Nasi Kandar Pelita, Citarasa Pulau Pinang Komersial

Nasi Kandar Pelita mungkin  tidak terkenal dengan keenakan rasa nasi kandar yang disediakan mahupun pilihan lauk pauk yang ditawar seperti Tajuddin Hussain tetapi jenama restoran nasi kandar ini dikenali ramai kerana memberikan sedikit sebanyak pengalaman makan di Pulau Pinang yang didamba oleh masyarakat Malaysia di luar Pulau Pinang dengan citarasa-citarasa hidangan India Muslim yang lain seperti sup berempah dan roti benggali, tandoori, roti naan, mee goreng mamak dan nasi goreng mamak. Ramai yang menganggap makanan mamak ini menggemukkan dan tidak sihat tetapi betulkah persepsi ini? Dapatkan kebenaran dahulu sebelum membuat keputusan.

Kredit: thehalalfoodblog.com

Restoran ini mula-mula ditubuhkan pada 9 Jun 1995 dengan cawangan pertama dibuka di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang dan kemudian mendapat sambutan meriah sehingga terlahirnya cawangan-cawangan lain di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut tentang sejarah Nasi Kandar Pelita, boleh dapatkan di sini.

Kredit: says.com

Nasi Kandar Pelita berjaya menempa nama dalam bidang Nasi Kandar komersial di Malaysia kerana perisa dan rencah makanan yang digunakan menepati lidah dan selera bukan sahaja masyarakat Pulau Pinang malah rakyat Malaysia di negeri-negeri lain juga. Sudah sedia maklum, setiap negeri mempunyai citarasa yang tersendiri. Di Utara, rasa pedas dan berempah disukai, di Timur, rasa manis digemari dan di Selatan rasa masam dipilih. Setiap hidangan Nasi Kandar Pelita memenuhi semua kehendak ini sehingga meletakkan restoran ini sebagai pilihan nasi kandar utama bagi penggemar nasi kandar di luar Pulau Pinang.

Kredit: yelp.my

Anda setuju dengan kami? Jika ya, anda pasti sudah terliur membayangkan makanan-makanan enak yang menanti anda di Nasi Kandar Pelita.

Mahu membuat tempahan, carilah cawangan Nasi Kandar Pelita terdekat dengan anda.

W:http://www.pelita.com.my
T: Hubungi Kami

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş