9171 5200 @ (+606) 9737 508/509
E: nasuha@maksiti.com @ admin@maksiti.com
print